Khairil Annas Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Seri Dr. Khairil Annas (KAJ)
Penulis - Ilmuwan - Budayawan - Penasihat Politik - Ahli Falsafah
Butiran peribadi
Lahir (1971-07-23) 23 Julai 1971 (umur 52)
Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
PekerjaanBekas Penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 (Dato’ Sri Najib Razak)

YBHG. DATUK SERI DR. KHAIRIL ANNAS ALHAJ, JP

PSD; SMW; DGMK; DSAP; DIMP; DMSM; BMS; JP; ACM; AMP; EFMIM

Bekas Penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 (Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak)


KELAYAKAN AKADEMIK

2011 - Ph.D

Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan - Asia e University (AeU)

2003 – MBA

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam)

Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

1997 - APTT

Perunding Bertauliah Pemikiran Lateral (Edward de Bono)

1995 - LL.M

Sarjana Undang-Undang Antarabangsa University of Cambridge

• 1994 - LL.B (Kepujian Kelas Pertama)

Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa

• 1989 - 1992 :

- Sijil Pentadbiran Undang-Undang Shari'ah (UIA)

- Sijil Undang-Undang Shariah - Usul Fiqah (UIA)

Latar Belakang[1][sunting | sunting sumber]

YBhg. Datuk Seri ( Panglima Setia DiRaja ) Dr. Khairil Annas AlHaj, adalah seorang Tokoh yang telah memperlihatkan keupayaan dalam pelbagai bidang dan disiplin Ilmu.

Berbekalkan latar belakang akademik yang kukuh, beliau mencipta nama dalam Tradisi Undang-Undang, Korporat, Kesarjanaan dan Politik secara langsung di Arena Kebangsaan disamping bergerak aktif dalam pelbagai Inisiatif Bukan Kerajaan (NGO) sejak daripada umur yang sangat muda.

Di Peringkat Kerajaan Persekutuan, kemuncak kepada career / kerjaya / khidmat kepada Negara Malaysia, beliau telah diberi kepercayaan dan menumpah Jasa Bakti sebagai Penasihat kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yakni ketika itu, YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Dalam tempoh dua dekad - beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Khas - kemudiannya Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri sebelum diLantik secara rasmi pada tahun 2016 sebagai Penasihat Paling Muda Kepada Perdana Menteri dalam sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia.

Merentas sejarah awal beliau, sejak di bangku pendidikan menengah lagi, sebagai seorang yang mendambakan kecemerlangan, beliau telah dipilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur (1989).

Selanjutnya, beliau memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Perundangan dengan Kepujian Kelas Pertama (LLB First Class Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa (LLM) daripada University of Cambridge, United Kingdom.

Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam ( MBA ) ( First Batch ) daripada Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) serta telah di Terima Masuk dan diDaftarai-kan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sejak 16 Januari 1996.

KeSarjanaan Mudanya telah dimaktub oleh Majlis Raja-Raja Melayu, apabila dikurniakan Anugerah Pelajaran DiRaja dan Pemenang Pingat Emas Tunku (1995).

Dengan Takdir dan Ketentuan Allah Ta’ala, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, sedikit sebanyak budi serta jasa Dr. Khairil Annas dikenang dan diperkenankan dengan Kurniaan pelbagai Pingat, Bintang serta Darjah Kebesaran daripada Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan antaranya Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) oleh DYMM Sultan Pahang dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang masing-masing membawa gelaran Dato’ serta Datuk.


Manakala, sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-84, beliau telah dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati - Pangkat Pertama (DGMK) membawa gelaran Dato’ Wira - yang begitu disegani di antara senarai Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman di kala usia beliau yang masih muda (39 tahun ) - 2012.


Pada 1hb Jun 2013 pula, Dengan Kehendak Allah SWT jua, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14, beliau telah dikurniakan Darjah Persekutuan - Yang Amat Dihormati - Panglima Setia DiRaja - Pangkat Pertama (PSD).


Dengan Izin Tuhan Yang Maha Esa, Dr. Khairil Annas diberikan Penghormatan dengan pelbagai lantikan antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM (Admitted To The Court Of Emeritus Felllow - October 2010), Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Adjunct di ISTAC (ISTAC-UIA) dan Lantikan Sebagai Fellow of The Cambridge Commonwealth Society.


Berasaskan serba sedikit sumbangan dan kecemerlangan beliau di pentas Masyarakat dan Negara, Dr. Khairil Annas telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Tokoh Cemerlang Alumni Sekolah Alam Shah Tahun 2009 dan Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Tahun 2011. Selain daripada sangat mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beliau juga berkemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Perancis.

