Kepulauan Melayu (karya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Malay Archipelago ("Kepulauan Melayu")
Halaman judul edisi pertama
Umum
PengarangAlfred Russel Wallace
Tajuk asal
The Malay Archipelago: The land of the orang-utan, and the bird of paradise. A narrative of travel, with studies of man and nature
(Kepulauan Melayu: Tanah orang-utan, dan burung cenderawasih. Sebuah naratif pengembaraan, dengan kajian tentang manusia dan alam)
BahasaInggeris
GenreSejarah semula jadi pengembaraan
Penerbitan
PengilustrasiThomas Baines, Walter Hood Fitch, John Gerrard Keulemans, E. W. Robinson, Joseph Wolf, T. W. Wood
PenerbitMacmillan
Tarikh penerbitan
1869
Jenis media
2 jilid
Peta daripada Kepulauan Melayu menunjukkan geografi fizikal kepulauan dan pengembaraan Alfred Russel Wallace. Garis hitam menunjukkan tempat dikunjungi dan garis merah menunjukkan rantaian gunung berapi.
Burung cenderawasih berekor panjang Kepulauan Melayu

Kepulauan Melayu; bahasa Inggeris: The Malay Archipelago ialah sebuah buku karya ahli alamiah British, Alfred Russel Wallace. Buku ini menceritakan pengembaraan sains selama lapan tahun, dari tahun 1854 ke 1862, di bahagian selatan Kepulauan Melayu, termasuk Malaysia, Singapura, kepulauan Indonesia yang pada itu dikenali sebagai Hindia Timur Belanda, dan pulau New Guinea (sekarang wilayah-wilayah Indonesia Papua dan Papua Barat, dan negara Papua New Guinea). Tajuk penuh buku ialah The Malay Archipelago: The land of the orang-utan, and the bird of paradise. A narrative of travel, with studies of man and nature ("Kepulauan Melayu: Tanah orang-utan, dan burung cenderawasih. Sebuah naratif pengembaraan, dengan kajian tentang manusia dan alam").

Buku ini diterbitkan dalam dua jilid dalam tahun 1869—penerbitannya tergendala disebabkan gangguan kesihatan Wallace dan usaha yang diperlukan untuk memerikan spesimen-spesimen yang dibawa pulang olehnya. Buku ini diterbitkan dalam sepuluh edisi dalam abad ke-19; ia dicetak semula beberapa kali semenjak itu dan diterjemahkan sekurang-kurangnya kedalam lapan bahasa.

Buku ini memerikan setiap pulau yang dilawati Wallace, dengan gambaran terperinci tentang geografi fizikal manusia, gunung-gunung berapi, dan kepelbagaian kehidupan flora dan fauna, yang beliau jumpa dan himpun. Pada masa yang sama, beliau menceritakan tentang kepayahan pengembaraan, dan bantuan yang telah beliau terima daripada pelbagai orang. Prakata mencatatkan yang beliau mengembara lebih daripada 14,000 batu (23,000 km) dan menghimpun sebanyak 125, 660 buah spesimen sains semula jadi, kebanyakannya serangga, mahupun beliau juga menghimpun beribu sampel moluska, burung, mamalia dan reptilia.

Karya disertai dengan turisan yang berlandaskan pemerhatian serta himpunan Wallace oleh beberapa pengilustrasi terkenal iaitu Thomas Baines, Walter Hood Fitch, John Gerrard Keulemans, E. W. Robinson, Joseph Wolf dan T. W. Wood.

The Malay Archipelago menarik banyak ulasan serta minat daripada penerbitan-penerbitan saintifik, geografi, gereja dan umum. Para pengulas memerhati dan kadang kalanya tidak bersetuju dengan beberapa aspek teori Wallace, terutamanya tentang pembahagian fauna dan flora dan juga dengan apa yang bakal disebut Garisan Wallace, pemilihan semula jadi dan uniformitarianisme. Hampir semua orang bersetuju yang beliau menyediakan kisah yang menarik dan komprehensif tentang geografi, sejarah semula jadi dan penduduk kepulauan itu, yang tidak dikenali ramai pembaca pada waktu itu; dan yang beliau berjaya menghimpun bilangan spesimen yang menakjubkan. Buku ini sering dipetik dan merupakan penulisan Wallace yang paling berjaya dari segi komersial dan juga sastera.

Buku didedikasikan kepada Charles Darwin.

Konteks[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1847, Wallace dan rakannya Henry Walter Bates, kedua-duanya berusia sekitar dua puluhan,[nota 1] bersetuju yang mereka akan mengembara ke kawasan Amazon untuk sama-sama menghimpun spesimen bagi "menyelesaikan masalah asal usul spesies."[nota 2].[1] (Karya Charles Darwin tentang Asal Usul Spesies (asal, On the Origin of Species) hanya akan diterbitkan 11 tahun kemudian, dalam tahun 1859. Buku Darwin berlandaskan pengembaraan beliau dengan kapal HMS Beagle; penerbitan buku ini mencetuskan sebuah surat masyhur daripada Wallace, yang dikirim dalam tempoh waktu yang diliputi Kepulauan Melayu semasa Wallace menginap di Ternate, yang memerikan kerangaka teori evolusi melalui pemilihan semula jadi.[2]) Wallace dan Bates teruja selepas membaca buku hasil ahli entomologi Amerika, William Henry Edwards yang diterbitkan dalam tahun 1847, A Voyage Up the River Amazon, with a residency at Pará ("Pengembaraan Sungai Amazon, sambil menginap di Para").[3] Bates tinggal di wilayah Amazon selama 11 tahun dan kemudiannya menulis The Naturalist on the River Amazons (Ahli Alamiah di Sungai Amazon") (1863); walau bagaimanapun, Wallace, yang dilanda penyakit demam, pulang pada tahun 1852 dengan beribu spesimen, sebahagian untuk sains dan sebahagian untuk jualan. Kapal dan koleksinya musnah akibat kebakaran semasa pelayaran berdekatan dengan Guiana. Daripada berputus asa akibat kejadian ini, Wallace menulis tentang Amazon dalam bentuk prosa dan puisi, dan kemudian belayar sekali lagi—kali ini ke Kepulauan Melayu.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Melayu pertama kali diterbitkan dalam tahun 1869 dalam dua jilid oleh Macmillan (London), dan dalam tahun yang sama dalam satu jilid oleh Harper & Brothers (New York). Wallace pulang ke England dalam tahun 1862, akan tetapi menerangkan dalam Prakata yang penerbitan memakan masa yang lama memandangkan bilangan spesimen yang besar dan gangguan kesihatan yang dialaminya berikutan tempoh masa yang panjang yang beliau habiskan di wilayah tropika. Beliau mencatat bahawa beliau sebenarnya boleh mencetak sahaja nota-nota serta jurnal-jurnal beliau, akan tetapi berasa yang tindakan sedemikian akan mendukacitakan dan tidak berfaedah. Justeru, beliau menunggu sehingga penerbitan kertas-kertas penyelidikan beliau selesai dan para saintis lain pula selesai memeri dan menamakan spesies baharu buat lebih kurang 2,000 ekor kumbang (Coleoptera), dan lebih daripada 900 Hymenoptera termasuk 200 spesies semut baharu.[P 1] Buku melalui 10 edisi, dengan penerbitan edisi yang terakhir dalam tahun 1890.[4]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Prakata buku meringkaskan pengembaraan Wallace, ribuan spesimen yang dikumpulnya, dan sebahagian daripada hasil kajian selepas kepulangannya ke England. Bab pertama memerikan geografi fizikal dan geologi pulau dengan tumpuan khusus kepada peranan gunung berapi dan gempa bumi. Ia membincangkan corak am flora dan fauna termasuk hakikat bahawa pulau-pulau dapat dibahagikan – dengan apa yang kemudiannya disebut sebagai Garis Wallace – kepada dua bahagian, yakni bahagian di mana binatang atau faunanya lebih menyerupai fauna di Asia, dan bahagian di mana kehidupan liarnya lebih dekat dengan fauna yang terdapat di Australia. Bab-bab berikutnya memerikan dengan terperinci tempat-tempat yang dilawati Wallace.

