Keruntuhan World Trade Center

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 40°42′41.12″U 74°00′44.00″B / 40.7114222°U 74.01222°B / 40.7114222; -74.01222

Keruntuhan 2 World Trade Center yang dilihat dari Williamsburg, Brooklyn

Kedua-dua menara berkembar World Trade Center tumbang pada 11 September 2001, kesan serangan 11 September 2001 angkara al-Qaeda,[1] yang mana pengganas yang bersekutu dengan al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil, kemudian menghempaskan sebuah ke dalam Menara Utara (1 World Trade Center) dan satu lagi ke Menara Selatan (2 World Trade Center).[2] Menara Selatan runtuh pada 9:59 pagi, tak lebih sejam selepas dihempas oleh pesawat yang dirampas itu, kemudian pada 10:28 pagi, Menara Utara pula yang runtuh. Kemudian pada hari itu, 7 World Trade Center runtuh pada 5:21 petang akibat kebakaran yang tercetus apabila menara utara tumbang.[3] Kesan serangan ke atas menara-menara ini, 2,752 orang terkorban, termasuk semua 157 penumpang dan kru yang menaiki kedua-dua kapal terbang.[4] Keruntuhan menara berkembar juga menyebabkan kerosakan menyeluruh di seluruh kompleks dan bangunan-bangunan yang berdekatan. Sisa runtuhan daripada menara yang runtuh itu dengan begitu teruk merosakkan dan menghancurkan puluhan binaan yang berdekatan.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menyiapkan kajian prestasi bangunan-bangunan yang terbabit pada Mei 2002. Ia membuat kesimpulan bahawa reka bina WTC adalah utuh, dan keruntuhan itu disebabkan sepenuhnya oleh faktor-faktor luar biasa yang di luar kawalan pihak pembina. Sementara menyeru kajian selanjutan, FEMA mengusulkan bahawa keruntuhan ini barangkalinya dimulakan oleh penggoyahan gelegar lantai oleh hempasan kapal terbang. Menurut laporan FEMA, lantai-lantai terputus dari struktur utama bangunan lalu tertimbus di atas satu sama lain, sekaligus memulakan keruntuhan "penkek" yang ber.[5]

Siasatan awal FEMA dikaji semula oleh satu lagi siasatan susulan yang lebih terperinci oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) yang turut berunding dengan entiti-entiti kejuruteraan luar. Siasatan ini selesai pada September 2005. NIST mewajarkan dapatan FEMA terhadap reka bina WTC, dengan mengulas bahawa kekerasan serangan serta magnitud kemusnahannya adalah di luar segala yang dialami di kota-kota Amerika Syarikat pada zaman dahulu. NIST juga menekankan peranan kebakaran itu, tetapi tidak menuding jari kepada keruntuhan gelegar lantai atas keruntuhan WTC. Sebaliknya, NIST mendapati bahawa lantai yang kendur tertarik ke dalam pada tiang-tiang perimeter: "Ini menyebabkan lenturan tiang-tiang perimeter ke dalam serta kerosakan muka selatan WTC 1 dan muka timur WTC 2, yang memulakan keruntuhan setiap satu menara itu."[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Bin Laden claims responsibility for 9/11", CBC News, 29 Oktober 2004. Dicapai pada 11 Januari 2009. “al-Qaeda leader Osama bin Laden appeared in a new message aired on an Arabic TV station Friday night, for the first time claiming direct responsibility for the 2001 attacks against the United States.” 
  2. "Security Council Condemns, 'In Strongest Terms', Terrorist Attacks on the United States". United Nations. September 12, 2001. http://www.un.org/News/Press/docs/2001/SC7143.doc.htm. Capaian September 11, 2006. "The Security Council today, following what it called yesterday’s "horrifying terrorist attacks" in New York, Washington, D.C., and Pennsylvania, unequivocally condemned those acts, and expressed its deepest sympathy and condolences to the victims and their families and to the people and Government of the United States." 
  3. "PartIIC - WTC 7 Collapse" (PDF). NIST Response to the World Trade Center Disaster. National Institute of Standards and Technology. 2005-04-05. http://wtc.nist.gov/pubs/WTC%20Part%20IIC%20-%20WTC%207%20Collapse%20Final.pdf. Capaian 2006-11-01. 
  4. Foderaro, Lisa W.. "9/11's Litany of Loss, Joined by Another Name", The New York Times, 11 September 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010. 
  5. Hamburger, Ronald, et al.. "World Trade Center Building Performance Study" (PDF). Federal Emergency Management Agency. http://www.fema.gov/pdf/library/fema403_ch2.pdf. Capaian 2006-07-27. 
  6. "NIST Response to the World Trade Center Disaster" (PDF). http://wtc.nist.gov/WTC%20Response%20Presentation%2011122002%20text.pdf. Capaian 2008-04-23.