Kereta kebal Churchill Mk IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta kebal Churchill Mk IV
Kereta kebal buaya Churchill
Kereta kebal Churchill
Nama Kereta kebal Churchill
Panjang 7.3 meter / 24 kaki 5 inci
Lebar 3 meter / 10 kaki 8 inci
Tinggi 2.8 meter / 8 aki 2 inci
Berat 38.5 tan
Suspensi Spring bergelung
Kelajuan di jalan 24 kilometer sejam / 15 batu sejam
Kelajuan luar jalan 13 kilometer sejam / 8 batu sejam
Jarak 90 meter (atas jalan)
Senjata utama QF 6 pdr / 57 mm
Senjata kedua 2 mesingan 7.92 mm Besal
Perisai 16 - 102
Enjin 2× Bedford
Kuasa 350 HP / 261 kW
Anggota 5 orang - Komander, penembak, 2 pengisi dan pemandu.

Kereta kebal Churchill Mk IV ialah senjata yang sangat penting bagi tentera England pada Perang Dunia Kedua.

Kereta kebal Mk IV (A22) merupakan kereta kebal infantri berat British semasa Perang Dunia II, dikenali kerana perisai beratnya dan kegunaannya sebagai asas bagi banyak kenderaan khas. Siri kereta kebal ini dinamakan sempena Winston Churchill, yang bukan sahaja merupakan Perdana Menteri British semasa itu tetapi semasa Perang Dunia I turut terbabit dengan pembangunan kereta kebal sebagai senjata.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya dikhususkan sebelum permulaan Perang Dunia II (A20) merupakan pengganti kepada Matilda II dan kereta kebal Valentine. Menurut doktrin Kereta Kebal Infantri British dan berdasarkan keperluan stail perperangan parit Perang Dunia I, kereta kebal ini diperlukan bagi berupaya bergerak melalui permukaan berkawah, memusnahkan halangan tentera pejalan kaki (seperti kawad berduri) dan menyerang pertahanan statik musuh; bagi tujuan ini, kelajuan tinggi dan persenjataan berat tidak diperlukan.

Tugas mereka dan membina A20 diberikan kepada Harland and Wolff, yang menjelang Jun 1940 telah melenyempurnakan empat prototaip. Kenderaan ini dilengkapi dengan dua meriam dua paun dikedua sisi pada sponson dan wujud rancangan bagi tambahan meriam ketiga pada pemenara tengah. Bagaimanapun reka bentuk A20 mempunyai hayat yang singkat, sekitar tempoh masa yang sama dengan pengunduran Pasukan Expeditionari British dari Dunkirk berlaku. Dengan penaklukan Perancis, senario perperangan parit tidak lagi boleh digunakan dan spesifikasi dikaji semula oleh Dr. H.E. Merritt, direktor Rekabentuk Kereta kebal, berasaskan pertempuran yang disaksikan semasa penjajahan Poland dan Perancis. Spesifikasi baru ini, (A22) atau Kereta Kebal Infantri Mark IV, diserahkan kepada Vauxhall.