Kepungan Hama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siege of Hama
Sebahagian daripada 2011 Syrian uprising
Map of Hama governorate in light green
Map
LokasiHama, Syria
Koordinat35°08′00″N 36°45′00″E / 35.1333°N 36.75°E / 35.1333; 36.75
Tarikh3 July 2011 – 4 ogos 2011
SasaranProtesters
Jenis serangan
Pengepungan Sunting ini di Wikidata
KematianMore than 265 citizens[1][2][3][4][5]
8 policemen (Government claim)
PelakuSyrian Army
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Siege Hama adalah sebahagian daripada Kebangkitan Syria 2011 terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad . Bandar Hama menjadi lokasi keganasan sejak 3 Jun 2011, apabila puluhan ribu penunjuk perasaan menyatakan penentangan terhadap kerajaan di jalan-jalan.Lantas mereka manjadi sasaran polis rahsia dan angkatan tentera. Lebih 50 orang terbunuh dan beratus-ratus yang cedera . Pada 1 Julai 2011, lebih 400,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi besar-besaran menentang Bashar al-Assad . Dua hari kemudian, kereta kebal Syria ditempatkan di Hama dan membunuh 20 orang awam dan dua kes rogol .

Pada 31 Julai, kerajaan Syria telah menghantar tentera Syria ke Hama untuk mengawal protes pada malam pertama Ramadan.Malam itu digelar "Pembunuhan Ramadan" . Sekurang-kurangnya 142 orang terbunuh, dengan lebih 100 di Hama, dan 29 di Deir ez- Zor . Beratus lagi telah tercedera.Pada 4 Ogos, lebih 200 orang awam telah terbunuh di Hama.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bandar Hama pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Syria dalam peristiwa Rampasan kuasa Baath 1963 . Pada 1964 berlaku pula Rusuhan Hama 1964 di mana 70 rakyat dibunuh oleh tentera. Sepanjang 1976-1982 terjadi pula Kebangkitan Islam Syria apabila ratusan penduduk Hama bangkit diikuti dengan Pembunuhan Beramai-ramai Hama pada April 1981. Pada bulan Februari 1982, terjadi lagi pembunuhan beramai-ramai di Hama di mana 25,000 warga Hama dan militan Islam terbunuh termasuk 1000 askar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebangkitan rakyat Syria bermula pada 3 Jun 2011, terutamanya di bandar Hama.Tentera menembak mati 25 orang penunjuk perasaan dalam usaha menyuraikan mereka pada hari Jumaat 3 Jun, 2011. Pada 2011, bandar ini menjadi pusat penentang pembangkang dan kebangkitan popular sebagai sebahagian daripada Spring Arab . Sejak Jun bandar ini dikawal oleh kerajaan. Kemudian mulai 3 Julai , sekatan bersenjata dilaksanakan.

Pada malam pertama Ramadan , seramai 139 terbunuh apabila tentera cuba mematahkan kebangkitan puak Sunni , Druze dan Kristian. Hama adalah sebuah bandar Sunni dengan minoriti Kristian Ortodoks.

Menjelang 2 Ogos, kumpulan Hak Asasi Manusia mendakwa kerajaan Syria telah membunuh 1,600 orang awam. Kerajaan dipersalahkan ekoran banyak keganasan berlaku. Pengganas dan militan mendakwa mereka telah membunuh beratus-ratus anggota keselamatan.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2011, lebih 400,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi terbesar menentang Bashar al-Assad di hama. Selepas itu, Presiden Assad memecat Gabenor Hama. Kereta kebal Syria dikerahkan ke Hama dan menyaksikan 20 orang awam yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Syria dan dua kes rogol berlaku.

Hama menjadi pusat pemberontakan 2011 menentang Assad. Pada 3 Jun, puluhan ribu penunjuk perasaan telah mengambil jalan-jalan di Hama untuk menyatakan penentangan mereka kepada kerajaan. Mereka menjadi sasaran polis rahsia dan angkatan tentera.

Pada 3 Julai, kerajaan Syria menghantar tentera Syria dalam usaha membasmi perbezaan pendapat yang berterusan pada malam Ramadan .

Pada 6 Julai, Duta Amerika Syarikat Robert Ford telah mengadakan lawatan mengejut ke bandar Hama dan meberi inspirasi kepada rusuhan. Syria berang dengan lawatan tersebut.Pada 8 Julai, lebih 500,000 penduduk Syria membanjiri bandar Hama sebagai membantah kerajaan Presiden Bashar al-Assad .

Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik memberitahu Al Jazeera bahawa Duta Robert Ford menyaksikan sendiri keganasan di Hama.Dia sendiri melihat seorang remaja dipukul dengan kayu di pusat pemeriksaan. Duta Perancis turut menyatakan sokongan terhadap kebangkitan rakyat Syria. Pada 7 Julai duta Perancis dan Amerika ke Syria melawat beberapa lokasi panas. Duta Amerika , Robert Ford dan Duta Perancis Chevallier Éric melawat bandar Hama .