Wallace juga memuatkan banyak pemerhatiannya tentang penduduk, bahasa-bahasa mereka, susunan masyarakat, dan juga tumbuhan dan binatang yang terdapat di setiap tempat. Beliau bercakap tentang pola biogeografi yang dilihatnya, dan implikasinya terhadap sejarah alami dari segi kedua-dua biologi (evolusi) dan sejarah geologi wilayah. Beliau juga mengisahkan beberapa pengalaman peribadi yang ditempuhinya semasa pengembaraan. Bab terakir dimuatkan dengan pandangan am Russel berkaitan perbezaan etnik, linguistik, dan budaya penduduk setempat; dan tekaan tentang apa yang dapat diperikan oleh perbezaan tersebut tentang sejarah mereka.

Gambaran menyeluruh[sunting | sunting sumber]

Peta asal yang menunjukkan laluan pengembaraan Wallace
Peta warna berlipat, yang dimuatkan pada bahagian hadapan buku menunjukkan laluan pengembaraan sekitar Kepulauan Melayu yang dilakukan Wallace. Air dalam yang memisahkan Borneo dari Sulawesi dan yang membentuk Garisan Wallace dalam warna hijau tua, sementara air cetek dalam warna hijau muda.

Prakata dimuatkan dengan ringkasan pengembaraan Wallace, perihal ribuan spesimen yang dipungut, dan beberapa hasil analisis terhadap spesimen-spesimen itu selepas Wallace pulang ke England. Dalam prakatanya, Wallace menulis yang beliau mengembara sejauh 14,000 batu (23,000 km) dan mengumpul sebanyak 125,660 buah spesimen, kebanyakannya serangga: 83,200 ekor kumbang, 13,100 ekor kupu-kupu dan rama-rama, dan 13,400 ekor serangga lain. Beliau juga pulang ke England beserta dengan 7,500 buah "cangkerang" (seperti moluska), 8,050 ekor burung, 310 ekor mamalia dan 100 ekor reptilia.[P 2]

Buku didedikasikan kepada Charles Darwin, akan tetapi seperti diterangkan oleh Wallace dalam prakatanya, beliau memilih untuk mengelak daripada membincangkan implikasi evolusi penemuan-penemuannya. Sebaliknya, beliau mengehadkan dirinya kepada "fakta-fakta menarik tentang masalah, yang penyelesaiannya terdapat dalam prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh Tuan Darwin"[nota 3],[P 3] jadi dari segi saintifik, buku ini lebih merupakan pemerian sejarah semula jadi. Sikap merendah diri ini menyorok fakta yang semasa beliau berada di Sarawak dalam tahun 1855 Wallace menulis kertas, Tentang Hukum yang Mengawal Kemunculan Spesies Baharu[nota 4], dan diakhiri dengan Sarawak Law ("Hukum Sarawak") yang evolusi, iaitu "Setiap spesies muncul sekena dengan spesies yang berkaitan rapat dari segi ruang dan masa"[nota 5], tiga tahun sebelum beliau menulis surat yang bersejarah kepada Darwin yang mencadangkan konsep pemilihan semula jadi.[5]

Bab pertama memerikan geografi fizikal dan geologi kepulauan dengan penekanan terhadap peranan gunung berapi dan gempa bumi. Bab ini juga membincangkan pola am flora dan fauna termasuk fakta yang gagasan kepulauan itu dapat dibahagikan, dengan apa yang kemudiannya disebut sebagai Garisan Wallace, kepada dua bahagian, yakni bahagian di mana fauna atau binatang-binatangnya lebih rapat dengan fauna di Asia dan bahagian di mana faunanya lebih mirip binatang-binatang di Australia.[P 4]

Bab-bab berikutnya memperincikan tempat-tempat yang dilawati Wallace. Beliau memuatkan banyak pemerhatian tentang penduduk tempatan, bahasa-bahasa mereka, cara hidup, susunan sosial, dan juga flora dan fauna yang terdapat di setiap petempatan. Beliau berbicara tentang pola biogeografi yang dilihatnya dan implikasi-implikasi buat sejarah semula jadi, dalam erti pergerakan spesies, [nota 6] dan juga sejarah geologi wilayah. Beliau juga menceritakan beberapa pengalaman peribadi semasa pengembaraan.[P 5] Bab terakhir merupakan gambaran menyeluruh tentang perbezaan etnik, linguistik dan budaya dalam kalangan orang yang tinggal di wilayah itu dan juga telahan tentang apa yang dapat ditunjukkan oleh perbezaan-perbezaan tersebut tentang sejarah mereka.[P 6]

Ilustrasi[sunting | sunting sumber]

"Great-shielded Grasshopper" (sejenis belalang) dilukis dan ditantatangani oleh E. W. Robinson

Mengikut Prakata, ilustrasi-ilustrasi dibuat daripada lakaran-lakaran Wallace sendiri, gambar, atau spesimen. Wallace mengucapkan terima kasih kepada Walter dan Henry Woodbury buat beberapa gambar pemandangan semula jadi dan orang natif. Beliau mengucapkan penghargaan kepada William Wilson Saunders dan Encik Pascoe buat horn fly (Elaphomia sp.)[6] (harfiah, lalat bertanduk) dan longhorn beetle (Batocera wallacei)[6] (harfiah, kumbang tanduk panjang) yang jarang kelihatan: yang lain datang daripada koleksi beliau.

Mengikut Senarai Ilustrasi, lukisan asal dibuat terus pada blok ukiran kayu oleh pelukis-pelukis terkenal Thomas Baines, Walter Hood Fitch, John Gerrard Keulemans, E. W. Robinson, Joseph Wolf, dan T. W. Wood. Wood juga membuat ilustrasi buat buku Darwin berjudul The Descent of Man ("Ketajuhan Manusia"), sementara Robinson dan Wolf juga membuat ilustrasi buat buku The Naturalist on the River Amazons ("Ahli Alamiah di Sungai Amazon") (1863), hasil rakan Wallace, Henry Walter Bates.[7]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Jilid 1[sunting | sunting sumber]

1 Geografi Fizikal
Wallace membentangkan skop buku, dengan memerikan "bahagian dunia yang berkemungkinan paling sedikit dikenali seorang Inggeris"[nota 7][P 7] Kepulauan, terang beliau, menjangkau lebih daripada 4,000 batu (6,400 km) dari timur ke barat, dan lebih kurang 1,300 batu (2,100 km) dari utara ke selatan, dengan lebih daripada 20 pulau besar dan bilangan pulau-pulau kecil yang tidak terkira.

