Kereta kebal SK 105

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SK-105 Kürassier
GuentherZ 2006-08 12 0891 Jagdpanzer Kuerassier OeBH.jpg
A SK-105
Jenis Kereta kebal ringan
Asal Austria
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Saurer-Werk
Spesifikasi
Berat 17.7 tan (Templat:Convert/ST LT)
Panjang 5.58 meter (18 kk 4 in)
{convert
Lebar 2.5 meter (8 kk 2 in)
Tinggi 2.88 meter (9 kk 5 in)
Krew 3

Perisai 40 milimeter (1.6 in) (maksimum) 8 milimeter (0.31 in) (tapak)
Senjata
utama
Meriam berpilin 105 mm
Senjata
kedua
Meriam sepaksi 7.62 mm
Enjin Steyr 7FA / 6 silinder
238kW enjin diesel
320 hp (238 kW)
Sistem
ampaian
bar tegasan, 5 roda
Jarak
operasi
500 kilometer (310 bt)
Kelajuan 70 km/j (43 bsj)


Kereta kebal SK-105 Kürassier merupakan kereta kebal Austria[1] yang dilengkapi dengan senjata meriam 105 mm dalam turet berayun. Ia dianggarkan sekitar 700 buah telah dihasilkan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal SK-105 dibangunkan oleh Saurer-Werk (kini Steyr-Daimler-Puch) bagi memenuhi keperluan operasi Tentera Austrian bagi kenderaan anti kereta kebal bergerak. Prototaip pertama sedia pada 1967 dan penghantaran kenderaan pre-pengeluaran bermula pada tahun 1971.[2][3]

Kereta kebal SK-105 dihasilkan berasaskan pada Saurer APC yang banyak diubah suai. Badan SK 105 merupakan keluli dipetri dan dibahagikan pada tiga ruang: pemandu duhadapan, tempur ditengah dan enjin di belakang. Disebabkan SK-105 agak ringan ia boleh diangkut oleh kenderaan pengangkut C-130 Hercules. Turet SK-105 berasaskan reka bentuk Perancis, dibangunkan bagi AMX-13. Meriamnya mampu menembusi perisai 360 mm. Perisai hadapan melindungi krewnya dari peluru 20mm dibahagian cerun hadapan, sementara perlindungan keliling hanya bagi tembakan senjata ringan sahaja. Perisai hadapan rangka dan turet ditawarkan yang memberikan perlindungan terhadap peluru 35 mm APDS pada cerun hadapan. Sesetengah kenderaan eksport dipasang dengan perisai tambahan.

Pemandu duduk di hadapan kenderaan di sebelah kiri. Pada bahagian seksyen kanan, terdapat peluru tambahan bagi meriam utama. Terdapat tiga periskop hadapan penutup ruangnya dan semasa cuaca hujan pada cermin hadapan kecil pengelap boleh dipasang. Periskop pusat panduan siang boleh diganti dengan perisklop pandangan malam pasif sekiranya perlu. Peluru dan bateri kenderaan dipasang pada bahagian kanan pemandu. Enjin dan transmisi berada di bahagian belakang kenderaan dan ruang enjin dipasang dengan pemadam api yang boleh dioperasi dengan tangan atau secara automatik. Udara pembakaran disedut melalui sistem penapis siklon.

Turet berayun menyerupai yang dipasang pada kereta kebal ringan AMX-13. Komabder duduk di kiri turet sementara juru tembak di sebelah kanan. Komander dibekalkan dengan tujuh periskop,periskup penglihatan. Penglihatan infra malam komander memiliki peningkatan x6. Juru tembak memiliki dua periskop pemerhatian, penglihatan teleskopik dan penutup berputar boleh diangkat satu unit. Ia dierka agar kesemua turet berayun sentiasa disambung dengan persenjataan utama dan kedua. Bagi menentang sasaran pada waktu malam satu penglihatan periskop infra diberikan pada komander. Pencari julat laser CILAS TCV 29 (julat sekitar 400 hingga 9,995 meter) di pasang pada atap turet. Lampu sorot infra/putih XSW-30-U 950 W dipasang pada kiri kepingan hadapan pada turet. Kipas kaku pada turet menarik asap paabila senjata utama atau kedua ditembak. Kesemua versi SK-105 memiliki meriam 105 mm dinamakan 105 G1. Meriam ini dilengkapi dengan magezin berputar separa automatik jenis penyuap automatik. Ia membenarkan pengurangan krew kepada tiga orang. Kenderaan ini memiliki dua magezin berputar memuatkan 6 peluru setiap satu. Jumlah keseluruhan 42 peluru bagi meriam utama dibawa. Sebaik sahaja meriam ditembak katrij kosong dilantun keluar pada belakang turet melalui pintu tertutup di sebelah kiri.

Kenderaan ini direka khusus bagi permukaan pergunungan dan memiliki keupayaan memanjat berbanding kereta kebal utama lebih berat.

Variasi[sunting | sunting sumber]

  • SK-105 A1
  • SK-105 A2
  • Kenderaan kembalik berperisai Greif
  • Kenderaan kejuruteraan Pionier
  • kenderaan latihan pemandu SK-105

Hasilan[sunting | sunting sumber]

Argentina pada awal 2000-an telah membangunkan kereta kebal ringan "Patagón", yang memiliki badan SK-105 dengan turet AMX-13. Prototaip ini ditunjukkan pada November 2005. 39 pengubah suai lagi dirancang untuk dilengkapkan pada tahun 2005-9, dengan kos anggaran 23.4 juta US$. [4]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • American M41 Walker Bulldog
  • French AMX-13
  • French AMX 50
  • French Panhard EBR
  • Russian PT-76

Pautan luar[sunting | sunting sumber]