Kereta kebal Tortoise (A39)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta kebal, Serangan Berat, Tortoise (A39)
Kereta kebal serangan A39 Tortoise
Jenis Kereta kebal amat berat
Asal  United Kingdom
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta 1944
Jumlah dibina 6
Spesifikasi
Berat 78 tan panjang (Templat:Convert/ST t)
Panjang 10 m (33 ka)
Lebar 3.9 m (13 ka)
Tinggi 3 m (9 kk 10 in)
Krew 7 (Komander, hurumeriam, penembak mesingan, 2 orang pemuat, pemandu, pembantu pemandu)

Perisai 178–228 mm (7–9 in)
33 mm (1.3 in) atas
Senjata
utama
Ordnance QF 32 paun
(meriam 94 mm)
Senjata
kedua
3 x 7.92 mm mesingan Besa
Enjin Rolls-Royce Meteor V12 petrol
600 kk (450 kW)
Kuasa/berat 7.7 hp/tonne
Sistem
ampaian
palang kilasan ("torsion bar")
Jarak
operasi
Road: 140 km (87 bt)
Kelajuan Di jalan: 19 km/j (12 bsj)
Luar jalan: 6 km/j (3.7 bsj)


The Kereta kebal Penggempur Berat, Tortoise (A39) merupakan kereta kebal penggempur berat British yang direka dan dibangunkan semasa Perang Dunia Kedua tetapi tidak pernah dihasilkan secara pukal. Ia dibangunkan bagi tujuan membersihkan kawasan perkubuan berat dan dengan itu ia mementingkan perlindungan perisai berbanding pergerakan licah.

Sungguhpun berat, seberat 78 tan, dan sukar diangkut, ia tahan dan merupakan pelantar senjata yang baik.[1]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

A39 Tortoise sedang ditunda di atas trela semasa ujian di BAOR ("British Army of the Rhine"), 1948

Pada awal tahun 1943 pasukan Berikat menjangkakan tentangan hebat bagi jangkaan pencerobohan unjuran masa hadapan di Eropah, dengan musuh bertempur dibelakang kedudukan kubu yang kuat seperti Garisan Siegfried. Akibatnya kenderaan kelas baru muncul, dalam bentuk kereta kebal penyerang, yang meletakkan perlindungan perisai maksima sebagai keutamaan lebih tinggi berbanding pergerakan. Pada awalnya pembangunan ditumpukan pada kereta kebal Excelsior (A33), berdasarkan kereta kebal Cromwell. Terdapat juga program bagi meningkatkan perisai bagi kereta kebal Churchill. Bagi kerja serupa di Timur Jauh, kereta kebal Valiant (A38), berdasarkan kereta kebal Valentine dipertimbangkan sungguhpun berat dinyatakan sebagai serendah yang mungkin.

Setiausaha Negara bagi Perang dan Kementerian Perbekalan mengeluarkan Memorandum Bersama pada April 1943 yang memberikan spesifikasi kabur bagi kereta kebal Pengempur, menkelaskannya sebagai kenderaan khusus bagi beroperasi di kawasan dipertahankan dengan kuat sebagai sebahagian pakar Division Perisai ke-79.

Organisasi Nuffield bertindak balas dengan lakaran 18 reka bentuk berlainan (AT1 sehingga AT18) antara May 1943 dan Februari 1944, setiap rekaan lebih besar dan lebih berat berbanding sebelumnya. Menjelang Februari 1944 reka bentuk AT16 telah siap dan diluluskan oleh Badan Kereta kebal yang mencadangkan bahawa bulan itu 25 buah dihasilkan secara langsung dari tahap ajukan tanpa perlu prototaip, untuk bersedia untuk perkhidmatan operasi pada September 1945. Tempahan bagi 25 buah diberikan oleh Pejabat Perang dan kerja telah bermula.

Menjelang akhir perang tempahan dikurangkan dan hanya enam kenderaan di bina. Satu contoh dihantar ke Jerman bagi ujian di mana ia didapati tahan secara mekanikal dan pelantar meriam yang berkuasa dan tepat. Bagaimanapun dengan berat mencecah 80 tan dan ketinggian 10 kaki (3.0 m) ia terbukti amat perlahan dan sukar untuk diangkut.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Disebabkan Tortoise memiliki superstruktur casemate kekal menggantikan turet, ia boleh dikelaskan sebagai meriam gerak sendiri atau meriam penyerang dan bukannya kereta kebal. Krewnya termasuk komander, pemandu, dan jurumeriam, dengan dua pemuat bagi meriam 32-paun dan dua orang pengendali mesingan.

Dalamannya ia dibahagikan kepada tiga ruang, transmisi di hadapan, krew di tengah dan enjin Rolls-Royce Meteor di belakang. Sistem gantungan terdiri daripada empat bogie pada setiap sisi badan. Setiap bogie memiliki dua pasang tayar, setiap satu bersambung kepada batang torsion melintang. Transmisi Merritt-Brown dipasang dengan mengundur semua kelajuan, memberikan anggaran kelajuan yang sama bergerak ke hadapan dan ke belakang.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk meriam Ordnance QF 32 paun disesuaikan dari 3.7 inci meriam anti pesawat British. Amunisi menggunakan caj dan peluru terpisah, yang berikutnya 32 paun (14.5 kg) tembakan perobek perisai (APCBC). Semasa ujian meriam itu berjaya menentang kereta kebal Panther Jerman pada jarak hampir 1,000 ela.

Meriam 32-paun dipasang dalam tenggekan gerak terhad bantuan kuasa; berbanding dipasang pada sangga ("trunnion") tradisi, ia menonjol melalui tenggekan bebola besar di hadapan badan, dilindungi oleh perisai setebal 225 mm. Disebelah kirinya adalah mesingan Besa dalam tenggekan bebola berperisai. Tambahan dua mesingan Besa dipasang pada turet di sebelah atas ke kanan.

Terselamat[sunting | sunting sumber]

Tortoise di Muzium Kereta kebal Bovington (2008)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Fletcher, The Universal Tank 1993 HMSO 0 11 290534 X p90
  2. The Tank Museum (27 May 2011), Tortoise to Run for First Time in 60 Years, http://www.tankmuseum.org/ixbin/indexplus?record=ART2981&_IXMENU_=news_and_events 
  3. "Kirkcudbright Training Area". Royal Commission on Ancient and Historical Monmuments in Scotland. http://canmore.rcahms.gov.uk/en/site/240905/digital_images/kirkcudbright+training+area/?&sort_typ=archnum&sort_ord=asc&show=all. Capaian July 5, 2011. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Foss, Christopher F. (2002). The Encyclopedia of Tanks and Armored Fighting Vehicles. Spellmount. ISBN 1-86227-188-7. 
  • Chamberlain, Peter; Chris Ellis (2000). British and American Tanks of World War Two: The Complete Illustrated History of British, American and Commonwealth Tanks, 1939-45. Cassell. ISBN 0-304-35529-1. 
  • Chamberlain, Peter; Chris Ellis (2002). Tanks of the World 1915-1945. Cassell Military. ISBN 0-304-36141-0. 
  • Forty, George (2006). The Illustrated Guide to Tanks of the World. Hermes House. ISBN 0-681-45905-0. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIIBritishAFVs