Kerpasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerpasan min jangka panjang bulanan.
Sebahagian siri Alam semula jadi
Cuaca
 
Musim
Iklim sederhana

Musim bungaMusim panas
Musim luruhMusim sejuk

Iklim tropika

Musim kering
Musim lembap

Ribut

Ribut petirPuting beliung
Siklon tropika (hurikan)
Ribut musim sejukRibut salji

Kerpasan

KabutHujan rebasHujan
Hujan beku
Ketulan hujan batuSalji

Topik-topik

Meteorologi
Peramalan cuaca
IklimPencemaran udara

Portal Cuaca ·

Dalam bidang meteorologi, kerpasan ialah hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi.[1] Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah hujan, salji, gentilan ais, dan graupel. Kerpasan terjadi apabila atmosfera, iaitu sebuah larutan bergas yang besar, menjadi tepu dengan wap air lalu air itu memeluwap dan pecah larutannya (iaitu pemendakan).[2] Dua proses yang boleh berlaku serentak ini boleh menyebabkan ketepuan udara: penyejukan udara atau menambah wap air ke dalam udara. Virga ialah kerpasan yang mula bercurah ke bumi tetapi tersejat sebelum mencapai permukaan; begitulah salah satu cara terjadinya ketepuan udara. Kerpasan terjadi melalui pertembungan sesama titisan hujan atau hablur air batu dalam awan.

Titisan hujan ada bermacam-macam saiznya, seperti titisan besar berbentuk lonjong seakan lempeng, mahupun titisan kecil berbentuk bebola halus. Kerpasan yang sampai di permukaan bumi boleh terjadi dalam pelbagai bentuk juga, termasuk hujan, hujan sejuk beku, hujan renyai, jejarum ais, salji, gentilan ais atau hujan beku, graupel dan hujan batu. Hujan batu terbentuk dalam awan kumulonimbus apabila kekuatan alir naik udara menyebabkan batuannya berpusing berulang-alik dalam awan, sehingga menyebabkan ketulan hujan batu terbentuk berlapis-lapisan sehingga cukup berat untuk jatuh dari awan. Berbeza dengan titisan hujan, emping salji terbentuk dalam pelbagai bentuk dan corak yang ditentukan oleh ciri-ciri suhu dan kelembapan udara yang melalui oleh emping salji itu sehingga mendarat. Gentilan salji dan ais memerlukan suhu daratan berada hampir atau di bawah takat lebur, manakala hujan batu boleh terjadi dalam suhu yang lebih panas kerana proses pembentukannya. Kerpasan boleh terjadi di jasad samawi yang lain, cth. apabila suhunya makin sejuk, planet Marikh mengalami kerpasan yang cenderung berbentuk jejarum ais, berbanding hujan atau salji.[3]

Kesan pulau haba bandar juga menyebabkan hujan semakin lebat dari segi jumlah dan keamatan, mengikut angin di kawasan bandar. Pemanasan global juga menyebabkan perubahan dalam pola kerpasan seluruh dunia, termasuk keadaan yang lebih lembap di kawasan timur Amerika Utara dan keadaan yang lebih kering di rantau tropika. Kerpasan merupakan satu komponen utama dalam kitaran air yang berperanan memendapkan kebanyakan air tawar di Bumi. Kira-kira 505,000 kilometer padu (121,000 batu padu) air tercurah dalam bentuk kerpasan setiap tahun; 398,000 kilometer padu (95,000 batu padu) daripadanya di kawasan lautan.[4] Berdasarkan keluasan permukaan Bumi, ini bererti bahawa kerpasan tahunan berpurata global adalah 990 milimeter (39 in). Sistem pengelasan iklim seperti sistem Köppen menggunakan purata curahan tahunan untuk membantu membezakan pelbagai aturan iklim di dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Glossary of Meteorology (2009). "Precipitation". American Meteorological Society. Diperoleh pada 2009-01-02. 
  2. The Weather World 2010 Project (1999). "Precipitation: hail, rain, freezing rain, sleet and snow". University of Illinois. Diperoleh pada 2009-01-02. 
  3. Dr. Jim Lochner (1998). "Ask an Astrophysicist". NASA Goddard Space Flight Center. Diperoleh pada 2009-01-16. 
  4. Dr. Chowdhury's Guide to Planet Earth (2005). "The Water Cycle". WestEd. Diperoleh pada 2006-10-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]