Kereta kebal Mark IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta kebal Mark IV
MarkIVTankWithUnditchingBeam1917.jpg
Kereta kebal Mark IV Jantan dengan palang memanjat digunakan
Jenis Kereta kebal berat
Asal UK
Sejarah pengeluaran
Pereka Major Wilson
Kos seunit about £5,000 [1]
Tarikh pengeluaran May 1917 - akhir 1918
Jumlah dibina 1,220
Spesifikasi
Berat 29 tan (28.4 tonnes), Betina: 27 tan (27.4 tonnes)
Panjang 8.05 m (26 ka 5 in)
Lebar Male: 4.12 m (13 ka 6 in)
Krew 8

Perisai 0.25– 0.47 inci (6.1–12 mm)
Senjata
utama
Jantan: Dua QF 6 paun 6 cwt Hotchkiss dengan 332 peluru
Betina: enam mesingan Lewis .303
Senjata
kedua
Jantan: Empat .303 mesingan Lewis
Enjin Daimler, 6-silinder selari (“in-line”)
105 bhp at 1,000 rpm
Transmisi Utama: 2 Hadapan, 1 Undur
Kedua - 2 kelajuan
Kapasiti bahan api 70 galon Imperial
Jarak
operasi
35 batu
Kelajuan 4 bsj


Kereta kebal Mark IV merupakan kereta kebal British semasa Perang Dunia Pertama. Ia dihasilkan pada tahun 1917, ia mendapat faedah dari pembangunan besar bagi kereta kebal Mark I, kereta kebal British pertama dengan reka bentuk perantaraan merupakan kelompok kecil yang digunakan bagi latihan. Peningkatan utama adalah bagi perisai kenderaan, pengalihan tangki minyak dan pengangkutan lebih mudah. Sejumlah 1,220 telah dibina: 420 "Jantan", 595 "Betina" dan 205 Kereta kebal Tender (kenderaan tidak bersenjata yang digunakan bagi mengangkut bekalan).

Kereta kebal Mark IV pertama kali digunakan pada pertengahan 1917 dalam pertempuran Rabung Messines. Ia kekal dalam perkhidmatan sehingga akhir perang.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Direktor Jabatan Bekalan Kereta kebal, Albert Gerald Stern, pada mulanya bercadang melengkapi kereta kebal Mark IV dengan enjin dan transmisi baru. Penghasilan kereta kebal tempur dihentikan sehingga reka bentuk baru siap, menyebabkan kereta kebal Mark II dan III diperlukan bagi kegunaan kereta kebal latihan perantaraan. Dia bagaimanapun gagal menyelesaikan pembangunan cukup pantas bagi memulakan pengeluaran bagi 200 kereta kebal untuk siap pada tarikh yang dijanjikan iaitu 1 April 1917. Dia akhirnya terpaksa menggunakan kereta kebal Mark IV untuk penghasilan pada May 1917 yang hanya berbeza sedikit berbanding kereta kebal Mark I.

Kereta kebal Mark IV Jantan membawa empat mesingan Lewis dan juga dua meriam sponson (kini meriam QF 6 pdr 6 cwt berlaras lebih pendek). Kereta kebal Betina memiliki enam mesingan. Dua dari mesingan itu dikendalikan oleh pengisi meriam.

Keputusan bagi menyelaraskan mesingan Lewis adalah kerana ruang terhad yang ada dalam kereta kebal. Sungguhpun laras lemah dan kecenderungan lampau panas atau kotor selepas lama menembak, mesingan Lewis mengunakan kelopak dram padat yang mampu diisi 96 peluru. Hotchkiss disuap dari kelopak keras yang dipendekkan memuatkan hanya 14 peluru bagi kegunaan kereta kebal; sebaik sahaja penembak mesingan mula mengarah tembakan tersasar ke sasarah ia perlu ditukar dan proses itu berulang.[2] Ia hanya selepas kepingan lentur 50 peluru dibangunkan sepenuhnya pada May 1917 barulah Hotchkiss kembali menjadi mesingan piwaian bagi kereta kebal. Perubahan ini menyebabkan kelewatan - menyesuaikan rekabentuk bagi laras penyejuk Lewis yang besar - dan kemudian menimbulkan masaalah apabila kepingan lentur peluru Hotchkiss perlu disimpan pada kedudukan yang sebelum itu direka bagi kelopak kaku mesingan Lewis.[2]

