Kereta konsep

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
1938 Buick Y-Job, kereta konsep pertama di dunia.[1]

Kereta konsep ialah sejenis kereta yang dibina bagi memaparkan penstailan baharu dan/atau teknologi terkini. Ia sering dipamerkan di pertunjukan kereta untuk menolok banding reaksi pelanggan terhadap rekaan baharu dan radikan yang mungkin atau tidak mungkin akan dikeluarkan secara besar-besaran. Pereka General Motors Harley Earl sering diberi penghargaan sebagai pencipta kereta konsep terawal, serta banyak berusaha untuk mempopularkannya melalui pertunjukan Motorama pada 1950an.

Kereta konsep tidak akan terus dikeluarkan. Pada zaman zomen ini, kesemua rekaan perlu melalui banyak perubahan sebelum rekaan terakhir dimuktamadkan atas tujuan praktikaliti, keselamatan, keperluan mematuhi peraturan kenderaan, serta kos. Kereta tujuan pengeluaran, bertentangan dengan kereta konsep, memenuhi tujuan ini.[2] Ia juga dikenali sebagai kereta prototaip, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan prototaip kereta lumba seperti Le Mans Prototype.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Kereta konsep selalunya radikal dari segi enjin atau rekaannya. Ada yang menggunakan bahan bukan tradisional, eksotik, atau mahal, merangkumi daripada kertas kepada gentian karbon kepada aloi yang diperhalusi. Yang lainnya pula mempunyai reka letak unik, seperti pintu sayap, 3 atau 6 (atau lebih) roda, atau keupayaan istimewa yang tidak terdapat pada kereta biasa. Oleh kerana ia selalunya tidak praktikal atau tidak menguntungkan, kebanyakan kereta konsep tidak melepasi model skala, malah lukisan dalam rekaan komputer. Keraan konsep lain yang lebih tradisional boleh dibangunkan kepada kenderaan yang boleh dipandu sepenuhnya dengan rangkaian kuasa dan aksesori yang berfungsi dengan baik. Keadaan kebanyakan kereta konsep terletak di antaranya dan tidak semestinya mewakili produk akhir.

"Model olok-olok" yang tidak berfungsi biasanya diperbuat daripada liin, tanah liat, logam, gentian kaca, plastik atau gabungan antara mana-mana bahan.

Jika boleh dipandu, sistem rangkaian kuasa selalunya dipinjamkan daripada kenderaan pengeluaran daripada syarikat yang sama, atau mungkin mengalami sedikit kecacatan dan ketidaksempurnaan dalam rekaannya.

Selepas jangka hayat berguna kereta konsep berakhir, ia selalunya dimusnahkan. Ada yang tidak dimusnahkan, sama ada dipamerkan di dalam muzium syarikat ataupun disembunyikan dalam simpanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Edsall, Larry (2006). Concept Cars. White Star. ISBN 88-544-0469-1. 
  2. Chrysler "Jolts" PHEV Race; PHEV Ads; V2Green Acquired, Sep 24, 2008, CalCars (California Cars Initiative)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]