Khadijah Aam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Khadijah Aam atau 'Ummu Jah' dan isteri kepada Asaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan Malaysia pada 1992. Beliau banyak membantu membangunkan pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia.

Ashaari meninggal dunia di Ipoh, Perak pada 13 Mei 2010 kerana jangkitan paru-paru. Kerajaan mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Al-Arqam dilihat mahu dibangunkan semula dengan nama baru seperti Rufaqa (2006) dan atas nama syarikat 'Global Ikhwan Sdn Bhd'. Beliau dilihat sebagai moderator dan 'speaker'nya. Pengikut mereka dipercayai mencecah ribuan orang, di Malaysia , Thailand, Jordan , Mekah, Arab Saudi dan seluruh dunia. Kumpulan Rufaqa telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 2006.

Penulis buku[sunting | sunting sumber]

Khadijah Amm telah menghasilkan buku bertajuk 'Abuya Ashaari Muhammad - Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya' tahun 2006. Selepas 4 tahun Ashaari Muhamad meninggal dunia pada 13 Mei 2010.

Kumpulan Rufaqa[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Rufaqa telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 2006.[perlu rujukan] Kumpulan Rufaqa dilihat cuba menghidupkan pertubuhan haram Al-Arqam. Namun keluarga Ashaari menafikan dakwaan bahawa niat mereka mengadakan konsert khas sebagai menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Sidang Parlimen Roh[sunting | sunting sumber]

Khadijah Aam dan pengikutnya mengadakan ' “Sidang Parlimen Roh' pada 26 Januari 2011. Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin menyatakan bahawa langkah mengadakan “Sidang Parlimen Roh” merupakan langkah pertama untuk menghidupkan semula sejak Ashaari meninggal dunia. “Sidang Parlimen Roh” sebagai satu bentuk “ajaran sesat dan karut” memandangkan pihak yang terlibat beranggapan bahawa mereka boleh “berinteraksi” dengan Allahyarham Ashaari. Pengikut-pengikut Al-Arqam masih menganggap walaupun jazad Ashaari sudah tiada (sejak meninggal dunia), tetapi roh beliau masih ada dan oleh itu, mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi secara spiritual... di mana dalam Islam, ia satu perkara yang tidak wujud, dongeng, karut.[1]

Kelab Taat Suami[sunting | sunting sumber]

'Kelab Taat Suami' dipimpin oleh Khadijah Amm dan Fauziah Ariffin. Kelab ini mengadakan aktivitinya di sebuah banglo mewah di Ipoh, Perak telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) setelah mendapat laporan daripada orang ramai. Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin menyatakan bahawa Jabatan Agama Islam Perak telah merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran. Seramai 50 orang pengikut kelab ini disiasat . Kempen bertema ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ dilihat sebagai merendahkan martabat Nabi Muhammad. Dalam kehidupan seharian dan kehidupan beruagama, Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.

Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.Sempena kelahiran Nabi Muhammad ini, seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam. Seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia. Cubaa menggelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-olah meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks. Kempen selama 12 hari itu anjuran KTS adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]