Khairul Anuar Latip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khairul Anuar Latip
Kelahiran (1969-04-18) 18 April 1969 (umur 55)
Nama lainKhairul Albakri
PekerjaanPenerbit, pengarah TV, penulis
Tahun aktif1990–kini

Khairul Anuar Latip (lahir 18 April 1969) merupakan seorang penerbit, pengarah[1] dan penulis Malaysia yang aktif didalam penerbitan rancangan televisyen dan filem. Dengan menggunakan nama pena Khairul Albakri, beliau juga melibatkan diri didalam penulisan konsep dan skrip untuk dokumentari dan rancangan drama TV.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Khairul Anuar Latip dilahirkan di daerah diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 April 1969. Beliau mendapat pendidikan awal di SKBRU, Gemencheh, Negeri Sembilan, sebelum menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Ampangan, Seremban (1983-1986) dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya sebagai pekerja am di syarikat Barney Studio Sdn Bhd[2] (1988), yang aktif didalam penerbitan iklan, beliau melangkah ke beberapa peringkat untuk mendalami pengetahuan didalam bidang penerbitan filem. Beliau melalui proses pembelajaran melalui pengalaman bekerja sebagai krew teknikal, pembantu jurulampu, juru audio (menggunakan Nagra ketika itu), film loader dan focus puller sehinggalah kepada menjaga Peralatan dan Pengarah Seni. Bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah dan penerbit, beliau mengambil peluang untuk memahami aspek pengurusan produksi melalui jawatan Penyelaras Penerbitan, yang ditawarkan kepadanya pada akhir tahun 1990. Bagaimanapun setelah lebih 3 tahun bersama Barney Production, beliau telah memilih untuk meninggalkan syarikat itu pada pertengahan tahun 1991 untuk mencari peluang bekerja didalam penerbitan TV.

Mula bergiat aktif[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1992, beliau ditawarkan untuk bekerja sebagai pengurus produksi di Syarikat Produksi Seni 2020[3] yang diterjui oleh Nancie Foo, Wendy Wong dan Eddie Pak (Alif Najmi). Projek TV pertama yang dipertanggungjawabkan kepada beliau ialah siri Kisah Benar yang bersiaran di TV3 selama 12 tahun (1992-2004). Projek ini telah memberi beliau pengalaman yang sangat berguna kerana puluhan episod telah diterbitkan.

Bermula dari situ, beliau banyak terlibat didalam penerbitan drama bersiri yang lain seperti Bicara Hati, siri penyiasatan Crime Forces dan juga beberapa buah cerekarama dan Layar Mutiara sebelum Astro mewujudkan slot telemovie di pertengahan tahun 90an.

Pada tahun 1994, beliau meninggalkan Produksi Seni 2020 apabila ditawarkan untuk bersama Ogy's Production. Bersama syarikat yang diterjui oleh seniwati Ogy Ahmad Daud, beliau sempat bekerjasama bagi menerbitkan 2 buah telemovie; Bulan Madu dan Sindiket Si Hitam. Namun, beliau agak sulit untuk menyesuaikan diri. Pada penghujung tahun 1994, beliau meninggal Ogy's Production untuk bersama-sama Eddie Pak (Alif Najmi), mendiang Rambo Chin dan beberapa rakan yang lain menubuhkan United Movie Sdn Bhd[4]. Pelbagai tajuk drama telah diterbitkan, antaranya Di Persimpangan (TV3), Salah Siapa (RTM) dan Misteri Bulan Madu (Astro) yang difilemkan di New York, Pennsylvania dan Atlantic City, Amerika Syarikat.

Penglibatan penerbitan filem[sunting | sunting sumber]

Ketika di United Movie, Khairul Anuar dipertanggungjawabkan menguruskan operasi penerbitan syarikat. Pada awal tahun 1995, atas persetujuan bersama Khairul dan Eddie Pak telah menerbitkan filem sulung Syarikat United Movie, bertajuk Litar Kasih yang dibintangi oleh Azhar Sulaiman, Faizal Hussein, Linda Rafar dan Aisyah Atan. Beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan Eddie Pak sebagai pengarah dan penerbit. Bagaimanapun filem ini menjadi kontroversi apabila menjadi filem melayu pertama di klasifikasikan 18SX setelah hampir 8 babak penting terpaksa disunting. Tindakan itu telah mencacatkan keseluruhan plot dan mood cerita tersebut. Kecewa dengan apa ketetapan LPF itu, beliau bertekad untuk tidak mahu menerbitkan filem dan beliau bertindak meninggalkan United Movie untuk membuka syarikatnya sendiri KayRoll Entertainment yang di khususkan untuk penerbitan rancangan TV.

Pada tahun 1999, beliau ditawarkan untuk bersama Double Vision. Sepanjang bersama Double Vision (1999 - 2010), Khairul telah menerajui pelbagai program TV sebagai Penerbit Eksekutif dan Pengawal Penerbitan rancangan Melayu. Pada tahun 2004-2007, beliau telah dihantar ke Jakarta, Indonesia sebagai Penasihat Penerbitan dan Penerbit Eksekutif bagi membentuk cawangan produksi Double Vision Indonesia. Sekembalinya dari Jakarta, beliau meneruskan tanggungjawab bersama Vision New Media dan sempat menerbitkan sebuah filem Sini Ada Hantu (2011) arahan James Lee sebelum meninggalkan Double Vision dan membuka syarikat Filmmecca Studio Sdn Bhd [5] yang diusahakan bersama rakan dibawah payung FM Productions Group.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "http://cinemamalaysia.com.my/crew/info/?id=Khairul_Anuar_Bin_Latip_fDEwMDV8". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-26. Dicapai pada 2013-12-25. External link in |title= (bantuan)
  2. ^ Barney Production [pautan mati]
  3. ^ "Syarikat Produksi Seni 2020". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-27. Dicapai pada 2013-12-25.
  4. ^ United Movie Sdn Bhd
  5. ^ Filmmecca Studio Sdn Bhd

Pautan luar[sunting | sunting sumber]