Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Karamah adalah dari bahasa Arab yang mempunyai erti kemuliaan atau kemurahan, yang merujuk kepada kemuliaan atau kemurahan yang dikurniakan Allah pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. [1]

Karamah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:

  1. Karamah zahir
  2. Karamah maknawiah (batiniah)

Namun karamah bukanlah asas kewalian. Asas kewalian ialah ciri-ciri yang disebutkan oleh al-Quran dan Hadis di atas. Adapun karamah ia adalah sampingan sahaja bagi para wali bila dikehendaki Allah untuk berlaku kepada mereka. Oleh itu jika memilih untuk tidak mempercayainya, tidaklah dianggap sesat atau berdosa kerana ia bukanlah datang dari wahyu Allah (yakni al-Quran atau as-Sunnah).

Salah tanggapan[sunting | sunting sumber]

Dikalangan penganut Islam di negeri-negeri tanah Melayu, pemujaan keramat berlaku dikalangan orang Islam adalah disebabkan kebanyakan mereka memuliakan pemimpin-pemimpin Sufi yang dianggap sebagai keramat dan menziarahi kubur-kubur mereka dengan pendapat bahawa ia boleh memberikan kebaikan kepada mereka melalui berkat sebagai perantaraan. Perbuatan sebegini adalah bertentangan dengan ajaran ugama Islam yang sebenarnya dan boleh membawa kepada syirik.

Upacara di makam keramat biasanya terdiri dari campuran unsur-unsur Islam dan bukan Islam. Doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran itu sahajalah daripada unsur Islam yang diamalkan dalam upacara itu. Perbuatan mengikat kain serta benang bewarna-warni atau membuat dapur batu di pintu makam itu sebagai tanda memohon berkat itu adalah amalan yang dibawa oleh orang India Islam.

Persembahan biasa yang terdiri daripada telur warna merah dan nasi kunyit ialah bercorak kemelayuan. Kedatangan agama Islam telah menggantikan bentuk-bentuk kepercayaan Melayu lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad sebagai rasul. Oleh itu dalam jampi atau mantera dimasukkan konsep Islam sebagai menggantikan fahaman ketuhanan kepercayaan animisme dan Hindu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]