Kereta api kelajuan tinggi (Vietnam)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api kelajuan tinggi Utara-Selatan (Vietnam: Đường sắt cao tốc Bắc-Nam) ialah suatu projek cadangan kereta api laju di Vietnam. Laluan kereta api bermula di Hanoi dan berakhir di bandaraya Ho Chi Minh. Jumlah panjang adalah 1,570 km.[1] Shinkansen Jepun akan digunakan pada laluan ini, dengan kelajuan purata sekitar 300 km per jam (berbanding 50 km/j pada 2009).[2] Jumlah kos dijangka sebanyak USD $55.85 bilion.[3]
Pada 19 Jun 2010, selepas berbulan-bulan dibincangkan, parlimen Vietnam menolak pembangunan sistem ini, dikatakan kerana faktor kosnya.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ Vietnam railway plan hits bumps
- ↑ "High-speed rail should be built in sections: Japanese ambassador". http://www.thanhniennews.com/2010/Pages/20100531114447.aspx.
- ↑ Sẽ có đường sắt cao tốc 300km/h Hà Nội - TP HCM
- ↑ "Vietnamese legislators reject $56B bullet train in rare move against Communist leaders", Metro News Vancouver, 2010-06-21. Dicapai pada 2010-07-21.