Kepulauan Indo-Melayu[sunting | sunting sumber]

"Kumbang luar biasa yang terjumpa di Simunjon, Borneo: Neocerambyx æneas, Cladognathus tarandus, Diurus furcellatus, Ectatorhinus Wallacei, Megacriodes Saundersii, Cyriopalpus Wallacei"
2 Singapura
Wallace memberikan gamabaran menarik tentang penduduk bandar ini, dan juga kehidupan liar pulau itu. Beliau memerhatikan bahawa orang Cina yang paling menonjol, sementara di dalam satu batu persegi (2.6 meter persegi) hutan, beliau terjumpa 700 spesies kumbang termasuk 130 longhorn.
3 Melaka dan Mount Ophir (Gunung Ledang)
Beliau menjumpai sebuah kota lama Portugis (A Famosa) yang menarik, dan burung-burung yang cantik seperti blue-billed gaper (Cymbirhynchus macrorhynchus). Flora termasuk pokok periuk kera (Lepechinia fragrans) dan pohon paku-pakis (Pteridophytes) gergasi. Terdapat harimau dan badak sumbu, akan tetapi gajah sudah tidak kelihatan lagi.
4 BorneoOrang-Utan
Beliau tinggal di Sarawak, dan mendapati lombong batu api di pesisir Simunjan (dieja "Simunjon" oleh Wallace) sesuai buatnya. Para pekerja sedia membantu dengan diupah sedikit bayaran bagi serangga yang mereka jumpa, termasuk belalang juta, serangga kayu dan lebih kurang 24 spesies kumbang baharu setiap hari. Kesemuanya beliau mengumpul 2,000 spesies kumbang di Borneo, hampir kesemuanya di lokasi arang batu; beliau juga menjumpai sejenis katak terbang dan juga orang-utan di tempat yang sama.
Dayak sedang menyeberang jambatan buluh
5 Borneo—Perjalanan ke Kawasan Pedalaman
Wallace pulang ke Sarawak, di mana beliau menginap di rumah "tuai rumah" berbentuk bulat di perkampungan orang Dayak, bermudik, dan memerikan buah durian, memujinya sebagai raja buah-buahan dengan rasa yang amat enak dan tidak dapat ditandingi,[P 8] serta jambatan-jambatan buluh sempit orang Dayak,[P 9] serta pohon pakis dan pokok periuk kera, Nepenthes. Di kawasan pergunungan beliau mendapati satu-satunya tempat dalam pengembaraan beliau di mana terdapat rama-rama yang amat banyak; beliau mengumpul 1,386 ekor rama-rama dalam waktu 26 malam, tetapi lebih 800 ekor ditangkap pada empat malam yang hujan dan gelap. Wallace menganggap sebabnya adalah siling yang memerangkap rama-rama; di dalam rumah-rumah lain, rama-rama terlepas ke dalam bumbung, dan beliau menyarankan agar para ahli alamiah lain membawa khemah berbentuk beranda untuk menangkap rama-rama.[P 10]
6 Borneo—Orang Dayak
Wallace menceritakan kisah orang Dayak, dan menyatakan perasaan terperanjat kerana berlainan dengan telahan Thomas Malthus tentang populasi manusia di seluruh dunia, dan ketiadaan sebarang hambatan, populasi Dayak kelihatan stabil.
7 Pulau Jawa
Wallace tinggal selama tiga setengah bulan di pulau Jawa, di mana beliau mengagumi sistem kerajaan dan penduduk yang kelihatan berpuas hati. Beliau memerhatikan yang populasi meningkat dengan cepat, bertambah daripada 3.5 juta dalam tahun 1800 kepada 5.5 juta dalam tahun 1826, dan 14 juta dalam tahun 1865. Beliau menikmati tapak-tapak purba Hindu dan flora di kawasan pergunungan yang memiliki tumbuhan seperti di Eropah termasuk Royal Cowslip (Primula imperialis), yang endemik di puncak-puncak gunung.
8 Sumatera
Wallace melawat Sumatera pada waktu pokok palma Nipah pantai dibanjiri air sehingga jarak beberapa kilometer dari laut. Rumah-rumah kediaman sungai di Palembang dibina di atas rakit yang tertambat pada cerucuk, dan rumah-rumah turun naik bersama-sama dengan pasang surut air. Beliau mengagumi rumah adat di kampung-kampung, akan tetapi mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan di sana oleh sebab para penduduk hanya bergantung pada beras sewaktu musim hujan. Beliau menjumpai beberapa spesies baharu kupu-kupu termasuk Papilio memnon yang wujud dalam bentuk-bentuk berbeza, separuh daripadanya spesies Papilio coon mimik Bates. Beliau mengagumi penyamaran sebuah spesies rama-rama daun kering, Kallima paralekta. Beliau bergembira kerana seorang daripada pemburu tempatan membawa pulang seekor burung enggang jantan yang ditembak semasa burung itu sedang memberi makan kepada burung enggang betina di sarangnya.
9 Sejarah Semula Jadi Kepulauan Indo-Melayu.
Wallace melakar sejarah semula jadi pulau-pulau di bahagian Barat garisan Wallace, mencatatkan yang flora di rantau itu mirip flora India, seperti yang diperikan oleh ahli botani Joseph Dalton Hooker dalam buku tahun 1855, Flora Indica. Sama juga, mamalianya mirip mamalia yang terdpat di India, termasuk] harimau , harimau bintang, badak sumbu dan gajah. Spesies burung sudah menyimpang, akan tetapi genus agak sama, dan beberapa spesies (misalnya) spesies burung tukang, kakak tua, raja udang dan kuang hadir di India hingga ke pulau Jawa dan Borneo, sementara banyak lagi dapat dijumpai di Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.

Gugusan Timor[sunting | sunting sumber]

Lukisan "Lelaki Timor" oleh Thomas Baines, daripada gambar foto
10 Bali Dan Lombok
Wallace berterima kasih kerana terpaksa berhenti di Bali, tempat yang amat menarik buatnya oleh sebab adat resam Hindu masih diamalkan, sementara di Lombok beliau ketemu burung-burung Australia seperti burung Kakaktua (Cockatoo), dan memerhatikan bahawa ini menjadi titik arah barat paling jauh buat julat famili itu.
11 Lombok—Adat Resam
Di Lombok, Wallace memerhatikan bagaimana senapang dibuat, menyaksikan penggerekan laras senapang oleh dua orang lelaki dengan memutar galah yang ditambat dengan sebakul berisi batu. Beliau memerikan orang Sasak pulau itu dan adat mengamuk.
12 Lombok—Bagaimana Rajah Membuat Banci
Seluruh bab ini diisi dengan cerita legenda, yang disebut Wallace sebagai sebuah anekdot, tentang seorang Raja Lombok. Ia melibatkan percukaian, jarum dan keris.
13 Timor
Wallace menggambarkan pulau Timor, para penduduknya, kebanyakan pokok palma, orang-orangnya yang mirip orang Papua, dan kerajaan Portugis yang beliau kira buruk. Di kawasan bukit bukau beliau ketemu pokok Eucalyptus (gam), sebuah genus Australia; beliau mendapati tumbuh-tumbuhan sama dan membosankan.
14 Sejarah Semula Jadi Gugusan Timor
Beliau mendapati campuran spesies burung berada di pertengahan di antara spesies pulau Jawa dan Australia, dengan 36 spesies yang benar-benar Jawa dan hanya 13 Australia, dengan 35 lagi berkait rapat. Wallace mentafsirkan bahawa ini bermakna sebilangan kecil burung Australia, dan sebilangan besar burung yang berasal dari Jawa membuat koloni di Timor dan kemudian berubah menjadi spesies baharu yang endemik pada pulau itu. Mamalia darat sangat sedikit bilangannya: enam spesies yang terdapat di Timor adalah endemik ataupun berhubung kait dengan spesies di pulau Jawa atau Maluku, tiada dari Australia; justeru beliau sangsi yang terdapat sebuah jambatan darat ke Australia satu ketika dahulu.

