Kereta kebal Cruiser Mk II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tank, Cruiser, Mk II (A10)
CruiserMk2.jpg
Jenis Kereta kebal kruiser
Asal Bendera United Kingdom United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1940-1941 [1]
Digunakan oleh Tentera British
Perang Perang Dunia Kedua
Sejarah pengeluaran
Pereka Sir John Carden
Tarikh cipta 1934
Pengeluar Vickers dan lain
Tarikh pengeluaran 1938-1940 [1]
Jumlah dibina 175
Spesifikasi
Berat 14.3 tan
Panjang 18 kaki 4 in (5.5 m)
Lebar 8 kaki 4 in (2.6 m)
Tinggi 8 kaki 8 in (2.5 m)
Krew 5 (Komander, pemuat, juru meriam, pemandu, jurutembak mesingan badan)

Perisai 6 - 30 mm
Senjata
utama
OQF 2 paun
100 rounds
Senjata
kedua
two Vickers/Mesingan BESA
4,050 biji
Enjin AEC Type A179 6-Silender Petrol
150 hp
Sistem
ampaian
bogie roda bertiga dengan spring gelung
Jarak
operasi
100 batu (dijalan)
Kelajuan 16 mph (di jalan)
8 bsj (luar jalan)


Kereta kebal Cruiser, Mk II (A10), dibangunkan bersama dengan A9, dan bertujuan sebagai versi kereta kebal infantri lebih berat versi A9 itu. Dalam perlaksanaan ia tidak dianggap sesuai bagi peranan kereta kebal infantri dan dikelaskan sebagai kereta kebal "kruiser berat".

Sejarah dan spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal A10 dibangunkan oleh Sir John Carden dari Vickers pada tahun 1934 melalui penyesuaian reka bentuk A9nya. Spesifikasi A10 memerlukan perisai sehingga piwaian 1 inci ( A9 adalah 14mm); kelajuan 10 bsj dianggap boleh diterima.[2] Dua turet kecil yang terdapat pada A9 disingkirkan, dan perisai tambahan dipasang pada apa yang sedia da pada hadapan dan sisi badan, sepanjang semua permukaan turet, memberikan anggaran dua ganda perisai pada kebanyakan kawasan. A10 adalah dua tan lebih berat berbanding A9, tetapi menggunakan enjin 150 bhp yang sama, dan akibatnya kelajuan tertinggi kereta kebal berkurangan dari 25 bsj kepada 16 bsj.

Persenjataan turet terdiri daripada meriam QF 2 paun (40mm) dan mesingan Vickers 0.303 British sepaksi. Untuk versi pengeluaran terdapat mesingan Besa 7.92mm yang dipasang dalam badan dalam barbette kanan pemandu. Ini memberikan kuasa tembakan tambahan tetapi dengan mengorbankan kesederhanaan - Vickers dan Besa menggunakan peluru yang berbeza. Kereta kebal itu memiliki krew seramai lima orang (Komander, penembak, pemuat, pemandu dan jurutembak mesingan), dan tiada pemisahan antara ruang pemandu dan petak berjuang.

Prototaip ("Keretak kebal ujian A10E1") telah siap pada tahun 1936, beberapa bulan selepas prototaip A9. Carden meninggal dunia dalam nahas udara pada tahun 1935 dan pembangunan adalah lebih perlahan daripada yang dijangkakan. Pada tahun 1937 A10 digugurkan sebagai sokongan infantri tetapi pada tahun 1938 ia telah diputuskan untuk dihasilkan sebagai "kruiser berat".

