Khadijah Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khadijah Sidek
Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Dungun
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSuleiman Ali
Butiran peribadi
LahirChe Khadijah Mohd Sidik
1918
Pariaman, Sumatera Barat
Meninggal dunia1982
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1953-1956, 1972-1982)
Parti Islam Se-Malaysia (1956-1972)

Khadijah Sidek atau 'Che Khadijah Mohd Sidik' pernah menjadi ketua Wanita UMNO sebelum 1956. Ketika itu ia dikenali sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

Khadijah Sidek menggantikan Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah sebagai ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO . Tengku Budriah memegang jawatan itu selama 3 bulan sahaja (September 1953 - 1954). Sebelum Tengku Budriah ialah Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain. Ibu Zain mengundurkan diri kerana masalah asthma yang dihidapinya . Khadijah Sidek diberhentikan / dipecat dan diganti oleh Tun Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO setelah beliau bertanding di Dungun atas tiket PAS.

Dipecat[sunting | sunting sumber]

Khadijah Sidek merupakan seorang wanita yang berani dan vokal menyuarakan masalah wanita. Beliau berani dipecat oleh parti UMNO . Beliau selalu bertentang pendapat dengan Syed Jaafar Albar dan Mohamad Yassin bin Abdul Rahman (bekas Setiausaha Agung UMNO dan saudara lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman). Khadijah menuntut agar wanita turut dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1955 . Khadijah Sidek sebagai ketua Kaum Ibu UMNO Johor mengugut 'tidak akan bergerak' jika tiada wakil wanita. [1]

Setiausaha Agung UMNO ketika itu terkejut dengan tuntutan dan ugutan itu. Setiausaha Agung UMNO mendesak agar wanita UMNO mengugurkan tuntutan yang dikira melampau itu.

Ahli parlimen PAS[sunting | sunting sumber]

Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu. Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak Allahyarhamah Chadria Tasimala hayati Hamzah Allahyarham Mohd Hatta Hamzah . Allahyarham Mohd Noor Kamal Hamzah

Cucu[sunting | sunting sumber]

Mohammad Panji Budak Gombak, Puteri Kesatria, Mohammad Pandu Insani, Muhammad Sabda Suluh Lestari, Melati Binti Mohd Hatta, Khadijah Binti Mohd Noor Kamal, Kartika Binto Mohd Noor Kamal, Kartini Binti Mohd Noor Kamal, Mohd Zayadi Bin Mohd Noor Kamal, Karmelia Binti Mohd Noor Kamal, Nur Aqilah Binti Mohd Noor Kamal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku 'Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa'