Ketupat lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelongsong ketupat lembu yang diperbuat daripada riben.

Ketupat lembu adalah salah satu bentuk ketupat yang boleh didapati.Ia dianyam dengan menggunakan dua helai daun kelapa menyerupai bentuk lembu. Ia juga dipanggil ketupat kambing atau ketupat kerbau. Untuk tujuan sebagai satu hasil seni yang boleh disimpan lama, ribon plastik digunakan untuk membentuk sarung ketupat.

Ia dibuat lebih kepada untuk hiasan atau hasil seni kerana kesukaran menganyamnya dalam jumlah besar yang diperlukan bagi tujuan perniagaan.

Ia sama seperti sarung ketupat lain dan nasi atau pulut boleh diisi kedalamnya, sama seperti kelongsong ketupat sate biasa.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]