Kerukup Siam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerukup Siam / Ceri Kampung / Kersen / Ceri Jamaica / Kapulin
Pokok Ceri Kampung
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Muntingiaceae
Genus: Muntingia
L.
Spesies: M. calabura
Nama binomial
Muntingia calabura
L.

Kerukup Siam ataupun Ceri Kampung ialah sejenis tumbuhan kecil yang mengandungi buah yang manis dan digemari oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini mempunyai banyak nama lain seperti Ceri Jamaica (Jamaican cherry), Panama berry, Capulin, Ceri Melayu, Ceri Kampung dan Kersen. Nama sainsnya ialah Muntingia calabura.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kerukup Siam berasal dari selatan Mexico, Caribbean, Amerika Tengah dan barat Amerika Selatan di selatan Peru dan Bolivia. Pada akhir abad ke-19, tumbuhan ini dibawa masuk ke Filipina dan dengan cepat tersebar ke seluruh wilayah Asia Tenggara. Kini, buah pokok ini diimport dari Asia Tenggara ke Eropah kerana buah ini dikatakan hampir pupus di Eropah.

Buah ceri ini tidak boleh dicernakan oleh burung-burung yang memakannya. Oleh itu, burung yang gemar memakannya seperti burung gagak akan menyebarkan benih melalui najis yang dibuang oleh burung itu.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tidak putus menumbuh sepanjang tahun, buah ceri Melayu ini boleh dimakan begitu sahaja. Buah ini digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis karamel dan berbau harum. Di Filipina dan Malaysia, pokok ini tumbuh merata dan oleh itu buahnya jarang dijual di pasar. Kanak-kanak biasanya memakan buah yang dipetik terus dari pokok.

Di Mexico, daun pokok ceri ini boleh dibuat teh, dan buahnya dibuat jem ataupun dimakan secara segar. Di Brazil, pokok ini selalunya ditanam di tepi sungai. Buah yang jatuh ke dalam sungai akan dimakan ikan yang kemudian ditangkap.

Pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Buah dan bunga Kerukup Siam

Pokok ini mengeluarkan buah yang bewarna merah dan bunga yang bewarna putih. Pokok ini sering dijumpai di jalanan dan di sekitar sungai. Pokok ini meninggi dengan sungguh cepat, begitu juga dengan buahnya, dan tidak pernah putus menumbuh. Buahnya yang masak bewarna merah, manakala bunganya bewarna putih.

Kitar hidupnya ialah bermula daripada bunga yang tumbuh begitu banyak, kemudian didebungakan. Selepas itu, bunga yang telah didebunga menjadi buah. Buahnya masak serentak dan selepas masak, bunga baru akan tumbuh. Selepas dipetik, batang yang mempunyai buah yang dipetik akan meninggalkan kesan parut. Kesan itu akan mengeluarkan bunga baru.