Kesinambungan pemerintahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kesinambungan pemerintahan merupakan prinsip yang menetapkan langkah-langkah yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk membolehkan sesebuah kerajaan meneruskan tugas-tugas penting seandainya berlaku perang nuklear atau sebarang kejadian malapetaka yang lain.

Kesinambungan pemerintahan dikembangkan oleh kerajaan British sewaktu Perang Dunia Kedua untuk menangkis ancaman pengeboman oleh Luftwaffe ketika Pertempuran Britain. Perlunya rancangan kesinambungan kerajaan semakin ditekankan dengan wujudnya penyebaran nuklear.

Sejak Perang Dingin lagi, negara-negara telah membuat rancangan-rancangan sedemikian untuk mencegah (atau meminimumkan) kekacauan dan huru-hara seandainya berlaku kekosongan kuasa ekoran serangan nuklear.

Menurut negara[sunting | sunting sumber]

Kanada[sunting | sunting sumber]

Kanada membina banyak perlindungan nuklear seluruh negara, digelar Ibu Pejabat Kerajaan Kecermasan ("Diefenbunkers)" sebagai sindiran kepada nama kerajaan perdana menteri John Diefenbaker yang berkuasa masa itu.

Perancis[sunting | sunting sumber]

Centre d'Opération des Forces Aériennes Stratégiques (COFAS) merupakan pusat pemerintahan bagi pasukan nuklear Perancis di Taverny, Val d'Oise. Pusat Pemerintahan Kebangsaan yang lain terletak di Mont Verdun near Lyon.

Ibu Pejabat Force Océanique Stratégique (FOST) yang diperkukuh, armada nuklear SSBN Perancis, terletak di Houilles, Yvelines.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.