Kepala tekanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kepala tekanan atau turus tekanan ialah istilah yang digunakan dalam mekanik bendalir bagi mewakili tenaga dalaman bagi sesuatu bendalir yang terhasil akibat tekanan yang dikenakan keatas bekasnya. Istilah ini boleh juga dipanggil turus tekanan statik atau lebih ringkas, turus statik. Ungkapan matematiknya ialah:

\psi = \frac{p}{\gamma} = \frac{p}{\rho \, g}

di mana

\psi ialah turus tekanan (Panjang, biasanya dalam unit m);
p ialah tekanan bendalir (daya seunit keluasan, selalunya dalam unit Pa); dan
\gamma ialah berat khusus (daya seunit isipadu, biasanya berunit N/m3)
\rho ialah ketumpatan bendalir (jisim seunit isipadu, biasanya kg/m3)
g ialah pecutan akibat graviti (kadar perubahan halaju, diberi dalam unit m/s2)

Harus diingat bahawa dalam persamaan ini, istilah tekanannya ialah tekanan tolok, bukannya tekanan muklak.