Kereta muscle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta 1966 Pontiac GTO ini merupakan salah satu contoh kereta muscle klasik.
1968 Plymouth Road Runner yang menggunakan enjin hemi.

Kereta muscle merujuk kepada sejenis variasi kereta berprestasi tinggi.[1][2] Pada zaman kemuncaknya, istilah tersebut sering merujuk kepada kereta saiz sederhana 2 pintu pacuan roda belakang buatan Amerika yang popular sekitar penghujung 1960an dan awal 1970an yang dilengkapi enjin V8 yang besar dan berkuasa tetapi dijual dengan harga yang mampu dimiliki bagi kegunaan atas jalan raya mahupun untuk perlumbaan drag.[3][4][5][6]

Kereta muscle adalah berbeza daripada kebanyakan kereta sport dua tempat duduk yang lebih mahal dan khusus untuk perjalanan berkelajuan tinggi serta untuk perlumbaan bermotor.

Selain daripada Amerika Syarikat, kereta muscle juga turut dibina di beberapa negara lain seperti di Australia, Afrika Selatan dan United Kingdom.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Walaupun kereta muscle ditakrifkan sebagai kereta 2 pintu buatan Amerika dengan enjin yang besar tetapi dijual dengan harga yang murah bagi kegunaan atas jalan raya serta perlumbaan drag, masih terdapat banyak kekaburan mengenai definisi berkenaan.

Menurut majalah Road Test keluaran June 1967, "kereta muscle" adalah "sebagaimana yang ditakrifkan oleh nama itu sendiri. Ia adalah hasil keluaran industri automotif Amerika yang berpegang teguh kepada falsafah "hot rod" iaitu menggunakan enjin yang BESAR di dalam kereta yang kecil."[7] Pengarang buku Muscle Cars yang pernah menyebut petikan tersebut, Peter Henshaw, menjelaskan bahawa kereta msucle direka bentuk bagi kelajuan maksimum ketika di jalan yang lurus, serta tidak mempunyai "kerangka canggih", "integriti kejuruteraan" ataupun "penampilan yang mudah meliuk lentur" sebagaimana pada kereta berprestasi tinggi buatan Eropah.[7]

Terdapat beberapa perbezaan pendapat sama ada kereta berprestasi tinggi dari kalangan kereta bersaiz penuh, kereta padat atau kereta pony layak diklasifikasikan sebagai kereta muscle.[8]

Berikut merupakan senarai kereta muscle bersama-sama pengeluar masing-masing (termasuklah model kereta pony dari syarikat yang sama):

Pengeluar Kereta pony Kereta muscle
AMC Javelin AMX
Chevrolet Camaro Chevelle
Dodge Challenger Charger
Ford Mustang Torino
Mercury Cougar Montego
Oldsmobile tiada 442
Plymouth Barracuda Road Runner
Pontiac Firebird GTO

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Koch, Jeff. "The First Muscle Car: Older Than You" Hemmings Muscle Machines - October 1, 2004, retrieved on 2008-06-16.
  2. ^ Definisi oleh Merriam-Webster pula lebih terhad kepada "apa sahaja dari kumpulan kereta sport coupe 2 pintu buatan Amerika dengan enjin berkuasa tinggi yang direkabentuk untuk pemanduan berprestasi tinggi."car "muscle car." Merriam-Webster Online. Retrieved on 16 June 2008.
  3. ^ "Muscle Car Definition" Muscle Car Club Muscle, undated, retrieved on 2008-06-16.
  4. ^ Sherman, Don. "Muscle Cars Now Worth Millions" The New York Times, June 4, 2006, retrieved on 2008-06-16.
  5. ^ Classic Muscle Cars Library, How Stuff Works, undated, retrieved on 2008-06-16.
  6. ^ "Muscle Car Definition" by Muscle Car Society, undated, retrieved on 2008-06-16.
  7. ^ a b Henshaw, Peter (2004): Muscle Cars, Thunder Bay Press. ISBN 1-59223-303-1
  8. ^ Mueller, Mike (1997). Motor City Muscle: The High-Powered History of the American Muscle Car. MotorBooks/MBI Publishing Company. m/s. 13. ISBN 978-0760301968.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Muscle Cars di Curlie