Kepulauan Khazar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepulauan Khazar
Geografi
Lokasi25 km (16 mi) sebelah selatan Baku, Azerbaijan
Koordinat40°14′29″N 49°38′03″E / 40.24134°N 49.634242°E / 40.24134; 49.634242Koordinat: 40°14′29″N 49°38′03″E / 40.24134°N 49.634242°E / 40.24134; 49.634242
KepulauanKepulauan Khazar
Pentadbiran
Maklumat tambahan
Tapak sesawang rasmikhazarislands.com

Kepulauan Khazar (bahasa Inggeris: Khazar Islands, Azeri: Xəzər adaları), juga dikenali dengan nama Kepulauan Kaspia,[1] merupakan sebuah pulauan buatan yang terletak 25 km (16 mi) di bahagian selatan kota Baku, Azerbaijan. Kepulauan ini terdiri daripada 41 pulau di wilayah seluas 3,000 hektar di Laut Kaspia.[2][3][4] Projek ini dikatakan akan menghabiskan sekitar $100 bilion.

Di kepulauan ini, Avesta (perusahaan yang membina projek ini) akan membangunkan bandar yang dapat didiami oleh 1 juta penduduk dan terdiri daripada 150 sekolah, 50 hospital, dan pusat penjagaan kanak-kanak, taman, pusat membeli-belah, pusat budaya, universiti, litar perlumbaan Formula 1, dan Menara Azerbaijan (akan menjadi yang tertinggi di dunia).[2][3][5] Menara yang menghabiskan pembiayaan $2 bilion itu akan menjadi titik pusat Kepulauan Khazar.[2][3][4]

Semua kemudahan di kepulauan ini akan dapat menahan gempa bumi berskala 9.0 skala Richter.[5][6] Bandar akan dilengkapi dengan 150 jambatan dan lapangan terbang besar untuk menghubungkan kepulauan dengan daratan utama.[2][3][7]

Presiden Avesta Group of Companies, Ibrahimov Ibrahim, memberitahu wartawan bahawa penanam modal dari Amerika Syarikat, Turki, Arab, dan China telah menunjukkan minatnya terhadap projek yang menurutnya serupa dengan "Venesua baru."[1][4][8]

Projek ini dikatakan akan selesai antara tahun 2020 hingga 2025.[7][9][10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Evgrashina, Lada; Antidze, Margarita (April 11, 2012). "Azerbaijan aims to put up world's tallest building". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-11. Dicapai pada 2013-03-16.
  2. ^ a b c d Iliaifar, Amir (February 10, 2012). "$2 billion Azerbaijan Tower to usurp Saudi Arabia's Kingdom Tower as world's tallest". Digital Trends.
  3. ^ a b c d Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan To Build One Kilometer-Tall Skyscraper". Architizer.
  4. ^ a b c Alexander, Anila (April 13, 2012). "Azerbaijan Plans World's Tallest Tower At 'New Venice' (PHOTOS)". International Business Times.
  5. ^ a b Medina, Samuel (February 9, 2012). "Azerbaijan's Plans for a One Kilometer-Tall Skyscraper". The Altlantic Cities.
  6. ^ "Azerbaijan to build world's tallest skyscraper". Azernews. January 30, 2012.
  7. ^ a b Cameron, Charley (February 10, 2012). "Azerbaijan's Avesta Group Unveils Plan to Build New World's Tallest Tower". Inhabitat.
  8. ^ Dewsbury, Rick (April 12, 2012). "Azerbaijan reveals plans for world's tallest building at 3,500ft high". Mail Online.
  9. ^ Khawaja, Moign (April 15, 2012). "Azerbaijan Tower to challenge Burj Khalifa's glory". Arabian Gazette.
  10. ^ Li, Roland (February 9, 2012). "Azerbaijan Tower: The Next Tallest Building in the World? (SLIDESHOW)". International Business Times.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]