Keracunan karbon monoksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keracunan karbon monoksida
Pengelasan dan sumber luaran
Model karbon monoksida pengisian ruang
ICD-10T58
ICD-9986
P. Data Penyakit2020
MedlinePlus002804
eMedicineemerg/817
MeSHC21.613.455.245
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Keracunan karbon monoksida berlaku selepas menghirup karbon monoksida (CO), sejenis gas yang sangat toksik. Gas itu tidak mudah dikesan kerana ia tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, serta juga tidak merengsakan. Karbon monoksida ialah hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi dan seringnya dihasilkan di dalam persekitaran rumah dan perindustrian oleh kenderaan bermotor atau alat kuasa gasolin, pemanas, dan kelengkapan masak. Pendedahan terhadap karbon monoksida pada 100 bahagian per juta (ppm) atau lebih boleh membahayakan kesihatan manusia.[1]

Gejala keracunan akut yang sederhana termasuk sakit kepala, vertigo, dan kesan seolah-olah flu; pendedahan yang lebih teruk boleh mengakibatkan ketoksikan yang ketara pada sistem saraf pusat dan jantung, malahan kematian. Selepas menghidap keracunan akut, sekuela jangka panjang seringnya berlaku. Karbon monoksida juga boleh menjejaskan fetus seorang perempuan yang mengandung. Pendedahan kronik pada aras karbon monoksida yang rendah boleh mengakibatkan kemurungan, kekeliruan, dan kehilangan ingatan. Terutamanya, karbon monoksida menimbulkan kesan yang buruk pada manusia menerusi penggabungannya dengan hemoglobin demi membentuk karboksihemoglobin (HbCO) di dalam darah. Ini menghalang pengikatan oksigen pada hemoglobin dan justera, mengurangkan daya muat membawa oksigen lalu mengakibatkan hipoksia. Selain itu, karbon monoksida juga dipercayai amat menjejaskan mioglobin dan sitokrom oksidase mitokondrion. Bagaimanapun, karboksihemoglobin dapat dipulihkan menjadi hemoglobin, akan tetapi proses pemulihan itu memerlukan masa yang agak panjang kerana kompleks HbCO cukup stabil.

Merawat keracunan terutamanya terdiri daripada pemberian 100% oksigen atau menyediakan terapi oksigen hiperbarik, meskipun rawatan yang optimum masih berkontroversi.[2] Oksigen bertindak sebagai ubat penawar kerana ia meningkatkan kadar pembuangan karbon monoksida dari hemoglobin dan dengan itu, membekalkan badan dengan aras oksigen yang normal. Pencegahan keracunan merupakan salah satu isu kesihatan awam yang penting. Keracunan karbon monoksida di dalam rumah dapat dicegah dengan menggunakan pengesan karbon dioksida. Ia merupakan jenis keracunan yang mengakibatkan paling banyak kematian di banyak negara.[3] Keracunan karbon monoksida juga merupakan kaedah yang paling biasa digunakan untuk membunuh diri, iaitu dengan sengaja menghirup wasap ekzos yang dihasilkan oleh enjin kereta yang hidup. Ia juga dikatakan menyebabkan apa yang digelar rumah berhantu. Gejala seperti delirium dan halusinasi yang diakibatkan oleh keracunan karbon monoksida dapat menyebabkan orang berfikir bahawa mereka nampak hantu atau mempercayai bahawa rumah mereka berhantu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prockop LD, Chichkova RI (2007). "Carbon monoxide intoxication: an updated review". Journal of the Neurological Sciences. 262 (1–2): 122–30. doi:10.1016/j.jns.2007.06.037. ISSN 0022-510X. PMID 17720201. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Buckley NA, Isbister GK, Stokes B, Juurlink DN (2005). "Hyperbaric oxygen for carbon monoxide poisoning: a systematic review and critical analysis of the evidence". Toxicological Reviews. 24 (2): 75–92. doi:10.2165/00139709-200524020-00002. ISSN 1176-2551. PMID 16180928.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Omaye ST (2002). "Metabolic modulation of carbon monoxide toxicity". Toxicology. 180 (2): 139–50. doi:10.1016/S0300-483X(02)00387-6. ISSN 0300-483X. PMID 12324190. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Albert Donnay (October 31 2004). "A True Tale Of A Truly Haunted House". Ghostvillage.com. Dicapai pada 2008-12-16. Check date values in: |date= (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Poisoning and toxicity