Pada 8 Julai, kereta kebal dikerahkan ke sekitar pinggir Hama dan sekatan jalan dilakukan. Lebih 500,000 rakyat telah berhimpun di bandar raya ini pada 29 Julai, berikutan ulama yang pro-pemberontak berdoa agar "rejim mesti pergi" . Pada 30 Julai , sokongan tempatan kepada rejim Assad telah meningkat di Homs , Deir ez-Zor dan Hama. Dilaporkan bahawa Presiden Assad telah menghantar "Bas Pengganas" yang penuh dengan militia Alawite dan penyokong setia parti pergi ke bandar Hama pada 30 Julai untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Assad.

Pembunuhan beramai-ramai malam Ramadan[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2011 berlaku pembunuhan beramai-ramai di Hama.Kereta kebal menyerang Hama dari empat arah yang berbeza dan "menembak secara rawak" . Sementara itu, penembak tepat dari bumbung pejabat elektrik dan bumbung penjara telah memlakukan tembakan membabi-buta. Bekalan elektrik telah dipotong.Seramai 136 orang telah meninggal dunia, lebih 100 di Hama dan 19 di Deir ez-Zor . Ratusan lagi telah cedera. Pada 15 Mac lalu seramai 2200 penunjuk perasaan dibunuh.

Tentera Syria telah menembak orang awam yang cuba merawat penunjuk perasaan dan mangsa yang cedera.Kereta kebal cuba menyekat sebarang pembesar suara di masjid-masjid menyiarkan azan "Allah Akbar". Tembakan ditujukan kepada orang awam. Sekitar 129 orang telah meninggal dunia di Hama (100) dan di Deir ez-Zor (29) .Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan pada 5:00 pagi di Muadhamiya utara Hama .Pada masa yang sama, tahanan politik yang cuba memberontak telah ditembak .Angka kematian dalam penjara itu tidak diketahui. Agensi berita Syria melaporkan bahawa lapan anggota polis telah terbunuh dalam pertempuran di Hama.

Majlis Keselamatan Bangsa - Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi mengutuk serangan Syria pada 31 ​​Julai dan mahu membahaskan keadaan di Syria.

Pasukan keselamatan Syria terus membedil Hama pada 1 Ogos. Penduduk yang mahu sembahyang di masjid untuk solat subuh berkemungkinan besar akan ditembak oleh penembak curi.Kereta kebal menembak secara rawak. Mereka tidak mengira sesiapa yang menjadi mangsa. Tujuannya seolah-olah untuk membunuh dan menakutkan orang ramai.Kereta kebal juga dilihat bergerak ked bandar timur Albu Kamal.

Pembangkang mendakwa bahawa serangan kereta kebal ke atas bandar Hama pada 31 Julai, menyebabkan 84 orang terbunuh dalam usaha mengelakkan bantahan pada bulan suci.

Kesatuan Eropah mengenakan larangan perjalanan terhadapa lima pegawai tentera dan pegawai kerajaan dan sekatan lanjutan terhadap kerajaan Assad, termasuk Menteri Pertahanan Syria ,Ali Habib Mahmud.

Majlis keselamatan PBB bertemu untuk membincangkan keadaan di Syria pada 2 Ogos. Amerika Syarikat , UK dan Perancis secara rasmi mengutuk Syria , tetapi Rusia dan China membantah dengan alasan "campur tangan terhadap ketenteraan di Syria".

Pada 2 Ogos, pembangkang Syria Radwan Ziadeh meminta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menuntut Presiden Bashar al-Assad untuk meletak jawatan.

Pada pagi 3 Ogos 2011, tembakan berterusan dari kereta kebal tentera Syria di bandar Hama. Laman Facebook Revolusi Syria melaporkan "Tentera kini ditempatkan di assi Square dan melarang mereka daripada memasuki kawasan-kawasan perumahan. " Bekalan air, elektrik dan semua komunikasi terputus. Kerajaan Syria melarang wartawan asing daripada memasuki negara ini. Shaam , saluran video menunjukkan sebuah kereta kebal menyerang bandar Hama.

Pada 3 Ogos, ekoran serangan, pekerja-pekerja di Hama mengisytiharkan tiga hari mogok umum , bimbang akan dibunuh oleh pasukan keselamatan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Karouny, Mariam. "Syria intensifies assault on anti-Assad protesters". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-07. Dicapai pada 2011-08-03.
  2. ^ "Syrian forces in deadly assault on Hama - Middle East". Al Jazeera English. 2011-07-05. Dicapai pada 2011-08-03.
  3. ^ AFP July 31, 2011 (3 days ago). "Syrian army kills at least 95 in Hama: activist | World". Dawn.Com. Dicapai pada 2011-08-03.
  4. ^ "Hama assault into second day, UN revives Syria debate". Khaleejtimes.com. Dicapai pada 2011-08-03.
  5. ^ http://www.nytimes.com/2011/08/05/world/middleeast/05syria.html?_r=1&hpw