Kerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerang
Kulit kerang
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Moluska
Subfilum: Invertebrat
Kelas: Bivalvia
Order: Veneroida
Superfamili: Cardioidea
Famili: Cardiidae
Genus

Acanthocardia
Americardia
Cardium
Cerastoderma
Clinocardium
Corculum
Ctenocardia
Dinocardium
Discors
Fragum
Fulvia
Laevicardium
Lophocardiium
Lyrocardium
Lunulicardia
Microcardium
Nemocardium
Papyridea
Parvicardium
Plagiocardium
Ringicardium
Trachycardium
Trigoniocardia
Serripes

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Guni-guni berisi kerang

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]