A10 itu diterima dalam perkhidmatan - pada mulanya sebagai "Kereta kebal kruiser, Mk Heavy I" dan kemudian "Kereta kebal, A10 Cruiser Mk 1" dan akhirnya "Kereta kebal, Cruiser Mk II". Pengeluaran telah ditempah pada bulan Julai 1938. Jumlah pengeluaran adalah 175 kenderaan termasuk 30 versi CS (lihat di bawah), 45 telah dibina oleh Birmingham Railway Carriage dan Wagon Syarikat, 45 oleh Metropolitan-Cammell, 10 oleh Vickers . Pada akhir tahun 1939 tempahan yang lain telah diberikan pada Birmingham Railway Carriage dan Syarikat Wagon, kali ini ia adalah tempahan yang lebih besar bagi 75 kenderaan. - Memasuki perkhidmatan pada Disember 1939, tetapi adalah sesuatu yang pelik - ia telah bertujuan untuk mengorbankan kelajuan untuk perisai seperti kereta kebal Infantri, tetapi masih agak lemah perisai, dan, hasilnya, tidak begitu berkesan.

Sejarah pertempuran[sunting | sunting sumber]

Cruiser Mk II British lumpuh akibat kehilangan trek (dilihat kanan bawah) di Greece, 1941.

Sejumlah Mark IIs merupakan sebahagian dari Pasukan Expeditionary British (BEF) yang dihantar ke Pewrancis pada tahap awal Perang Dunia Kedua. Prestasi merentas desa mereka direkod sebagai lemah, tetapi ia masih digunakan kemudiannya di Afrika Utara semasa pertahanan Tobruk pada tahun 1941, di mana ketahanan dan prestasi gantungannya di gurun di puji. Enam puluh contoh yang lusuh di bawa ke Greece oleh Regimen Kereta Kebal Diraja ke-3 dan, sungguhpun ia cermerlang menentang kereta kebal Jerman, lebih 90% kemudiannya hilang akibat kerosakan mekanikal disebalik gerakan musuh (kebanyakannya akibat kehilangan trek).[3][4]

Variansi[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal, Cruiser Mk II (A10 Mk I)[sunting | sunting sumber]

Diklasifikasikan sebagai 'Kruiser berat' dan 31 telah dihantar ke Perancis dengan Division Berperisai 1, tidak begitu berjaya dalam Pertempuran Perancis. Juga berkhidmat dalam Kempen Afrika Utara sehingga lewat 1941.

Kereta kebal, Cruiser Mk IIA (A10 Mk IA)[sunting | sunting sumber]

Mesingan Vickers sepaksi telah digantikan dengan mesingan Besa. Sarung radio Berperisai ditambah.

Kereta kebal, Cruiser Mk IIA CS (A10 Mk IA CS)[sunting | sunting sumber]

Cruiser MkIIA CS

Memiliki howitzer 3.7" (94 mm) pada turet menggantikan meriam 2 paun. Muatan amunasi piwaian adalah 40 peluru asap, dan beberapa peluru HE. CS mewakili Close Support ("Sokongan Dekat").

Senjata ini hasilan dari Perang Dunia I howitzer medan tempur. Ia tiada kaitan dengan howitzer 3in yang digunakan dalam kereta kebal British berikutnya dalam Perang Dunia II, yang mana ia sendiri digantikan dengan howitzer 95mm dalam versi kereta kebal infantri Churchill berikutnya dan semua versi CS bagi kereta kebal Centaur dan kereta kebal cruiser Cromwell. Doktrin British adalah kereta kebal CS ini adalah untuk memberi perlindungan asap semasa mara atau berundur dan dengan itu lebih banyak peluru asap lebih telah dibawa berbanding HE.[5]

Kenderaan lain berdasarkan rangka[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notes
  1. 1.0 1.1 *Forty, George; Jack Livesy (2006). The World Encyclopedia of Tanks & Armoured Fighting Vehicles. Lorenz Books. ms. 55. ISBN 978-0-7548-1741-3. 
  2. AFV Profile No. 6 p2
  3. Robert Crisp, Brazen Chariots (W.W. Norton & Co. 2005), at 15.
  4. "A Tankie's Travels" By Robert Watt ISBN 1-84683-021-4
  5. Bovington accession record
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIIBritishAFVs Templat:Interwar tanks