Kereta kebal Mark IV turut memperkenalkan penggunaan fascine, gelung kayu dan rantai sekitar sepanjang 10 ft (3 m) dan 4.5 ft (1.4 m) ukurlilit yang dibawa di hadapan. ia dijatuhkan ke dalam parit bagi memudahkan kereta kebal merentasi dengan lebih mudah.[3]

Sejumlah besar kereta kebal ini turut digunakan bagi kerja pembangunan. Sebagai cubaan mempertingkatkan keupayaan merentasi parit, ekor berudu diperkenalkan, sambungan kepada tanduk trek belakang. Versi ujian lain menguji radio, motar yang diletakkan antara tanduk belakang, dan kren kembalik. Sesetengah dari peranti ini kemudiannya digunakan dalam kereta kebal beroperasi. Kereta kebal Mark IV juga merupakan kereta kebal pertama yang dilengkapi dengan palang memanjat oleh bengkel lapangan. Batang kayu besar, diperkukuh dengan kepingan logam, disimpan di bahagian atas kereta kebal pada set rail selari. Sekiranya kereta kebal lekat, palang itu disangkut pada trek (seringkali di bawah tembakan) dan diheret di bawah kenderaan, memberikan cengkaman.


Kereta kebal British Mark IV dengan Ekor Berudu.
Variasi kereta kebal tidak bersenjata menghala ke perbatasan di Villers-Bretonneux, Ogos 1918
  • Krew: 8
  • Berat tempur: Jantan: 28 tons (28.4 tonnes) - Betina: 27 tons (27.4 tonnes)
  • Perisai: .25–.47 in (6.1–12 mm)
  • Persenjataan
    • Empat MG dan dua 6-pdrs (Jantan), Enam .303 Lewis MG (Betina)
  • Simpanan peluru
    • 6 paun: 180 HE peluru dan baki Kes

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Mark IV dibina oleh enam pengilang berlainan: Metropolitan (pembina terbesar), Fosters of Lincoln, Armstrong-Whitworth, Coventry Ordnance Works, William Beardmore and Company dan Mirrlees, Watson & Co., dengan pengeluaran utama pada 1917.

Tempahan pertama bagi 1,000 kereta kebal dengan Metropolitan pada Ogos 1916. Ia kemudiannya dibatalkan, dan dikembalikan, dan kemudian diubah suai antara Ogos dan Disember 1916. Pengilang lain, diberi kontrak tidak lebih 100 kereta kebal setiap satu, kebanyakannya kebal kepada pertikaian antara Stern dan Pejabat perang.[4]

Tempahan pertama bagi 1,000 kereta kebal dengan Metropolitan pada Ogos 1916. Ia kemudiannya dibatalkan, dan dikembalikan, dan kemudian diubah suai antara Ogos dan Disember 1916. Pengilang lain, diberi kontrak tidak lebih 100 kereta kebal setiap satu, kebanyakannya kebal kepada pertikaian antara Stern dan Pejabat perang.[4]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Mark IV digunakan di Rabung Messines apabila 62 kereta kebal digunakan pada 7 Jun 1917. Kereta kebal Mark IV bergerak di hadapan tentera pejalan kaki ketika mereka merentasi muka bumi yang berlubang-lubang tetapi kering. Dibandingkan pula. ketika pertempuran Ypres Ketiga pada 31 Julai apabila bedilan awal selama 24-hari tealh memusnahkan semua penyaliran dan turun hujan lebat, kereta kebal sukar bergerak merentasi medan pertempuran dan tidak banyak menyumbang; kereta kebal yang terbenam dalam tanah berpaya, terlekat dan menjadi sasaran mudah kepada artileri musuh.[5]

Hampir 460 kereta kebal Mark IV digunakan dalam Pertempuran Cambrai (1917) pada November 1917, membuktikan bahawa pemusatan besar kereta kebal mampu dengan pantas mengatasi walaupun sistem perparitan yang paling lengkap.

Selepas Serangan Musim Bunga Jerman, pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal yang pertama adalah antara kereta kebal Mk IV British dan kereta kebal A7V Jerman dalam Pertempuran Villers-Bretonneux Kedua pada April 1918.[nb 1]

Sekitar empat puluh kereta kebal Mark IV telah digunakan oleh Jerman sebagai Beutepanzer dengan dua belas krew. (Perkataan Jerman Beute bererti "rampasan".) Sesetengah darinya digantikan meriam enam paun British dengan meriam Jerman yang setanding bagi mengatasi kekurangan peluru yang sesuai.[6]

Kereta kebal Mark IV terakhir berkhidmat adalah Excellent, kereta kebal Mark IV Jantan yang dikekalkan oleh sekolah tentera laut di Pulau Whale, HMS Excellent. Pada awal tahun Perang Dunia Kedua ia dikembalikan ke status beroperasi dan dipandu ke tanah besar, di mana kerjaya barunya terbantut apabila sejumlah kereta dirosakkannya.