Dr. Khairil Annas juga telah mendapat didikan dan Pentauliahan di Bidang Pemikiran Lateral secara langsung daripada mendiang Tokoh Pemikir Lateral Dunia - Dr. Edward de Bono antara tahun – tahun 1997 – 2000. Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) beliau adalah dalam bidang Kepimpinan Politik, berfokus tentang ketika itu - YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, daripada Asia e Universiti (AeU).

Sehingga kini, beliau telah menulis serta menjadi editor kepada lebih 20 buah karya berkaitan Politik, Kepimpinan dan Dasar-Dasar Negara. Manakala sepanjang lebih Dua Dekad telah menulis dan mengetuai lebih 5000 ucapan, kertas - kertas dasar Negara seperti Rancangan Malaysia, Laporan - Laporan Ekonomi, Bajet – Bajet Tahunan Kerajaan, Ucapan - Ucapan Pengerusi Barisan Nasional, Ucapan - Ucapan Presiden UMNO dan tentu sekali Titah -Titah Rasmi Seri Paduka - Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Ke XIII,Ke IV dan Ke XV.

http://www.mim.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=230&Itemid=294

Profil[sunting | sunting sumber]

PENCAPAIAN CEMERLANG AKADEMIK

• 1995 - Pelajar Terbaik Keseluruhan antara Universiti Malaysia ( Yayasan Tunku Abdul Rahman )

• 1994 - Anugerah Biasiswa Akademik daripada Cambridge Commonwealth Trust Fund kepada pelajar cemerlang daripada Negara-Negara Komanwel

• 1994 - Pingat Emas Mahasiswa Terbaik Keseluruhan Universiti Islam Antarabangsa

• 1989 - Pingat Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Sekolah Alam Shah, Kuala

Lumpur


LANTIKAN - LANTIKAN AKADEMIK

• 2012 - Profesor Adjunct di ISTAC (UIA)

• 2010 - kini - Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM)

• 2009 - 2018 - Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

• 2009 - Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu (UiTM)

• 2006 - 2009 - Profesor Madya / Profesor Pelawat KUTPM / Management and Science University (MSU)


KHIDMAT KEPADA PERSEKUTUAN / KEBANGSAAN

1998 - 2018

Bekas Konsultan / Ketua Jabatan / Penasihat Rasmi kepada :

i) YAB Perdana Menteri Malaysia ke - 6 (2009 - 2018)

ii) YAB Timbalan Perdana Menteri (2003 - 2009)

iii) YB Menteri Pendidikan (1998 - 2003)


2004 - 2018

Bekas Penulis Khas Titah-Titah Rasmi

Kepada - Seri Paduka - Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

yang ke 13, 14 dan 15

Bagi Pihak Pejabat Perdana Menteri Malaysia (Goverment of The Day)


• GRED JAWATAN TERAKHIR (SEHINGGA 15 FEBRUARI 2018)

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) : TURUS III


Pengalaman di Bidang Korporat sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Syarikat-Syarikat Berhad dan Sendirian Berhad

(Semenjak 1997 hingga Kini)


DARJAH DARJAH KEBESARAN/ BINTANG/ PINGAT

• 2016 - Darjah Seri Mahkota Wilayah ( SMW ) dikurniakan oleh SPB YDPA ke-14

• 2013 - Darjah Persekutuan Yang Amat Dihormati Panglima Setia DiRaja Pangkat Pertama ( PSD ) dikurniakan oleh SPB YDPA ke-14

• 2012 - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati ( DGMK ) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah

• 2009 - Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang ( DSAP ) dikurniakan Oleh DYMM Sultan Pahang

• 2009 - Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) dikurniakan oleh TuanYang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

• 2009 - Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai ( JP ) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

• 2009 - Darjah Ahli Cura Si Manja Kini ( ACM ) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

• 2008 - Darjah Ahli Mahkota Perak ( AMP ) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

• 2006 - Bintang Setia Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah ( BMS ) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah

• 1995 - Pingat Emas Tunku diAnugerahkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman

• 1994 - Anugerah Pelajaran DiRaja / Pingat Jaya Cemerlang ( PJC ) dianugerahkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu


JASA BAKTI DAN KHIDMAT DI PERINGKAT PERSEKUTUAN

1. Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP )

2. Ahli MAJLIS Universiti Islam Antarabangsa ( UIA )

3. Pengerusi Lembaga Penasihat - Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM )

4. Ahli Lembaga Pengarah FINAS

5. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak Anak Yatim Sultanah Haminah( YAYSH )