Gugusan Sulawesi[sunting | sunting sumber]

Tengkorak babi rusa (Babyrousa babyrussa, Inggeris: pig-deer) dari Sulawesi oleh E. W. Robinson
15 Sulawesi—Makassar
Wallace mendapati kehidupan di bandar Makassar agak mahal, dan berpindah ke kawasan pedalaman. Beliau bertemu dengan Rajah, dan bernasib baik kerana dapat tinggal di sebuah ladang di mana beliau diberi segelas susu detiap hari, "satu daripada kemewahan saya".[P 11]
16 Sulawesi—Makassar
Beliau menangkap beberapa ekor Ornithoptera (rama-rama kepak burung)[8], "rama-rama yang terbesar, sempurna, dan yang tercantik".[P 12] Beliau menggunakan buah nangka busuk untuk mengumpan kumbang, akan tetapi mendapati hanya sedikit burung. Gunung-ganang batu kapur dihakis menjadi tiang berbentuk skitel dengan tapak yang sempit.
17 Sulawesi—Manado
Wallace melawat Manado yang terletak pada pantai timur laut Sulawesi. Orang-orang wilayah Minahasa berkulit putih, berlainan daripada penduduk-penduduk lain gugusan kepulauan itu. Beliau tinggal berdekatan dengan ladang-ladang kopi di tanah tinggi dan sering kesejukan, akan tetapi beliau mendapati binatang-binatang di sana tidak berbeza daripada binatang di tanah rendah. Hutan penuh dengan orkid, bromeliad, paku ranih (Lycopodium spp.) (Inggeris:clubmosses) dan juga lumut. Beliau mengalami gempa bumi, akan tetapi rumah-rumah rendah yang berangka kayu terselamat tanpa banyak kerosakan. Beliau kemudiannya mendapati para penduduk, di bawah pengawasan para mubaligh, merupakan penduduk yang paling rajin, aman dan beradab di seluruh kepulauan. Beliau menperoleh tengkorak babi rusa (dengan membelinya) dan sapiutan (kerbau hutan yang kecil).
18 Sejarah Semula Jadi Sulawesi
Beliau memerikan julat spesies dalam setiap gugusan dengan terperinci, dan membuat kesimpulan bahawa burung-burung di sini tidak sama dengan burung-burung wilayah-wilayah jiran akan tetapi berhubung kait dengan tempat-tempat berjauhan seperti New Guinea, Australia, India dan Afrika; beliau berfikir tidak ada tempat lain di mana terdapat banyak spesies yang hadir pada satu tempat. Sama juga halnya dengan Nymphalidae (beliau menyebut ahli Inggeris, kupu-kupu ''purple emperor'' ("maharaja ungu", Apatura iris), terdapat 48 spesies dan 35 daripadanya endemik pada Sulawesi. Beliau membuat rumusan bahawa gugusan Sulawesi merupakan bahagian fauna besar buat gugusan kepulauan.

Maluku[sunting | sunting sumber]

Mengusir ular sawa dari rumah Wallace di Ambon
19 Kepulauan Banda
Beliau mendapati Banda amat menarik, dengan sebuah gunung berapi yang berasap dan pemandangan indah dari puncaknya. Pohon-pohon buah pala sangat cantik akan tetapi beliau kesal dengan pengakhiran monopoli Belanda terhadap perdagangan buah pala, yang juga mengakiri keperluan untuk mengenakan cukai secara langsung. Beliau fikir bahawa haiwan-haiwan asal di wilayah ini ialah kelawar, dan berkemungkinan spesies oposum (Didelphis virginiana).
20 Pulau Ambon
Beliau mendapati penduduk Ambon pemalas, akan tetapi pelabuhannya mengandungi pemandangan yang amat cantik, "urutan karang, span, actiniæ, dan beberapa hasilan marin lain, dengan ukuran indah dan mengagumkan, kepelbagaian bentuk, dan warna yang menyarau."[P 13] Seekor ular sawa terpaksa diusir dari bumbung rumahnya. Beliau menikmati buah sukun (Artocarpus communis), yang dianggapnya sebagai enak jika dibuat lauk, akan tetapi paling enak jika hanya dibakar.

Jilid 2[sunting | sunting sumber]

Maluku (sambungan)[sunting | sunting sumber]

21 Ternate
Wallace membeli dan membaik pulih sebuah rumah yang digunanya selama tiga tahun, melukis pelan rumah dalam sebuah buku; rumah memiliki dinding batu setinggi 1 meter, dengan bumbungnya diampu oleh tiang; dinding dan siling dibuat daripada tangkai daun pokok rumbia. Beliau memiliki telaga air bersih lagi sejuk, sementara pasar menyediakan "kemewahan luar biasa" terdiri daripada makanan segar; beliau pulang ke sini untuk berihat selepas pengembaraan yang meletihkan.
22 Pulau Halmahera
Beliau mendapati pulau yang besar ini agak membosankan, dengan tumbuhan rumput kasar yang tinggi dan hanya sedikit spesies. Di dalam hutan beliau memperoleh sebilangan kecil burung "parroquets", kongkang (Loris tardigradus) berlidah seperti berus, dan rama-rama yang terbang pada waktu siang , Cocytia d'Urvillei.[9]
"Kumbang Maluku"
23 Perjalanan ke Pulau Urimatiti (Kaióa Islands) dan Pulau Bacan
Beliau menyewa sebuah bot kecil untuk pergi ke pulau Bacan dan menyeberang ke Tidore, di mana beliau melihat komet Oktober 1858; komet selebar lebih kurang 20 darjah pada langit malam. Mereka belayar melepasi pulau gunung berapi, Makian, yang meletus pada tahun 1646 dan sekali lagi dengan teruknya, tidak lama selepas Wallace meninggalkan gugusan kepulauan, pada tahun 1862. Di Urimatiti, beliau menjumpai hutan dara di mana kumbang-kumbang lebih banyak daripada semua tempat yang pernah dilihatnya, dengan kawanan Buprestidae berwarna keemasan, kumbang rose-chafer (Macrodactylus subspinosus), dan long-horned weevils ("kekabuh bertanduk panjang"), dan juga kumbang Longikorn. "Ia tempat yang paling menawan, dan satu tempat yang akan sentiasa berada dalam ingatan saya sebagai tempat yang kaya dengan kehidupan serangga tropika yang tiada tandingan."[P 14]
Wallace's Standardwing jantan dan betina dari Bacan, dilukis pada kayu oleh pengukir Belanda, John Gerrard Keulemans
24 Pulau Bacan
Sultan meminjamkan Wallace sebuah rumah; beliau juga menawarkan Wallace minuman teh serta kek akan tetapi memintanya mengajar beliau cara membuat peta serta memberinya sepucuk senapang serta kambing susuan, yang "semuanya saya tepis sebaik mungkin".[P 15] Pembantunya, Ali, menembak sejenis burung cenderawasih, Wallace's Standardwing, "sebuah hadiah besar" dan sebuah "kebaharuan yang amat menarik".[P 16] Beliau sedikit kecewa dengan jenis-jenis serangga dan burung, akan tetapi menjumpai spesies baharu burung-burung roller, sunbird dan bergembira melihat burung pekaka, racquet-tailed kingfisher. Rumahnya dipecah masuk dua kali; seorang tukang besi berjaya membuka dan membuatkan set kunci baharu untuknya. Dan beliau menjumpai satu spesies baharu kupu-kupu kepak burung (birdwing butterfly).
25 Seram, Gorong, dan Watubela
Wallace bergerak ke Seram, di mana beliau menjadi teman seorang pengurus ladang berbangsa Flemish yang boleh bertutur dalam banyak bahasa. Wallace menjumpai hanya sedikit burung walaupun sentiasa mencari dan meranduk sungai-sungai; air dan tanah kasar merosakkan kedua-dua pasang kasutnya, dan beliau pulang terdengkot-dengkot ke rumahnya pada hari terakhir kerana berjalan "dalam kesakitan dengan hanya menggunakan stokin".[P 17] Semasa belayar di kepulauan Watubela, beliau tersasar 10 batu (16 km) dari laluannya akibat tiupan angin; pengikut-pengikutnya risau akan dibawa angin ke pantai New Guinea kerana "jika itu berlaku, kita akan dibunuh" oleh sebab suku-suku di sana tidak boleh dipercayai dan hauskan darah.[P 18] Beliau kesal melihat anak-anak yang paling kecil pun mengunyah sirih dan cacat dengan kudis akibat pemakanan yang tidak baik. Walau bagaimanapun, beliau menikmati tuak (arak yang dibuat daripada nira, kelapa, dsb) yang beliau dapati lebih mirip sider daripada bir, dan juga "air" di dalam buah kelapa muda, yang dikatanya jauh berbeza daripada kandungan kelapa tua yang kering yang dijual di England. Beliau membeli sebuah perahu dan memeranjatkan orang ramai dengan melengkapkan perahu itu sendiri, menggunakan alat-alat "terbaik dari London", akan tetapi oleh sebab ketiadaan alat penggerudi, lubang-lubang terpaksa ditebuk perlahan-lahan dengan menggunakan batang besi panas.[P 19] Semasa pelayaran mengelilingi Seram, anak kapal dari Gorong melarikan diri. Beliau memerikan proses pembuatan sagu dengan terperinci.
26 Buru
Wallace mendapati bahawa beliau sampai semasa musim tengkujuh, dan hanya nampak lumpur dan air. Beliau bersungut kerana usaha selama dua bulan hanya menghasilkan 210 spesies kumbang, berbanding dengan 300 spesies dalam masa tiga minggu di Ambon. Walau bagaimanpun, seekor kumbang Cerambyx didapati sepanjang 7.5 sm (3 inci), dengan sesungut mencecah 12.5 sm (5 inci). Beliau geli hati kerana mendapati pondok ringkasnya selesa selepas beliau membuat meja kasar dan duduk atas kerusi rotannya, dengan sebuah kelambu nyamyuk dan sehelai "selempang kain petak" untuk dijadikan "bilik tidur". Beliau mendapat 17 spesies baharu (sekurang-kurangnya buat Maluku) burung termasuk seekor burung spesies Pitta.[P 20]
27 Sejarah Semula Jadi Maluku
Satu-satunya binatang karnivor di Maluku ialah musang Malaya, yang difikirkan beliau dimasukkan ke kepulauan itu secara tidak sengaja kerana haiwan ini dibela untuk kesturinya. Peliknya, babi rusa Sulawesi ditemui di Buru; Wallace mengagak babi rusa berenang ke sana, dan memetik buku Sir Charles Lyell, Principles of Geology ("Prinsip-prinsip Geologi"), untuk mengesahkan kebolehan berenang ini. Mamalia-mamalia lain merupakan marsupial, jadi beliau membuat anggapan haiwan-haiwan ini natif sebenar. Berbeza dengan bilangan mamalia yang sedikit, terdapat sekurang-kurangnya 265 spesies burung, lebih daripada seluruh Eropah yang memiliki 257 spesies, akan tetapi daripada angka ini, hanya tiga kumpulan— burung nuri, raja udang dan merpati—menyumbang kepada satu pertiga bilangan, berbanding dengan hanya perdua puluh burung di India. Wallace mencadangkan ini kerana burung-burung ini datang dari New Guinea, yang juga ketiadaan beberapa kumpulan, dan menambah bahawa banyak burung-burung New Guinea tidak samapi ke Maluku, sekaligus membayangkan bahawa pulau-pulau ini terpencil buat tempoh yang lama.

