Bintang jujukan utama jenis G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerdil kuning)
Sang Suria (Matahari), contoh tipikal bintang G V (gambar hitam-putih yang berton kuning)

Bintang kerdil kuning (Jawi: کرديل كونيڠ), bintang kerdil G, atau namanya yang persis, bintang jujukan utama jenis G (Jawi: ‏بينتڠ جوجوكن اوتام جنيس‎ G‎; G V), ialah bintang jujukan utama jenis spektrum G dan kekilauan kelas V. Bintang sedemikian berjisim lebih kurang 0.8 sehingga 1.2 jisim suria dan mempunyai suhu permukaan antara 5,300 dan 6,000 Kelvin (K).[1], Tables VII, VIII. Sama seperti bintang jujkan utama yang lain, bintang G V berada dalam proses mengubah hidrogen kepada helium di dalam terasnya melalui lakuran nuklear.[2]

Matahari kita merupakan contoh bintang G V yang paling terkenal (dan yang paling kelihatan). Pada setiap saat, ia melakur lebih kurang 600 juta tan hydrogen kepada helium, sekaligus mengubah sekitar 4 juta tan jirim menjadi tenaga.[3][4] Selain Matahari, contoh-contoh bintang jujukan utama jenis G termasuk Alpha Centauri A, Tau Ceti, dan 51 Pegasi.[5][6][7]

Perkataan kerdil kuning sebenarnya perkataan tak padan kerana julat warna bintang G adalah daripada warna putih bagi bintang yang lebih berkilauan seperti Matahari ataupun Suria, hingga ke warna kekuningan bagi bintang G V yang kurang kilaunya.[8] Matahari sebenarnya berwarna putih, tetapi kelihatan kuning apabila dilihat menerusi atmosfera Bumi disebabkan serakan Rayleigh. Tambahan pula, walaupun perkataan "kerdil kuning" digunakan bagi membezakan bintang jujukan utama kuning dengan bintang gergasi, kerdil kuning seperti Matahari lebih bersinar daripada 90% bintang di dalam galaksi yang kebanyakannya kerdil jingga; kerdil merah; dan kerdil putih yang merupakan bintang pasca-juukan utama.

Sebuah bintang G V akan melakur hidrogen buat tempoh lebih kurang 10 bilion tahun sehinggalah terasnya kehabisan hidrogen. Apabila ini berlaku, bintang itu akan membesar berkali ganda dan menjadi bintang gergasi merah seperti Aldebaran (Alpha Tauri).[9] Akhirnya gergasi merah membuang lapisan gas luarannya sebagai nebula planet sementara terasnya menyejuk dan menguncup menjadi kerdil putih yang lebih padat dan mampat.[2]

Bintang piawai spektrum[sunting | sunting sumber]

Sifat bintang jujukan utama jenis G biasa[10][11]
Jenis
spektrum
Jisim (M) Jejari (R) Kekilauan (L) Suhu
berkesan

(K)
Indeks
warna

(B − V)
G0V 1.06 1.100 1.35 5,930 0.60
G1V 1.03 1.060 1.20 5,860 0.62
G2V 1.00 1.012 1.02 5,770 0.65
G3V 0.99 1.002 0.98 5,720 0.66
G4V 0.985 0.991 0.91 5,680 0.67
G5V 0.98 0.977 0.89 5,660 0.68
G6V 0.97 0.949 0.79 5,600 0.70
G7V 0.95 0.927 0.74 5,550 0.71
G8V 0.94 0.914 0.68 5,480 0.73
G9V 0.90 0.853 0.55 5,380 0.78

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Empirical bolometric corrections for the main-sequence, G. M. H. J. Habets and J. R. W. Heintze, Astronomy and Astrophysics Supplement 46 (November 1981), pp. 193–237.
  2. ^ a b Stellar Evolution: Main Sequence to Giant Diarkibkan 2020-05-13 di Wayback Machine, class notes, Astronomy 101, Valparaiso University, accessed on line June 19, 2007.
  3. ^ Why Does The Sun Shine?, lecture, Barbara Ryden, Astronomy 162, Ohio State University, accessed on line June 19, 2007.
  4. ^ Sun Diarkibkan 2007-06-16 di Wayback Machine, entry at ARICNS, accessed June 19, 2007.
  5. ^ Alpha Centauri A, SIMBAD query result. Accessed on line December 4, 2007.
  6. ^ Tau Ceti, SIMBAD query result. Accessed on line December 4, 2007.
  7. ^ 51 Pegasi, SIMBAD query result. Accessed on line December 4, 2007.
  8. ^ What Color Are the Stars?, Mitchell N. Charity's webpage, accessed November 25, 2007
  9. ^ SIMBAD, entry for Aldebaran, accessed on line June 19, 2007.
  10. ^ Pecaut, Mark J.; Mamajek, Eric E. (1 September 2013). "Intrinsic Colors, Temperatures, and Bolometric Corrections of Pre-main-sequence Stars". The Astrophysical Journal Supplement Series. 208 (1): 9. arXiv:1307.2657. Bibcode:2013ApJS..208....9P. doi:10.1088/0067-0049/208/1/9. ISSN 0067-0049. S2CID 119308564.
  11. ^ Mamajek, Eric (2 March 2021). "A Modern Mean Dwarf Stellar Color and Effective Temperature Sequence". University of Rochester, Department of Physics and Astronomy. Dicapai pada 5 July 2021.