Kerusi rehat pengatur pelakon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam bukunya, "You'll Never Eat Lunch in This Town Again" (1991), penerbit pemenang Oscar, Julia Phillips, mencuba mendedahkan banyak institusi Hollywood bawah tanah dan mengesahkan bahawa mentali "kerusi rehat pengatur pelakon" masih aktif di Hollywood.

Kerusi rehat pengatur pelakon ialah eufemisme untuk fenomena sosiologi yang melibatkan perdagangan kemudahan seks oleh seseorang yang bercita-cita, perantis, atau orang bawahan kepada orang atasannya sebagai pertukaran untuk penyertaan sesuatu pekerjaan atau untuk kemajuan kerjaya di dalam sesebuah pertubuhan. Dengan erti kata yang lain, ia melibatkan:

  • seseorang atasan meminta kemudahan seks daripada orang bawahannya sebagai pertukaran untuk sokongan ekonomi atau pekerjaan; atau
  • seseorang bawahan menggoda orang atasannya dengan mengharapkan kemajuan kerjaya atau ekonomi.

Istilah "kerusi rehat pengatur pelakon" berasal daripada industri perfileman, dengan rujukan khusus kepada kerusi rehat di dalam pejabat ejen pengatur pelakon yang boleh digunakan untuk kegiatan seks antara egen dan pelakon wanita yang bercita-cita. Walau bagaimanapun, istilah ini kini seringnya digunakan untuk merujuk kepada industri-industri yang lain, selain daripada industri hiburan.

Fenomena kerusi rehat pengatur pelakon tidak terhad kepada mana-mana satu jantina bagi kedua-dua pihak tukar ganti. Dalam konteks yang paling longgar, ia merangkumi semua kontrak sosial yang melibatkan pertukaran hubungan seks sebagai pertukaran untuk keselamatan ekonomi atau kemajuan kerjaya. Kerusi rehat pengatur pelakon merupakan salah satu bentuk tukar ganti teori permainan dalam latar sosial.

Kerjaya yang sangat diingini dan susah disertai daripada segi tradisi, misalnya kerjaya dalam industri perfileman, televisyen, dan muzik, telah menjadi tajuk cerita kerusi rehat pengatur pelakon dalam budaya pop. Pertukaran kemudahan sebegini merupakan salah satu penyalahgunaan kuasa dan boleh menjadi skandal seks, jika dianggap bernilai berita.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]