Gugusan Papua[sunting | sunting sumber]

Tangkal Papua, oleh E. W. Robinson
28 Makassar ke Kepulauan Aru dengan sebuah perahu natif
Wallace membuat keputusan untuk mengelak musim tengkujuh di Sulawesi dengan bergerak ke Kepulauan Aru, sumber mutiara, gewang dan kulit penyu untuk Eropah, dan sarang burung dan lintah laut buat China, mahupun kepulauan ini dihuni "orang gasar". Beliau teruja walaupun perjalanan sejauh 1 600 km (1 000 batu) dengan sebuah penjajap Bugis seberat 70 tan dengan 70 orang anak kapal itu penuh bahaya, keranan beliau menganggap kepulauan itu sebagai "Ultima Thule Timur". Kabin kecilnya merupakan yang "paling sempit" yang beliau pernah duduki semasa di laut, dan beliau menyukai bahan-bahan asli dan ketiadaan bau busuk cat dan tar.[P 21] Laut Maluku bercahaya pendarfosfor, bagaikan sebuah nebula yang dilihat melalui teleskop. Beliau melihat ikan terbang berdekatan dengan pulau Tior, yang tersilap cata dalam carta.
29 Kepulauan Kei
Penjajap disambut oleh 3 atau 4 kanu berparuh tinggi, lebih kurang 50 orang lelaki yang berbogel selain daripada cangkerang dan bulu burung kasuari, bernyanyi dan menjerit sambil mengayuh, yang menaiki penjajap dengan cukup riang dan bersemangat "mabuk dek keriangan dan keterujaan", dan meminta tembakau.[P 22] Kelihatan jelas serta-merta pada Wallace yang orang Papua bukan Melayu sama ada dari segi rupa dan perawakan.[P 23] Mereka mahir membuat bot, dengan beralatkan kapak, beliung dan gerimit, memasang papan dengan amat rapi sehinggakan mata pisau pun tidak dapat dimasukkan di mana jua di antara dua keping papan.[P 24] Mereka tidak menggunakan wang, dan tukar-menuukar untuk mendapatkan pisau, kain dan brandi "arrack", dan membawa banyak kumbang termasuk spesies baharu jewel beetle ("kumbang permata"), Cyphogastra calepyga, yang ditukarkan dengan tembakau.
30 Kepulauan Aru—Bermastautin di Dobbo
Wallace menangkap 30 spesies kupu-kupu dalam masa sehari, bilangan yang terbanyak semenjak masa beliau berada di Lembangan Amazon, termasuk "kupu-kupu besar dan cantik, spectre, Hestia durvillei",[P 25] dan beberapa hari kemudian,
satu daripada serangga yang paling cantik di dunia, kupu-kupu berkepak burung bird-winged butterfly, Ornithoptera poseidon. Saya bergetar disebabkan amat teruja semasa saya melihatnya datang dengan penuh kehebatannya ke arah saya,... dan merenung, dengan perasaan kagum, kepaknya yang berwarna hitam dan hijau yang bersinar, selebar 7 inci (18 cm), warna keemasan badannya, dan dadanya yang berwarna merah lembayung... Pada malam itu Kampung Dobbo menjadi tuan rumah seorang yang amat berpuas hati."
—Wallace[P 25]
Burung-burung Cenderawasih King (Cicinnurus regius) dan Twelve-wired (Seleucidis melanoleucus), dilakar pada kayu oleh J. G. Keulemans
31 Kepulauan Aru—Perjalanan dan Penginapan di Pedalaman
Seekor burung cenderawasih king (harfiah, cenderawasih raja) dihadiahkan kepadanya, dan beliau pula "menghiburkan" penduduk pulau itu dengan perasaan terujanya; mendapatkan seekor burung ini memang menjadi satu daripada matlamat perjalanannya ke gugusan pulau itu. Beliau merenungkan bagaimana kecantikannya yang dibazirkan di dalam "hutan yang gelap dan muram, tanpa kecantikannya dilihat mata yang mengerti", akan tetapi apabila "manusia bertamadun" sampai di kepulauan tersebut, ia tentu akan mengacau keseimbangan alami dan menyebabkan kepupusan burung-burung tersebut.[P 26] Beliau mendapati kaum lelaki kepulauan ini yang paling tampan daripada puak-puak yang pernah beliau temui, kaum wanita kurang menarik "melainkan wanita yang amat muda".[P 27]
32 Kepulauan Aru—Penginapan Kali Kedua di Dobbo
Wallace menyaksikan penyabungan ayam di jalanan, akan tetapi lebih berkinat akan perlawanan sepak bola, yang menggunakan bola rotan lompang dan berkata "kemurahan harga yang amat"[P 28] barangan, termasuk barang buatan Eropah atau Amerika, yang dipercayai beliau menjadi penyebab kemalasan dan kemabukan kerana tidak ada sebab untuk bekerja keras untuk mendapatkan barangan. Beliau mengagumi sebuah pohon yang memiliki bunga berwana merah lembayung dengan kawanan kongkang berwarna biru dan jingga. Beliau diberi sup sarang burung, yang beliau dapati tidak perisa.
33 Kepulauan Aru—Geografi Fizikal dan Aspek Alami
Pulau-pulau direntasi tiga saluran sempit yang mirip, dan disebut sungai, mahupun saluran-saluran tersebut sebenarnya serokan laut. Kehidupan liar sama seperti di New Guinea, 240 km (150 batu) dari Aru, yang beliau syak pernah terhubung dengan Aru melalui jambatan darat. Kebanyakan bunga berwarna hijau; bunga-bunga besar dan ranggi jarang ataupun tidak kelihatan.
34 New GuineaDorey
Setelah menyimpan hasrat sekian lama, Wallace mengembara ke New Guinea. Rumah-rumah di pesiir pantai dibina di atas air; rumah-rumah ini mempunyai atap berbentuk bot, dan sering dihiasi dengan tengkorak manusia yang digantung dari cucur atap, kenangan perang mereka dengan puak Arfak yang menyerang mereka. Rumah majlis mempunyai ukiran manusia bogel yang "kurang sopan". Beliau mendapati para penduduk agak tampan, oleh sebab mereka tinggi dan berhidung mancung serta memilik rambut keriting yang disikat rapi.[P 29] Beliau gagal menjumpai burung-burung cenderawasih yang diperikan oleh ahli farmasi dan botani Perancis René Primevère Lesson, akan tetapi bergembira dengan horned deer-flies [lalat kuning bertanduk, Chrysops spp], termasuk Elaphomia cervicornis dan E. wallacei. Buku lali beliau tercedera dan beliau terpaksa berihat kerana ia telah menjadi ulser, sementara kesemua orang-orangnya mengalami penyakit demam, disenteri atau agu [demam malaria dengan demam dan sejuk yang berurutan]. Apabila pulih, beliau mendapati bahawa burung sukar dijumpai akan tetapi beliau menemukan purata lebih kurang 30 spesies kumbang sehari; pada dua hari luar biasa, beliau menemukan 78 dan 95 jenis, rekod peribadinya. Beliau kemudian mengambil masa enam jam untuk Pada keseluruhannya beliau mengumpul lebih daripada 800 spesies kumbang di Dorey. Beliau meninggalkan Dorey "tanpa terlalu bersedih" kerana beliau tidak pernah melawat sesuatu tempat yang lebih "menyusah dan menhengkelkan."[P 30]
