Ketua Pembangkang (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua Pembangkang
كتوا ڤمبڠكڠ
Penyandang
Hamzah Zainudin
sejak 19 Disember 2022 (2022-12-19)
Jenisrencana senarai Wikimedia Edit the value on Wikidata
GelaranYang Berhormat
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
PusatBangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur
Penjawat sulungBurhanuddin al-Helmi
Dibentuk1959 (1379H / B.E.2502)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Pembangkang (Jawi: كتوا ڤمبڠكڠ) merupakan ahli parlimen di Parlimen Malaysia yang mengetuai pihak pembangkang. Ketua pembangkang yang dilantik oleh pihak pembangkang adalah Hamzah Zainudin sejak 19 Disember 2022.

Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negara.

Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Kerajaan didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan. Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Ketua Pembangkang terkini ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membentuk Perikatan Nasional. Semenjak November 2022, Perikatan Nasional ialah pembangkang rasmi di Malaysia. Jangan dikelirukan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia SABAH yang tidak bersama-sama dengan Perikatan Nasional dan merupakan kerajaan di peringkat nasional dan negeri. Parti Pribumi Bersatu Malaysia SABAH juga bukan merupakan komponen Perikatan Nasional melainkan komponen Gabungan Rakyat Sabah.

Selain itu, gelaran "pembangkang" juga boleh diberikan di peringkat negeri, misalnya kerajaan persekutuan BN telah lama menjadi pembangkang di Kelantan.[1]

Ismail Sabri Yaakob merupakan Ketua Pembangkang pertama dilantik sebagai Menteri dan Menteri Kanan dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya sebagai Perdana Menteri dalam penggal yang sama, iaitu Penggal ke-14.

Senarai Ketua Pembangkang[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dari tahun 1959 sehingga sekarang. Iaitu:[2]:

# Potret Ketua Pembangkang Parti politik Tempoh jawatan Perdana Menteri Ruj.
Mengambil jawatan Lucut jawatan
1 Burhanuddin al-Helmi
(1911–1969)
AP bagi Besut
PAS 1959 1964 Tunku Abdul Rahman
2 Tan Chee Khoon
(1919–1996)
AP bagi Batu
SF (LPM) 1964 1969
- Kedudukan kosong 1969 1971
Abdul Razak Hussein
3 Mohamed Asri Muda
(1923–1992)
AP bagi Pasir Puteh
PAS 1971 1973
4 Lim Kit Siang
(lahir 1941)
AP bagi Bandar Malacca
DAP 30 Januari 1973 31 Julai 1974 [3]
5 James Wong Kim Min
(1922–2011)
AP bagi Miri-Lubis
SNAP 1974 1974
6 Edmund Langgu Anak Saga
(lahir 1936)
AP bagi Saratok
SNAP 4 November 1974 4 November 1975 [4]
7 Lim Kit Siang
(lahir 1941)
AP bagi Kota Melaka (1975-1978)
AP bagi Petaling (1978–1982)
AP bagi Kota Melaka (1982-1986)
AP bagi Tanjong (1986–1999)
DAP 4 November 1975 12 Jun 1978 [5]
Hussein Onn
31 Julai 1978 29 Mac 1982 [6]
Mahathir Mohamad
10 Julai 1982 19 Julai 1986 [7]
8 Oktober 1986 4 Oktober 1990 [8]
10 Disember 1990 6 April 1995 [9]
15 Jun 1995 10 November 1999 [10]
8 Fadzil Noor
(1937–2002)
AP bagi Pendang
PAS 20 Disember 1999 23 Jun 2002 [11]
9 Abdul Hadi Awang
(lahir 1947)
AP bagi Marang
9 September 2002 4 Mac 2004 [12]
Abdullah Ahmad Badawi
10 Lim Kit Siang
(lahir 1941)
AP bagi Ipoh Timor
DAP 19 Mei 2004 13 Februari 2008 [13]
11 Wan Azizah Wan Ismail
(lahir 1952)
AP bagi Permatang Pauh
PKR 30 April 2008 28 Ogos 2008 [14][15]
12 Anwar Ibrahim
(lahir 1947)
AP bagi Permatang Pauh
28 Ogos 2008 3 April 2013 [16]
Najib Razak
26 Jun 2013 16 Mac 2015 [17][18]
13 Wan Azizah Wan Ismail
(lahir 1952)
AP bagi Permatang Pauh
PH (PKR) 18 Mei 2015 7 April 2018 [19]
14 Ahmad Zahid Hamidi
(lahir 1953)
AP bagi Bagan Datuk
BN (UMNO) 16 Julai 2018 10 Mac 2019 Mahathir Mohamad [20]
15 Ismail Sabri Yaakob
(lahir 1960)
AP bagi Bera

11 Mac 2019 24 Februari 2020
16 Anwar Ibrahim
(lahir 1947)
AP bagi Port Dickson
PH (PKR) 18 Mei 2020 16 Ogos 2021 Muhyiddin Yassin
21 Ogos 2021 24 November 2022 Ismail Sabri Yaakob
17 Hamzah Zainudin
(lahir 1957)
AP bagi Larut
PN (PPBM) 19 Disember 2022 kini Anwar Ibrahim [21]

Jawatan bertaraf Menteri[sunting | sunting sumber]

Semasa perutusan khas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos 2021, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang telah ditawarkan jawatan Ketua Pembangkang bertaraf Menteri Kanan bagi melaksanakan reformasi Parlimen Malaysia dan kemudian beliau menolak tawaran tersebut dan menuduh tawaran tersebut sebagai satu penghinaan baginya yang pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[22]

Bagaimanapun, Anwar telah menerima tawaran oleh Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Pembangkang bertaraf Menteri atas alasan Ismail menawarkan jawatan tersebut sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri.[23]

Bagaimanapun Anwar menerima jawatan tersebut dan menolak semua elaun yang ditawarkan iaitu sebanyak RM 33,500. [24]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BN Kelantan tidak rela lagi jadi pembangkang". Utusan Online. 07/04/2013. Dicapai pada 14 Mei 2013. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader". The Star. 20 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 21-03-2008. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Hansard - 30 Januari 1973
  4. ^ Hansard - 4 November 1974
  5. ^ Hansard - 5 November 1975
  6. ^ Hansard - 10 Oktober 1978
  7. ^ Hansard - 12 Oktober 1982
  8. ^ Hansard - 8 Oktober 1986
  9. ^ Hansard - 10 Disember 1990
  10. ^ Hansard - 15 Jun 1995
  11. ^ Hansard - 20 Disember 1999
  12. ^ Hansard - 9 September 2002
  13. ^ Hansard - 19 Mei 2004
  14. ^ Hansard - 30 April 2008
  15. ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader". The Star. 20 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2011. Dicapai pada 21 Mac 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Hansard - 28 Ogos 2008
  17. ^ Hansard - 26 Jun 2013
  18. ^ "Anwar disqualified as MP since Mar 16, says speaker". The Malaysian Times. 1 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-06. Dicapai pada 3 April 2015.
  19. ^ Hansard - 18 Mei 2015
  20. ^ https://www.malaysiakini.com/news/424466
  21. ^ Muhammad Ayman Ghaffa (2022-12-10). "Hamzah Zainudin dilantik ketua pembangkang di Dewan Rakyat". Kosmo!.
  22. ^ PH tolak tawaran Tan Sri Muhyiddin
  23. ^ Anwar terima ‘surat naik status’ bertaraf menteri
  24. ^ Anwar tolak elaun RM 33,500