Kesultanan Pontianak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesultanan Pontianak ialah sebuah kerajaan Islam di Kalimantan Barat. Ia beribu kota di Kota Pontianak, Indonesia.

Kesultanan Pontianak
Bendera Kesultanan Pontianak
Lambang Kesultanan Pontianak
Bendera Lambang
Ibu negaraPontianak
Bahasa yang umum digunakanMelayu
Agama
Islam
KerajaanKesultanan
Sultan 
• 2017 - kini
Syarif Mahmud Alkadrie
Sejarah 
• Didirikan
23 Oktober 1771
• Penabalan
1 September 1778
• Integrasi dengan Indonesia
17 Augustus 1950
Didahului oleh
Diganti oleh
Mempawah Kingdom
Indonesia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Pontianak diasaskan pada tahun 1771 oleh sekumpulan pedagang Arab yang diketuai al-Sayyid Sharif Abdul Rahman al-Kadri. Beliau kemudiannya berkahwin dengan dua orang puteri iaitu puteri Panembahan Mampawa dari Palembang dan juga puteri Kesultanan Banjar. Walaupun perkahwinan ini memberikan beliau penaruh di Palembang dan Banjarmasin, beliau gagal menjadikan raja di kedua-dua kerajaan ini. Al-Sayyid Sharif Abdul Rahman selepas itu menggunakan pengaruh Belanda untuk menobatkan dirinya sebagai Sultan di Kota Pontianak pada tahun 1779[1].

Kesultanan Pontianak mencapai kemuncaknya sekitar awal abad ke-20, terutamanya setelah penemuan minyak di negeri ini.

Sultan-Sultan Pontianak
Bilangan Sultan Pemerintahan
1 Syarif Abdurrahman Alkadrie 1771-1808
2 Syarif Kasim Alkadrie 1808-1819
3 Syarif Osman Alkadrie 1819-1855
4 Syarif Hamid Alkadrie 1855-1872
5 Syarif Yusuf Alkadrie 1872-1895
6 Syarif Muhammad Alkadrie 1895-1944
7 Syarif Hamid Alkadrie 1945-1950
8 Sultan Syarif Abubakar Alkadrie[2][3] 2004-2017
9 Syarif Mahmud Alkadrie[2][3] 2017-kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/pontian.htm
  2. ^ a b "Syarif Mahmud Alkadrie Jadi Sultan Pontianak". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 17 April 2017. Dicapai pada 22 Jun 2021.
  3. ^ a b "Di Balik Istana-Istana yang Dihidupkan Kembali". Indonesia.co.id (dalam bahasa Indonesia). 1 Ogos 2019. Dicapai pada 22 Jun 2021.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]