35 Perjalanan dari Ceram ke Waigiou
Beliau tersasar akibat tiupan angin semasa cubaan untuk sampai ke tempat pembantunya Allen, sambil kehilangan sebilangan orang yang turun ke pantai, sauh tersangkt, terlanggar terumbu, dan dipandu dengan peta yang salah. Kepulangan ke kawasan pelabuhan selamat losing some men who went ashore, dragging anchor, running on to a coral reef, and guided by an incorrect map. Kepulangan ke pelabuhan selamat mengambil masa 8 hari "di kalangan terumbu dan pulau-pulau Waigiou"[P 31]. Beliau mengirim sebuah bot untuk menyelamatkan orang-orangnya; bot itu pulang 10 hari kemudian tanpa mereka, akan tetapi beliau membayar mereka sekali lagi, dan pada percubaan kedua bot itu kembali dengan dua orangnya, yang hidup selama sebulan dengan berbekalkan "akar dan pucuk bunga sebuah spesies Bromelia, kerang, dan beberapa biji telur penyu."[P 32]
36 Waigiou
Beliau membina pondok daun kelapa yang bocor dengan teruk sehinggalah mereka menambah cerun atap. Beliau menembak seekor burung cenderawasih berwarna merah. Beliau fikir yang para penduduk di situ daripada bangsa kacukan. Beliau belayar ke Bessir di mana ketua kampung di situ meminjamkannya sebuah pondok yang terbina di atas kaki bajang, dimasuki dengan memanjat tangga dan tidak cukup tinggi untuk membolehkannya berdiri semasa beradadi dalamnya. Beliau belajar untuk hidup dan bekerja dalam "posisi separa terlentang";[P 33] beliau merupa orang putih pertama yang sampai di pulau itu. Beliau menukar barangan untuk burung cenderawasih; para penduduk tidak memanah burung-burung tersebut dengan mata anak panah tumpul seperti yang dilakukan oleh orang pulau Aru, akan tetapi memasang perangkap dengan menggunak buah-buah yang diletakkan pada kayu bercabang sebagai umpan, dan menangkap burung dengan menggunakan jerutan tali yang tergantung pada kayu sehingga ke tanah; mereka menjerut tali apabila burung sampai, kadang kala selepas dua atau tiga hari.
37 Perjalanan dari Waigiou ke Ternate
Semasa dalam perjalanan pulang ke Ternate bot dilanda lebih kurang sedozen ombak yang sampai dengan bunyi kuat seperti ombak besar, dengan keadaan laut "amat rata"[P 34] sebelum dan selepas; beliau membuat kesimpulan ombak-ombak tersebut tentunya ombak gempa bumi seperti yang diperikan oleh William Dampier. Kemudian beliau mendapat tahau yang memang berlaku sebuah gempa bumi di Gilolo pada hari itu. Semasa dalam perjalanan mereka hilang sauh dan tali tambatan putus akibat ribut. Sauh baharu dibuat daripada kayu. Ornag-orang Wallace mempercayai yang bot itu malang dan emeinta agar sebuah upacara dilakukan sebelum menyambung perjalanan. Mereka terperangkap di dalam ribut dan kehilangan bot kecil yang ditunda. Wallace mendapati bahawa selama 78 hari "tidak ada sehari pun yang membawa angin baik." (sic)[P 35]
38 Burung Cenderawasih
Wallace, yang menyatakan bahawa beliau sering membuat perjalanan khusu untuk mendapatkan sepsimen, memerikan burung cenderawasih dengan terperinci, dan kesan-kesan pilihan seksual oleh burung betina. Beliau memerikan burung cenderawasih besar, raja, merah, megah, indah, emas atau six-shafted, standard wing, twelve-wired, dan epimaque atau burung cenderawasi berekor panjang, dan juga tiga ekor burung New Guinea yang beliau anggap hampir sama luar biasa. Beliau mencadangkan yang burung-burung tersebut dapat hidup dengan baik jika dilepaskan di Palm House (Rumah Palma) terletak di Taman Kew. Pada keseluruhannya beliau tahu tentang 18 spesies, 11 dari New Guinea dan 8 yang endemik di New Guinea dan Salwatty, atau pun 14 di kawasan am New Guinea (1 dari Maluku dan 3 dari Australia). Pembantunya, Mr Allen menghadapi masalah keran penduduk tempatan mengkhuatiri motifnya. Setahun yang dihabiskan dengan lima kembaraan hanya menghasilkan lima daripada 14 spesies di New Guinea.
39 Sejarah Semula Jadi Pulau-Pulau Papua
New Guinea, tulis Wallace, rata-rata tidak dikenali umum, dengan hanya kehidupan liarnya di semenanjung barat laut diterokai separa, akan tetapi 250 burung darat sudah dikenal pasti, dan ini membuat pulau itu menarik. Terdapat sedikit mamalia, kebanyakannya marsupial, termasuk sejenis kangaroo (mula-mula dilihat oleh Le Brun dalam tahun 1714).
"Portret seorang Pembesar Jawa"
40 Ras manusia di Kepulauan Melayu
Wallace mengakhiri bukunya dengan memberikan pandangannya tentang penduduk-penduduk kepulauan. Beliau mendapati bangsa Melayu, termasuk orang Jawa, paling bertamaddun, mahupun beliau memanggil orang Dayak Borneo dan Batak Sumatera, antara laian, sebagai "Melayu ganas".[P 36] Beliau memetik penulisan pengembara, Nicolo Conti, yang dihasilkan dalam tahun 1430 tentang mereka, bersama-sama penulisan-penulisan awal yang lain. Wallace berpendapat orang Papua bertentangan dengan orang Melayu, suka mengikut gerak hati dan menunjuk-nunjuk sementara orang Melayu pula tidak menunjukkan perasaan dan berat mulut. Beliau mengagak asal-usul mereka, dan dalam nota nota di penghujung, mengkritik masyarakat Inggeris.