6. Ahli Lembaga Pengarah SuruhanJaya Syarikat Malaysia ( SSM )

7. Ahli Lembaga Pengarah dan Pengasas Yayasan Atlet Kebangsaan( YAKEB )

8. Ahli Lembaga Pengarah Halal Development Corporation Berhad ( HDC )

9. Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Penyelidikan Transformasi ( FORT )

10. Pengerusi Yayasan Mustika Kasih ( YMK )


ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

• 2013 - Tokoh Hall of Fame Sempena Sambutan 50 Tahun Penubuhan Sekolah Alam Shah (1963 – 2013)

• 2011 - Tokoh Alumni (Pencapaian Khas) Universiti Islam Antarabangsa

• 2009 - Tokoh Cemerlang ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur)


PENCAPAIAN CEMERLANG KO-KURIKULUM PERINGKAT MENENGAH

DAN UNIVERSITI

• 1992 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1991 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1990 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia

• 1988 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja

• 1988 - Pembahas Terbaik Keseluruhan Piala Perdana Menteri

• 1987 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja

• 1985 - Johan Pidato Peringkat Negeri ( Wilayah Persekutuan )


PENGALAMAN PROFESIONAL

• Rakan Kongsi Utama : Firma Guaman Khairil & Co.

• Pakar Runding Pemikiran Strategik dan Pakar Runding Motivasi

• Pendraf Pakar Bidang Undang-Undang Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

• Pensyarah Undang-Undang dan Undang-Undang Syariah - Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ), Universiti Malaya (UM ) dan serta beberapa Kolej swasta UiTM

• Penulis Skrip Profesional kepada Radio dan TV ( RTM )

• Moderator Profesional

• Penterjemah Profesional ( DBP )


PENULISAN DAN PENERBITAN

• 2017 - Ketua Editor : Falsafah Asas TN50

• 2018 - Penulis : Politik dan Pilihan Raya di Malaysia, 25 Isu Lazim: Persoalan Hukum-Hakam

• 2016 - Penulis: Najib Razak Berjiwa Besar : Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini)

• 2016 - Penulis : Evolusi Kepimpinan III : Kesetiaan Sepanjang Hayat

• 2016 - Ketua Penulis dan Editor Kanan : Jawabul Jawab : Titah-Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIV dan Ucapan Balas Taat Setia YAB Perdana

• 2015 - Penulis dan Ketua Editor : Bajet - Bajet Transformasi Menjelang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)

• 2014 - Penulis: Dustur Wa Salatin : Perlembagaan dan Para Sultan

• 2014 - Penulis : Ketua Editor : 11 Pidato Terpilih Najib Razak

• 2012 - Editor : Global Movement of Moderates

• 2012 - Editor : Transformasi Politik

• 2013 - Penulis : Evolusi Kepimpinan III: Permata Nilam Siyasah Melayu (Rahman, Razak, Hussein dan Mahathir)

• 2011 - Penulis : Evolusi Kepimpinan II: Cetusan Lanskap Politik Malaysia

(Razak, Mahathir, Abdullah dan Anwar)

• 2011 - Penulis : Evolusi Kepimpinan IV: Transformasi Bitara Najib Razak

• 2011 - Penulis : Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia

• 2011 - Editor : Perkhidmatan Awam, Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan

• 2011 - Editor : Menjuarai Transformasi

• 2010 - Editor : Jawapan Najib

• 2010 - Editor : Transformasi Minda, Memeta Wawasan Melaksana Amanah

• 2009 - Penulis : Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih

• 2009 - Editor : Menakhoda Zaman / Helming The Times

• 2009 - Editor : Kewartawanan Malaysia: Praktis & Cabaran Dalam Era Revolusi Digital


ANUGERAH - ANUGERAH SERTA PENCAPAIAN KHAS

2018 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara Kategori Buku Kepimpinan : Falsafah Asas TN50

2017 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara Kategori Buku Kepimpinan : Najib Razak Berjiwa Besar : Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik ( 1976 – Kini )

2016 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara Kategori Buku Patriotisme : Evolusi Kepimpinan III : Kesetiaan Sepanjang Hayat

2015 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara

2016 - Pemenang Anugerah Perdana - Kategori Buku Sejarah: Dustur Wa Salatin - Perlembagaan dan Para Sultan

2010 - Pemenang Anugerah Perdana, Anugerah Buku Negara Kategori Buku Kepimpinan: Evolusi Kepimpinan I:Tinjauan Teori-Teori Terpilih


RUJUKAN

i. YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6

ii. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Menteri Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih". MPH Publishing.