Ketua Turus Am (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua
Turus Am
Bendera Ketua Turus Am
Penyandang
Jeneral Sir Patrick Sanders
sejak 13 Jun 2022
Kementerian Pertahanan
Tentera Darat British
SingkatanCGS
Lapor kepadaKetua Turus Pertahanan
Bidang kuasaUnited Kingdom Edit the value on Wikidata
InstitusiGeneral Staff (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
PenamaSetiausaha Negara bagi Pertahanan
Dilantik olehRaja
Atas nasihat Perdana Menteri, tertakluk pada kelulusan rasmi dari Raja dalam Majlis Mesyuarat
Tempoh jawatanTiada tempoh tetap
PeloporPanglima Besar Ketumbukan
Dibentuk1904, 1964
Pemegang pertamaSir Neville Lyttelton
Timbalan/naibTimbalan Ketua Turus Am
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Turus Am atau Chief of the General Staff (CGS) adalah gelaran ketua profesional Tentera Darat British selepas tahun 1964. CGS ialah seorang ahli Jawatankuasa Ketua Turus dan Lembaga Tentera Darat. Sebelum tahun 1964, gelaran tersebut dikenali sebagai Ketua Turus Am Imperial atau Chief of the Imperial General Staff (CIGS). Dari tahun 1959, jawatan tersebut berada dibawah Ketua Turus Pertahanan, iaitu ketua profesional Angkatan Tentera British.

Gelaran tersebut juga digunakan selama lima tahun diantara pemansuhan jawatan Panglima Besar Ketumbukan pada tahun 1904 dan pengenalan Ketua Turus Am Imperial pada tahun 1909. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Jeneral Sir Neville Lyttelton dan, secara singkat, oleh Fil Marsyal Sir William Nicholson.

Disepanjang kewujudan jawatan tersebut, Ketua Turus Am telah menjadi Anggota Tentera Pertama Lembaga Tentera Darat.

Ketua Turus Am terkini ialah Jeneral Sir Patrick Sanders – yang menggantikan Jeneral Mark Carleton-Smith pada Jun 2022 dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat dan Panglima Tentera Darat Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]