Lampiran[sunting | sunting sumber]

Tentang Kranium Dan Bahasa
Wallace menyebut teori Huxley dan buku Dr. Joseph Barnard Davis, *Thesaurus Craniorum*, yang menyangka ras-ras manusia dapat dibezakan dengan menggunakan bentuk kranium, tempurung tengkorak; Wallace berasa berat hati untuk menerima teori-teori ini. Namun demikian, beliau menyenaraikan ukuran-ukuran yang diambil daripada kranium orang "Melayu" dan "Papua", dan memerhatikan terdapat banyak kelaianan dalam kalangan kumpulan Melayu. Bellia hanya memiliki sebilangan kecil tengkorak dalam kalangan kumpulan Papua dan tidak ada perbezaan ketara antara kedua-dua kumpulan.
Lampiran bahasa menyenaraikan sembilan perkataan (hitam, putih, api, air besar, kecil, hidung, lidah gigi) dalam 59 daripada bahasa yang ditemukan di kepulauan, dan 117 perkataan dalam 33 bahasa-bahasa tersebut, dan dengan cara ini menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakan bahasa-bahasa termasuk mengandungi perkataan-perkataan yang sama.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Semasa[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Melayu diterima baik semasa diterbitkan, sering kali dalam ulasan-ulasan panjang yang cuba menyimpulkan buku itu, dari segi pandangan bersesuaian dengan terbitan berkala yang terlibat. Buku ini diulas dalam lebih daripada 40 terbitan berkala: sebahagian daripada ulasan disimpulkan di bawah:[10]

Anthropological Review[sunting | sunting sumber]

Anthropological Review mencatatkan bahawa sementara pemerian tentang kehidupan liar "amat menarik perhatian", "pembaca-pembaca kami, sebagai ahli antropologi, akan menaruh lebih perhatian terhadap "mawas besar yang mirip manusia do Borneo, - orang-utan -, ataupun mias, nama yang digunakan oleh orang asli". Dua muka surat dipenuhi dengan perbincangan tentang orang utan. Ulasan kemudian menumpukan perhatian kepada pemerhatian-pemerhatian Wallace tentang "ras-ras manusia", dan memerhatikan yang perincian antropologi yang diberikan dalam buku berguna akan tetapi mungkin dipilih buat menyokong "teori tertentu", khusunya kepercayaan Wallace bahawa terdapat ras timur dan barat—"Melayu" dan "Papua", walaupun sempadan di antara mereka terletak pada timur garisan Wallace. Ulasan menerima data Wallace tentang sejarah semula jadi, akan tetapi mengesyaki bahawa beliau memilih data semasa mencatatkan perincian tentang individu-individu. Ulasan memerhatikan bahawa Wallace bersetuju dengan penulis-penulis Perancis yang orang PolynesiaUlasan menyatakan "Tuan Wallace bergantung lebih pada kepelbagaian ciri-ciri moral untuk membuktikan perbezaan ras daripada perbezaan fizikal, walaupun beliau menyatakan bahawa perbezaan ini amat ketara" dan kurang mempercayai perbezaan tersebut, dan bertanya sama ada perbezaan antara "pembesar Jawa" dan Dayak tidak lebih ketara. Selepas 10 halaman membincangkan ras, ulasan diakhiri dengan mengesyorkan buku kepada para pelanggannya sebuah karya yang lebih baik daripada buku-buku penjelajahan "dan walaupuntidak terdapat kejadian-kejadian mendebarkan" ia akan "membalas pembacaan" kedua-dua pembaca saintifik dan awam.[11]

Pengaruh terhadap karya terkemudian[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Melayu mempengaruhi banyak karya bermula dengan hasil karya penulis sezaman dengan Wallace. penulis novel, Joseph Conrad menggunakannya sebagai bahan sumber buat beberapa buah novel, termasuk Almayer's Folly ("Kesilapan Almayer"), An Outcast of the Islands ("Orang Terbuang di Kepulauan"), dan The Rescue.[12] Para pengulas menyarankan yang Kepulauan memberi pengaruh mendalam terhadap Lord Jim ("Tuan Jim") ,[13] dan menganggap Kepulauan memberikan ilham buat watak Stein, seorang ahli entomologi, dalam novel Conrad.[14] Pembantu Conrad, Richard Curle, menulis yang Kepulauan Melayu merupakan bahan bacaan kegemaran Conrad;[14] Conrad merujuk secara langsung kepada apa yang disebutnya buku masyhur Alfred Wallace tentang Kepulauan Melayu dalam novel The Secret Agent ("Ejen Rahsia").[15] Dalam cerita pendeknya berjudul, Neil MacAdam, W. Somerset Maugham membuat watak judul membaca Kepulauan Melayu sambil dalam perjalanan ke Borneo, dan pengaruhnya dapat dirasai dalam gambaran pulau itu dalam novel.[14]

Lebih baharu, buku ini juga mempengaruhi penulis bukan fiksyen termasuk The Song of the Dodo ("Lagu Dodo") karya David Quammen (1997), yang membincangkan sumbangan Wallace kepada bidang biogeografi pulau;[16][17] The Spice Islands Voyage ("Pengembaraan Pulau Rempah Ratus") oleh Tim Severin (1997) yang menjejaki laluan pengembaraan Wallace;[18] dan Archipelago: The Islands of Indonesia, ("Kepulauan: Pulau-pulau Indonesia") oleh Gavan Daws (1999), yang membandingkan persekitaran yang digambarkan Wallace dengan keadaan moden gugusan kepulauan Melayu.[19] The Malay Archipelago is considered to be one of the most influential books ever written about the Indonesian islands.[20] Karya Wallace ini kekal menjadi sumber tentang rantau itu buat penulis-penulis moden, seperti buku tahun 2014, Indonesia Etc, yang mengandungi banyak petikan daripada buku Wallace, selain daripada menyarankannya sebagai bacaan lanjut tentang geografi Indonesia.[21]

