Kes liwat Anwar Ibrahim I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kes liwat 1 Anwar Ibrahim)

Kes liwat Anwar Ibrahim I merupakan kes yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim semasa Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir bin Mohamad. Pada tahun 1998, Anwar dikatakan melakukan jenayah luar tabii, iaitu liwat terhadap beberapa individu yang warak dan rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar[1][2], Sukma Darmawan dan lain-lain. Azizan Abu Bakar, mendedahkan di Mahkamah Tinggi pada 3 Ogos 1999 bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwatnya sebanyak 10 hingga 15 kali sejak tahun 1992.[3]

Sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Pada Selasa, 5 Ogos 1997 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Azizan telah bersumpah dengan nama Allah dan memegang surah Yasin dan mengatakan sekiranya beliau berbohong maka beliau akan dilaknati Allah.[4][5] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Azizan.

Teks sumpah beliau ialah :

''Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya Azizan bin Abu Bakar IC 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ia kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Dato Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ''kronik'' sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti daripada terus menjadi hamba homoseksual kepada manusia yang saya kategorikan bersifat binatang iaitu Anwar bin Ibrahim.

Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu sama ada secara peribadi mahupun politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan nama Allah, sekali lagi saya Azizan bin Abu Bakar bersumpah bahawa segala laporan di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.''

Bukti DNA[sunting | sunting sumber]

Semasa perbicaraan, sebuah tilam sebagai bahan bukti telah dibawa ke mahkamah, yang dikatakan berwarna dengan air mani Anwar. Ini dikemukakan sebagai bukti DNA tindakan seks Anwar. Anwar menafikan bukti tersebut, walaupun ujian DNA keluar positif. Lim Kong Boon, seorang ahli kimia DNA, memberi keterangan semasa perbicaraan bahawa DNA yang diambil dari 10 daripada 13 noda cecair di tilam yang dipadankan dengan DNA Anwar.[6] Pihak defendan menandakan bahawa sampel-sampel DNA tersebut mungkin diambil daripada Anwar semasa ia dalam keadaan tidak sedar selepas ia dipukul semasa ia berada dalam tahanan polis untuk mencipta bukti forensik palsu untuk mendakwanya; namun begitu, Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul terima bukti tersebut.[7][8]

Konspirasi polis[sunting | sunting sumber]

Kes Anwar Ibrahim telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1999. Peguam Negara Malaysia ketika itu ialah Tan Sri Mokhtar Abdullah. Sementara Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk S. Augustine Paul.[9] Peguam bela Anwar, Raja Aziz Addruse diminta mematuhi Seksyen 136 Akta Keterangan 1950 jika menyentuh konspirasi polis. Anwar mendakwa Sukma telah mencampak beberapa nota penting ke arah lokapnya pada September 1999 sebelum Anwar dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Saksi pendakwa ke-11 (SP11), bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Amir Junus telah disoal berhubung peranan polis memasang alat perakam telefon di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar mengaku pernah meminta polis melalui pegawai pengiringnya, Zull Aznam Haron supaya kawasan rumah dijaga dengan lebih rapi.

Laporan kepada BPR[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Julai 2008 Datuk Seri Anwar diiringi dua peguam iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung cubaan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan untuk menutup jenayah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA Anwar pada 1998 hingga 1999.[10] Abdul Gani Patail ketika itu ialah Timbalan Kanan Pendakwa Raya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 2018-08-21.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-20. Dicapai pada 2018-08-20.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.
  4. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Khas&pg=kh_09.htm
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-08-31.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-20. Dicapai pada 2018-08-20.
  7. ^ "A Stain Upon Anwar's Defense". CBS News (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2019. Dicapai pada 27 Mei 2023.
  8. ^ "Anwar trial hears DNA evidence" (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 1998. Dicapai pada 27 Mei 2023.
  9. ^ Isu sumpah simpan rahsia dibangkitkan
  10. ^ Anwar puas hati siasatan BPR