Leopard 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kereta kebal Leopard 1)
Leopard 1
Leopard 1A3 (Canadian Leopard C1) at the Base Borden Military Museum
JenisKereta kebal utama
Tempat asalJerman Barat
Sejarah perkhidmatan
PerangPerang Bosnia
Perang di Afghanistan (2001–kini)
Spesifikasi
Berat42.2 tonnes (meningkat pada model berikut dari asal 40.0 tonnes)[1]
Panjang9.54/8.29 m (meriam hadapan/belakang)
Lebar3.37 m
Tinggi2.39/2.70 m (atas turet/mutlak)
Krew4 (commander, driver, gunner, radio operator/loader)

Armorsteel 19-21.7mm and 10-70mm RHA
Senjata
pertama
1 x 105mm Royal Ordnance L7A3 L/52 rifled gun (13 rounds in turret 42 rounds in hull)
Senjata
kedua
2 x 7.62 mm MG 3 or FN MAG (co-axial and commander's hatch) (5500 rounds)
EnjinMTU MB 838 CaM 500, 10-cylinder, 37.4 litres, multi-fuel engine
830 PS (819 hp, 610 kW) at 2200 RPM
Kuasa/berat19.6 PS/tonne
Sistem ampaianTorsion-bar
Jarak
operasi
600 km (di jalan), 450 km (rentas desa)
Kelajuan65 km/h

Kereta kebal Leopard 1 merupakan sebuah kereta kebal utama keluaran Jerman.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Leopard 1 dibangunkan sejak lewat 1950-an dan selepas ujian dengan pelbagai prototaip, Krauss-Maffei (kini Krauss-Maffei Wegmann) dari Munich dipilih sebagai kontraktor utama bagi menghasilkan kereta kebal Leopard 1 pada tahun 1963, dengan MaK bertanggung jawab bagi versi khas.

Pengeluaran pertama kereta kebal Leopard 1 dihantar pada Tentera Jerman pada tahun 1965 dan pengeluaran berlanjutan, terhenti-henti sehingga tahun 1984. OTOBREDA menghasilkan kereta kebal Leopard 1 bagi Tentera Itali, dan MaK menghasilkan sejumlah kecil bagi pasaran tempatan dan juga pasaran eksport luar negara.

Pemandu duduk di hadapan sebelah kanan dengan pek NBC dan sebahagian peluru di sebelah kanannya, turet di bahagian tengah, enjin dan gandar di belakang.

Komander dan jurutembak duduk disebelah kanan turet, pemuat di sebelah kiri. Meriam 105mm distabilkan sepenuhnya dan dongakan kuasanya dari -9° hingga +20° dengan putaran turet penuh 360°. Jenis pelurunya termasuk APDS, APFSDS, HEAT dan asap. Selaras mesingan 7.62mm dipasang selari di sebelah kiri meriam dan senjata yang serupa boleh dipasang pada bukaan komander atau pemuat.

Sejumlah besar peralatan tambahan tersedia, termasuk perisai tambahan, sistem kawalan tembakan yang berlainan, pelbagai peranti pandang malam dan bilah penyodok. Banyak tentera, termasuk Jerman telah meningkatkan kereta kebal Leopard I mereka bagi memanjangkan hayat mereka ke kurun ke-21.

Variasi[sunting | sunting sumber]

  • Leopard 1A1A1 memiliki beberapa peningkatan termasuk perisai tambahan bagi turet.
  • Leopard 1A2 memiliki peralatan pandang malam pasif dan turet dipertingkat.
  • Leopard 1A3 memiliki turet petri sepenuhnya dengan perisai dipertingkat, termasuk juga kesemua penambahan bagi Leopard 1A2 dan 1A3.
  • Leopard 1A4 merupakan model terakhir bagi Tentera Jerman dan memiliki turet dipetri sepenuhnya dan sistem kawalan tembak bersepadu.
  • Leopard 1A5 merupakan peningkatan terkini bagi Tentera Jerman dan memiliki sistem kawalan tembak berkomputer terkini dan peralatan pandang malam haba.
  • Leopard 1 dengan Sistem Senjata Dipertingkat 105mm, ujian sahaja.
  • Leopard 1 dengan meriam 120mm gun Leopard 2, ujian sahaja.
  • Leopard 1 AVLB (Biber).
  • Leopard 1 ARV.
  • Leopard 1 AEV.
  • Gepard sistem anti pesawat 35mm berkembar.
  • Leopard 1 kereta kebal latihan pemandu memiliki pengawasan besar jenis cupola menggantikan turet.
  • Rangka Leopard 1 turut dicadangkan sebagai pengangkut bagi sistem peluru berpandu permukaan ke udara Roland, senjata anti pesawat/helicopter Itali 76mm OTOMATIC dan turet bagi meriam gerak sendiri French GCT 155mm, tetapi tiada yang memasuki perkhidmatan.
  • Kenderaan pembersih periuk api Leopard (Norway)
  • Leopard AEV (Norway)
  • Kenderaan pengawasan artileri Leopard (Jerman)

Status[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran tamat tetapi terbuka bagi tempahan lanjut. Berkhidmat dengan Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Chile, Denmark, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Norway dan Turki.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

  • Krauss-Maffei Wegmann, Munich, dan MaK, Kiel, Jerman; OTOBREDA, La Spezia, Itali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TGelbart109 tidak disediakan