Kera Hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kera Hantu
frames
Pengelasan saintifik


Kera Hantu (bahasa Inggeris: Tarsier) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Tarsius bancanus.[1] Seluruh infrasusunannya dahulu dikelaskan sebagai subsusunan Strepsirhini suborder, tetapi kini dikelaskan sebagai subsusunan Haplorrhini.

Kera Hantu mempunyai mata yang besar dan kaki panjang. Kakinya mempunyai tulang tarsus yang amat memanjang, punca asal nama Inggerisnya "Tarsier".

Taburan[sunting | sunting sumber]

Kera Hantu pernah terdapat di Asia, Europah dan Amerika Utara. Kini, Kera Hantu hanya terdapat dibeberapa kepulauan Asia Tenggara termasuk Filipina, Sulawesi, Borneo-Malaysia, dan Sumatra.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kera Hantu adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga Tarsiidae: .Kera Hantu adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kera Hantu terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Kera Hantu biasanya pemakan serangga, dan menangkap serangga dengan melompat keatas mereka. Ia juga diketahui menangkap burung dan ular.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Kera Hantu berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kera Hantu akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Kera Hantu merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan di Malaysia. Status pengekalan mereka dikelaskan sebagai "Lower Risk/Conservation Dependent". Apabila dikurung, sesetengah Kera Hantu diketahui mencederakan atau membunuh diri sendiri akibat tekanan. Kera Hantu sukar dipelihara dan biasanya cepat mati dalam tempoh beberapa minggu selepas ditangkap.[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-11. Dicapai pada 2013-01-10.