Kereta kebal Stridsvagn m/41

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stridsvagn m/41 at the Pansarmuseet Axvall, Sweden

Kereta kebal Stridsvagn m/41 (Strv m/41) adalah kereta kebal Panzer 38(t) /Czech TNH yang dibina oleh Sweden di bawah lesen.

Sejak 1937, tentera Sweden telah berminat dengan kereta kebal TNH milik Czechoslavkia . Pada Mac 1940, sekitar 90 kereta kebal telah ditempah dari ČKD, tetapi ia tidak pernah dihantar oleh Jerman, kerana Jerman yang menduduki Czechoslovakia memerlukannya bagi kempen akan dating di Timur. Selepas perundingan dengan pihak berkuasa Jerman, Scania-Vabis dibenarkan membina kereta kebal mereka sendiri di bawah lesen.

Pada Jun 1941, 116 Stridsvagn m/41 SI ditempah. Ia dihantar dari Disember 1942 – Ogos 1943. Stridsvagn m/41 dipetri, yang memudahkan pengilangan. Sama seperti Strv m/38-Strv m/40, ia dilengkapi dengan meriam Bofors 37 mm/ Bofors m/38, dan kumpulan pertama memiliki enjin yang sama seperti Strv m/40L, enjin Scania-Vabis jenis 1664.

Pada Jun 1942, tambahan 122 Stridsvagn m/41 dtempah, kini di bawah nama trv m/41 SII. Ia memiliki perisai hadapan lebih tebal dan enjin baru Scania jenis L 603. Kenderaan SII pertama dihantar pada Oktober 1943.

16 buah kenderaan terakhir dari 122 kenderaan yang ditempah, dibina semula sebagai meriam penyerang (Sav m/43) dan pengeluaran SII tamat pada Mac 1944 apabila 106 buah kenderaan telah dihantar. Kereta kebal SI ditempatkan semula kepada regimen P3 di Strängnäs, di mana mereka digunakan oleh kompeni kereta kebal ringan Brigade Perisai Ke-10. Kereta kebal SII kebanyakannya di beri kepada Brigade Perisai Ke-9 di Skövde, sementara yang lain di berikan kepada regimen simpanan P2 dan P3. Mereka dicat menggunakan tiga warna penyamaran.

Stridsvagn m/41 digunakan sehingga lewat 1950-an, apabila mereka dibina semula sebagai Pengangkut Tentera Berperisai (“Armoured personnel carrier – APCs”) di bawah nama Pbv 301. Turet kereta kebal ini digunakan bagi perkubuan.

Hari ini, tiada m/41 Asal yang tinggal, kerana mereka semua ditukar menjadi kenderaan Pengangkut Tentera Berperisai - APC. Kereta kebal dalam koleksi Pansarmuseet Axvall sebenarnya adalah Sav m/43 yang dibina semula sebagai m/41.