Kertas penggal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kertas penggal ialah suatu kertas kajian panjang yang dikarang oleh para pelajar sekolah menengah, sekolah menengah tinggi dan kolej dalam masa satu penggal akademik yang mana termasuk untuk sejumlah besar markah dan merupakan sebahagian sesuatu kursus. Kertas penggal biasanya bertujuan menjelaskan suatu peristiwa atau konsep atau perdebatan suatu pandangan. Terdapat banyak pertindihan di antara istilah "kertas kajian" dan "kertas penggal". Frasa "kertas penggal" awalnya digunakan untuk menjelaskan suatu kertas (biasanya suatu kertas berasaskan kajian) yang berakhir di hujung "penggal" - sama ada semester atau suku, bergantung pada unit ukuran yang digunakan sesuatu sekolah. Namun kini, istilah ini tidak lagi digemari. Kegunaan umum menukar ganti istilah "kertas penggal" dan "kertas kajian", tetapi ini tidak keseluruhannya tepat. Tidak semua kertas penggal melibatkan kajian akademik, dan tidak semua kertas kajian dilakukan dalam satu penggal.

Satu industri telah muncul pada tahun-tahun akhir ini untuk menyediakan kertas penggal yang dijiplak, pra-tulis, atau ditulis khas untuk para pelajar semua usia. Ada beribu-ribu laman web yang menjual kertas penggal dari semua tingkat kualiti dan kemahiran tulisan untuk harga yang berpatutan, tetapi mereka secara serius menjejaskan kewibawaan pelajar. Kegunaan kertas-kertas seperti itu tidak disukai para kakitangan sekolah, dan pengiriman karya-karya ini dianggap penjiplakan, dan dianggap alasan tindakan displin. Kertas-kertas ini dalam sesetengah kes jarang digunakan sebagai suatu "model" kepada seorang pelajar untuk digunakan sebagai tapak permulaan kajian mereka, tetapi ini juga dipersalkan etikanya dan biasanya merupakan suatu helah untuk penjiplakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]