Kerja sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerja sekolah diberikan guru

Kerja sekolah adalah kerja yang diberikan oleh guru, sekolah atau apa-apa institusi pendidikan. Istilah ini biasanya merujuk kepada kedua-dua kerja yang perlu disiapkan di rumah (kerja rumah) dan kerja yang perlu disiapkan di dalam kelas. Lazimnya, kerja sekolah perlu disiapkan di dalam kelas, semasa masa yang yang diberikan oleh pengajar. Akan tetapi, ia boleh ditukar menjadi kerja rumah yang mana boleh disiapkan di luar kelas.

Sebenarnya, kerja sekolah sangat serupa dengan kerja rumah. Ia terpulang kepada guru bila kerja patut disiapkan, dan selalunya kerja sekolah yang tidak sempat disiapkan didalam kelas akan diberikan sebagai kerja rumah tambahan. Dalam takrifan yang luas, kerja sekolah boleh merujuk kepada mana-mana aktiviti akademik di sekolah dan oleh itu termasuk peperiksaan, ujian dan kuiz maupun kerja yang biasa.