Kertanegara dari Singhasari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kertanegara yang memerintah antara 1268 dan 1292 di bahagian timur Pulau Jawa ialah raja terakhir dan raja terpenting kerajaan Singhasari. Di bawah pemerintahannya, perdagangan pulau itu berkembang maju dengan begitu pesat dan menjangkau seluruh pelosok kepulauan Indonesia serta negara-negara yang lebih jauh seperti China yang ketika itu dikuasai oleh Kublai Khan.

Kertanegara berjaya menjadikan Bali yang berhampiran sebagai vasalnya pada 1284. Apabila cucu Genghis Khan mengutus dutanya menuntut ufti daripada Kertanegara, baginda berasa panas hati dan menghantar utusan itu kembali ke China tanpa satu telinga. Pada 1290, Kertanegara menyerang dan menaklukkan kerajaan Jambi Melayu di Sumatera selatan, salah satu tatanegara Indonesia yang terawal mengikat hubungan dengan Dinasti Yuan di China. Oleh itu, Kublai Khan memerintah sebuah ekspedisi tentera laut dilancarkan terhadap pulau-pulau khatulistiwa yang terpencil. Sementara itu, Kertanegara telah berjaya menaklukkan seluruh Pulau Jawa, akan tetapi sebelum kapal angkatan tentera Mongol tiba, Jayakatwang, menantu Kertanegara serta putera dari Kediri, salah satu vasal Singhari yang paling kuat, memberontak dan membunuh baginda semasa perayaan keagamaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]