Kesultanan Samudera Pasai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kesultanan Samudera Pasai
كسلطانن سامودرا ڤاساي
1267–1521
 

Bendera

Ibu negara Pasai
Bahasa Aceh, Melayu
Agama Islam
Kerajaan Monarki
Sejarah
 - Diasaskan 1267
 - Penjajahan Portugis 1521
Mata wang Matawang emas dan perak
Peta Pasai (terletak di Lhokseumawe sekarang di provinsi Aceh, Sumatera.

Kesultanan Samudera Pasai (juga dikenali sebagai Pasai, Samudera atau kadang-kala disebut Samudera Darussalam) adalah kerajaan Islam yang pertama di Nusantara yang terletak di utara pantai Aceh (secara lebih tepat di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sekarang), Sumatera di antara abad ke-13 hingga abad ke-15. Raja pertamanya bergelar Malikussalih telah mangkat pada tahun 696 Hijrah atau 1297,[1] atau menurut hikayat bernama Merah Silu. Hanya sedikit sahaja bukti yang ditinggalkan untuk membolehkan kajian ke atas sejarah kerajaan ini.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang membawa pengertian "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara". Merah Silu yang menjadi raja pada tahun 1267 kemudian memeluk agama Islam dan menukarkan namanya menjadi Malikussalih. Makam Sultan Malikussalih bertarikh 1297 ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Arab dan sekarang ini masih boleh didapati di desa Beuringin, Kecamatan Samudera, Aceh Utara.

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, baginda telah diislamkan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad, seorang raja yang berkuasa di benua Hindi yang turun takhta untuk turut serta dalam pengislaman Merah Silu. Selepas Pasai diasaskan, Sultan Malikussalih telah melantik putera baginda, Malikul Zahir menjadi raja di negeri Pasai sementara baginda bertakhta di Samudera.

Di dalam Hikayat ini juga, baginda mempunyai dua orang cucu iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur. Selepas kemangkatan Malikul Zahir, Sultan Malikussalih melantik Malikul Mahmud sebagai pemerintah Pasai sementara adindanya, Malikul Mansur dijaga oleh Malikussalih sendiri. Beberapa tahun kemudian, Malikul Mansur telah dilantik oleh nendanya sebagai pemerintah baru kerajaan Samudera. Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa Malikul Mansur telah diturunkan takhta oleh kekandanya, Malikul Mahmud serta dibuang negeri kerana kesalahan baginda mengambil perempuan di Istana Pasai. Selepas itu, Malikul Mahmud telah memasukkan Samudera ke dalam kerajaannya.

Pasai telah menjadi pusat perdagangan yang masyhur sekitar abad ke-13 hingga abad ke-14. Pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, India dan Eropah telah singgah ke negeri ini untuk berdagang. Pasai dinyatakan di dalam buku Rihlah ilal-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) oleh Abu Abdullah ibn Battuta (1304-1368), seorang musafir Maghribi yang singgah di Pasai pada tahun 1345. Ibn Battuta menulis bahawa Sultan Malikul Zahir dari negara Samatrah (Samudera Pasai) menyambutnya dengan sangat ramah. Menurut Ibn Battuta, penduduk tempatan memeluk Mazhab Syafii.[3]. Selain itu, Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam. Ini dapat dilihat ketika Kegemilangan Empayar Melayu Melaka, sultan meminta pendapat kepada ulama-ulama Pasai sekiranya ada masalah agama. Selain itu, ulama-ulama Pasai juga menterjemahkan kitab-kitab agama dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Majapahit sempat menyerang dan menjarah Pasai pada pertengahan abad ke-14. Pasai kemudian diduduki Portugis pada tahun 1521, iaitu selepas 10 tahun penaklukan Melaka. Selepas itu, Aceh mengambil alih peranan Pasai dan menjadi pusat perdagangan utama di Sumatera.

Salasilah Pemerintah Kerajaan Samudera Pasai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan antara Salasilah pemerintah Kerajaan Samudera Pasai

Wazir Ul Sultan Muhammad Malik Al-Salih (1267-1297)

Wazir Ul Sultan Muhammad Malikul zahir (1297-1328)
Wazir Ul Sultan Muhammad Malikul Mahmud (1328-1336)
Wazir Ul  Sultan Muhammad Malikul Mansur (1336-1346)
 Wazir Ul Sultan Ahmad Malik az zahir (1346-1383)

Wazir Ul Sultan zain Al- abidin Malik az zahir (1383-1405)

Wazir Ul Sultan Zain Ad-Din (1405-1428)

Wazir Ul Sultan Sallah Ad-Din (1428-1455)

Wazir Ul Sultan Abu zaid Malik az zahir (1455)

Wazir Ul Sultan Mahmud Malik az zahir (1455-1477)

Wazir Ul Sultan Zain Al-Abidin Shah 1@ Wazir Ul Sultan Zainal Abidin 1 (1477-1500)

Wazir Ul Sultan Abdullah Malik az zahir (1501-1513)

Wazir Ul Sultan Zain Al- Abidin shah 2 (1513-1528)

Wazir Ul Sultan Zainal Al -Abidin Shah 1 ( 1528- 1543)

Wazir Ul Sultan Zainal Al -Abidin Shah 2 (1543-1558)

Wazir Ul Sultan Muhammad Zainal  Shah 1 ( 1558-1568)

Wazir Ul Sultan Muhammad Zainal Shah 2 (1568- 2020)

Wazir Ul Sultan Muhammad Zainal Shah 3( 2020-2099)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Moquette, Jean Pierre, (1913), De Oudste Vorsten van Samudra-Pase, Rapporten van den Oudheidkundigen Dienst, Batavia, pp. 1-12.
  2. Ricklefs, M.C. 1991. A History of Modern Indonesia since c.1300. 2nd Edition, Stanford: Stanford University Press, p. 15. ISBN 0-333-57690-X
  3. Ferrand, Gabriel, (1914), Relations de voyages et textes geographiques : Arabes, Persan et Turks relatifs a l'Extreme-Orient du VIIIe au XVIIIe siecles, traduits, II, pp. 440-450.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]