Pelawak Inggeris, Bill Bailey, menjelajah di Indonesia mengikut laluan Wallace untuk sebuah program BBC Two, yang mula-mula disiarkan dalam tahun 2013, 100 tahun selepas kematian Wallace.[22]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bates berumur 22 tahun, Wallace 24.
  2. ^ Asal, "towards solving the problem of origin of species"
  3. ^ Asal, "interesting facts of the problem, whose solution is to be found in the principles developed by Mr. Darwin"
  4. ^ Asal, On the Law which has Regulated the Introduction of New Species
  5. ^ Asal, "Every species has come into existence coincident both in space and time with a closely allied species"
  6. ^ Membayangkan penyebaran menyesuai
  7. ^ Asal, "To the ordinary Englishman" is "perhaps the least known part of the globe."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber primer[sunting | sunting sumber]

Senarai ini untuk memberikan tempat di mana petikan diambil daripada buku.
  1. ^ Wallace, 1869. pp. vii–ix.
  2. ^ Wallace, 1869. p. xiv.
  3. ^ Wallace, 1869. p. xii.
  4. ^ Wallace, 1869. Volume 1, pp. 1–30.
  5. ^ Wallace, 1869.
  6. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 439–464.
  7. ^ Wallace, 1869. Volume 1, p. 2.
  8. ^ Wallace, 1869. Jilid 1, ms. 117–119.
  9. ^ Wallace, 1869. Jilid 1, ms. 123–124.
  10. ^ Wallace, 1869. Jilid 1, ms. 132–136.
  11. ^ Wallace, 1869. Volume 1, p. 355.
  12. ^ Wallace, 1869. Volume 1, p. 364.
  13. ^ Wallace, 1869. Volume 1, p. 463.
  14. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 32.
  15. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 38.
  16. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 41.
  17. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 85.
  18. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 99–100, 111.
  19. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 109.
  20. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 133.
  21. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 158–162.
  22. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 177.
  23. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 176.
  24. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 184–186.
  25. ^ a b Wallace, 1869. Volume 2, pp. 199–200.
  26. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 222–224.
  27. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 254.
  28. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 271.
  29. ^ Wallace, 1869. Volume 2, pp. 305–306.
  30. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 327.
  31. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 347.
  32. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 348.
  33. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 360.
  34. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 371.
  35. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 384.
  36. ^ Wallace, 1869. Volume 2, p. 441.

Sumber sekunder[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mallet, Jim. "Henry Walter Bates". University College London. Dicapai pada 11 December 2012.
  2. ^ a b Shoumatoff, Alex (22 August 1988). "A Critic at Large, Henry Walter Bates". New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2014-09-12.
  3. ^ Edwards, 1847.
  4. ^ van Wyne, John (2012). "Malay Archipelago". Wallace Online, National University of Singapore. Dicapai pada 23 June 2013.
  5. ^ Wallace, Alfred Russel (1855). "On the Law Which has Regulated the Introduction of Species". Western Kentucky University. Dicapai pada 22 March 2013.
  6. ^ a b [https://web.archive.org/web/20140912140038/https://ebooks.adelaide.edu.au/w/wallace/alfred_russel/malay/chapter34.html Diarkibkan 2014-09-12 di Wayback Machine Bab 34 Archipelago)
  7. ^ Lihat Commons Category:E. W. Robinson
  8. ^ PPM, Dewan Bahasa dan Pustaka
  9. ^ "Cocytia durvillii". Papua Insects Foundation. Dicapai pada 20 March 2013.
  10. ^ Smith, Charles. "Writings on Wallace". West Kentucky University. Dicapai pada 16 March 2013.
  11. ^ Anon (1869). "Book Reviews: The Malay Archipelago". Anthropological Review. 7: 310–323.
  12. ^ Slotten, Ross A. (2004). The Heretic in Darwin's Court: the life of Alfred Russel Wallace. New York: Columbia University Press. m/s. 267. ISBN 0-231-13010-4.
  13. ^ Rosen, Jonathen. "Missing Link: Alfred Russel Wallace, Charles Darwin's neglected double". The New Yorker Feb 2007. Dicapai pada 13 March 2013.
  14. ^ a b c Raby, Peter (2008). Charles H. Smith, George Beccaloni (penyunting). Wallace's Literary Legacy. Natural Selection and Beyond: The Intellectual Legacy of Alfred Russell Wallace. Oxford University Press. m/s. 227–233. ISBN 978-0-19-923916-0.
  15. ^ Joseph Conrad (1916). The Secret Agent: A Simple Tale. Doubleday, Page and Company. m/s. 142.
  16. ^ Quammen, 1997.
  17. ^ "Review of 'The Song of the Dodo'". Smithsonian Magazine. 1996. Dicapai pada 4 May 2007. External link in |publisher= (bantuan)
  18. ^ Severin, 1997.
  19. ^ Daws, 1999.
  20. ^ "Preface to the Papuaweb illustrated edition". PapuaWeb Project. Dicapai pada 3 May 2013. External link in |publisher= (bantuan)
  21. ^ Elizabeth Pisani (2014). Indonesia Etc: Exploring the Improbable Nation. W. W. Norton & Company.
  22. ^ Bailey, Bill (2013). "Bill Bailey's Jungle Hero". British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 3 April 2013.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Wallace[sunting | sunting sumber]

Setiap edisi dicetak semula dalam tahun-tahun berikutan, misalnya edisi kesepuluh muncul dalam tahun 1890, 1893, 1894, 1898, 1902, 1906 dan cetakan semula terkemudian, jadi banyak tarikh hadir dalam katalog-katalog perpustakaan.

  • Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago: The land of the orang–utan, and the bird of paradise. A narrative of travel, with sketches of man and nature (ed. 1). Macmillan.
–-- 1872, Macmillan.
--- 1890, (10 ed.) Macmillan.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

--- 1870–71 Insulinde : het land van den orang-oetan en den paradijsvogel, P.N. van Kampen, Amsterdam. (bahasa Belanda)
--- 1870? L'archipel malaisien : patrie de l'orang-outang et de l'oiseau de paradis : récits de voyage et étude de l'homme et de la nature, Librairie Hachette, Paris. (bahasa Perancis)
--- 1872 Malajskij archipelag, Sanktpeterburg Obščestvennaja Pol'za, St Petersburg. (bahasa Rusia)
--- 1942 馬来諸島 ('Marai shotō'), 南洋協會, Nan'yō Kyōkai, Shōwa 17, Tokyo. (bahasa Jepun)
--- 1942 Viaje al archipélago malayo, Espasa-Calpe, Buenos Aires. (bahasa Sepanyol)
--- 1966 馬來群島科學考察記 ('Ma lai qun dao ke xue kao cha ji'), 臺灣商務, Tai wan shang wu, min 55, Taipei. (bahasa Cina)
--- 2000 Menjelajah Nusantara : ekspedisi Alfred Russel Wallace abad ke-19, Remaja Rosdakarya, Bandung. (bahasa Indonesia)
--- 2009 Der Malayische Archipel : die Heimath des Orang-Utan und des Paradiesvogels; Reiseerlebnisse und Studien über Land und Leute, Verlag der Pioniere, Berlin. (bahasa Jerman)

Pengarang lain[sunting | sunting sumber]

  • Daws, Gavan (1999). Archipelago: The Islands of Indonesia – From the Nineteenth-century Discoveries of Alfred Russel Wallace to the Fate of Forests and Reefs in the Twenty-first Century. University of California Press. ISBN 0-52021-576-1.
  • Severin, Tim (1997). The Spice Islands Voyage: The Quest for Alfred Wallace, the Man Who Shared Darwin's Discovery of Evolution. Little, Brown. ISBN 0-78670-721-6.
  • Quammen, David (1997). The Song of the Dodo: Island Biogeography in an Age of Extinction. Simon & Schuster. ISBN 0-68482-712-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]