Kenderaan masih ada[sunting | sunting sumber]

Tujuh kereta kebal Mark IV terselamat.

  • Kereta kebal Mark IV Betina, F4: Flirt II, yang bertempur di Pertempuran Cambrai, kini di Muzium Lincolnshire Life, Lincoln, England. Sebuah syarikat tempatan, William Foster & Co., menghasilkan kereta kebal pertama.
  • Kereta kebal Mark IV Betina dikekalkan di Ashford di Kent. ini adalah salah satu yang dihadiahkan untuk pameran di pekan dan bandar di Britain selepas perang; kebanyakannya dilupuskan pada 1920-an dan 1930-an.
  • Muzium DiRaja Tentera di Brussel memiliki kereta kebal Mark IV Jantan,Lodestar III, masih dalam warna asal.
  • Kereta kebal Mark IV Betina, Grit, dipamerkan di dewan ANZAC di Peringatan Perang Australian.
  • Pada tahun 1999, Kereta kebal Mark IV Betina, D51: Deborah, dibongkar di kampung Flesquières di Perancis. ia telah dimusnahkan oleh tembakan meriam dalam Pertempuran Cambrai (1917) dan kemudiannya ditanam bagi mengisi kawah. Ia sedang dipulihkan.[7]
  • Kereta kebal Mark IV Jantan, Excellent, dipamirkan di Bovington. Selepas Perang Dunia Pertama, kereta kebal ini dihadiahkan oleh Tentera kepada HMS Excellent, penempatan darat Tentera laut DiRaja di mana sesetengah krew kereta kebal dilatih. Semasa Perang Dunia Kedua, ia dipulih beroperasi kembali dengan Pengawal kampung British apabila diancam serangan Jerman pada 1940.[8] It is still maintained in working order[9].
  • Kereta kebal Mark IV Betina Liberty: dipamerkan di Muzium Ordnance Tentera Amerika Syarikat, Aberdeen, Maryland. pada asalnya dinamakan Britannia, kereta kebal ini menyertai Pertempuran Arras (1917) di mana ia menembusi garis perparitan Jerman, memusnahkan empat kedudukan mesingan,membantu mengambil 395 tahanan dan mematahkan dua serangan balas Jerman. Kereta kebal dan krewnya kemudiannya dihantar ke Amerika Syarikat bagi membantu menjual Bon Perang. Ditukar nama kepada Liberty, kereta kebal ini menyertai koleksi Muzium Ordnance pada tahun 1919. Selepas berabad terdedah kepada cuaca, ia berada dalam keadaan buruk, tetapi akan dipulihkan.[10]

Petikan dan Nota[sunting | sunting sumber]

Notes
  1. part of the Battle of the Lys
Citations
  1. Glanfield, Devil's Chariots, Appendix 3
  2. 2.0 2.1 Glanfield, Devil's Chariots, p.169
  3. "Great Britain's Heavy Tanks". mailer.fsu.edu. Diperoleh pada 2009-02-21. 
  4. 4.0 4.1 Glanfield, Devil's Chariots, Appendix 2
  5. Glanfield, Devil's Chariots, pp.198-200
  6. Tanks and trenches: First hand accounts of tank warfare in the first world war. Alan Sutton publishing Ltd. 1994. ms. 204. ISBN 0750903465. 
  7. http://www.tank-cambrai.com/pages/indexpag.html
  8. Fletcher (2007)
  9. "Tank Mark IV (Male) (E1972.63)". tankmuseum.org. Diperoleh pada 2009-02-02. 
  10. Atwater, W. F.; Hand, S. D.; Hardin, M. J.; Edwards, E. W.; Chamsine, G., The Measurement and Modeling of a World War I Mark IV Tank Using CLR and CCD Camera/Line Scanning Systems in an Outside Environment, Service Metrology Case Studies 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fletcher, David (2007). British Mark IV Tank. Osprey Publishing. ISBN 9781846030826. 
  • Fletcher, David (2001). The British Tanks, 1915–19. Crowood Press. ISBN 1861264003. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIAFVs