Kerdil perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerdil perang ini (objek kecil) mengorbit bintang Gliese 229, yang terletak di dalam buruj Lepus lebih kurang 19 tahun cahaya dari Bumi. Kerdil perang, dikenali sebagai Gliese 229B, berjisim lebih kurang 20 hingga 50 ganda jisim Musytari.

Kerdil perang ialah objek subnajam yang memiliki jisim terlalu kecil bagi mengekalkan lakuran hidrogen-1 di dalam terasnya, satu proses yang menjadi sifat bintang jujukan utama. Kerdil perang memiliki permukaan dan bahagian dalaman yang berolak sepenuhnya dan tidak terdapat perbezaan kimia antara lapisannya. Jisim kerdil perang terletak antara gergasi gas besar dan bintang yang berjisim paling rendah; had atas ini terletak antara 75[1] dan 80 jisim Musytari (M_J). Buat masa kini terdapat perdebatan tentang kriterion yang digunakan dalam takrifan perbezaan antara kerdil perang dan planet gergasi bagi kerdil perang yang berjisim amat rendah (~13 M_J ), dan sama ada perlu berlaku lakuran dalam hayat kerdil perang. Walau apapun, kerdil perang yang berat lebih daripada 13 M_J melakur deuterium dan yang melebihi ~65 M_J juga melakur litium. Juga terdapat planet yang mengelilingi kerdil perang: 2M1207b, MOA-2007-BLG-192Lb, dan 2MASS J044144b.


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Boss, Alan (2001-04-03). "Are They Planets or What?". Carnegie Institution of Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-28. http://web.archive.org/web/20060928065124/http://www.carnegieinstitution.org/News4-3,2001.html. Capaian 2006-06-08. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.