Khairulizam Abdul Ghani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khairulizam Abdul Ghani merupakan blogger Aduka Taruna di laman blog adukataruna.blogspot.com. Pada 29 Januari 2010, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban kerana menghina kemangkatan almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan rakyat Johor . Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kesalahan itu dilakukan di rumahnya No. 297 Rumah Rakyat Panchor , Paroi, Seremban antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, 22 Januari 2010.

Laporan polis[sunting | sunting sumber]

Khairulizam memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasanya. Artikel 3 baris yang dihantar turut dipadam . Tetapi telah disalin dan 'prtscr' oleh pengunjung lain. Namun blogger trsebut masih mempertahankan ideologinya.

31 laporan polis telah dibuat oleh rakyat Johor yang tersinggung dengan cercaan itu. Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan menerima laporan polis daripada Ketua Pemuda UMNO Johor , Fadhil Maskon pada 24 Januari 2010 jam 6.30 petang.Lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar Johor. [1] IPD Batu Pahat menerima 4 laporan polis ; Johor Bahru Selatan (3) dan IPD Seri Alam (1) . Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menubuhkan satu pasukan khas menyiasat perkara tersebut . Difahamkan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Khairulizam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.40 petang, 26 Januari 2010.[2] Majistret Azrol Abdullah di Kota Baharu memerintahkan dia ditashan reman selama 4 hari.

Pda 26 Januari 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mulanya menerima permohonan maaf secara terbuka itu dan menyatakan tidak akan didakwa [3]. Permohonan maaf secara formal mestilah dibuat kepada Sultan Johor dan pihak terbabit. Bagaimanapun kenyataan diperbetulkan kemudian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan bahawa permohonan maaf tidak mencukupi di atas kesalahan seumpama itu . Penulis artikel yang menghina Sultan Perak pada 2008 telah didakwa di mahkamah di bawah akta yang sama.

Cyber Security Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pelbagai pihak lain boleh mengesan ip seseorang.

Pendakwaan[sunting | sunting sumber]

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud menggesa agar Khairulizam di ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport antarabangsanya. Peguam Mohd. Radzlan Jalaludin merayu wang jaminan dikurangkan kepada RM5000 kerana Khairulizam bakal berkahwin esok. Khairulizam Abdul Ghani (29 tahun) seorang juruteknik komputer sambilan akan melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari 2010.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zambri Abu Bakar mengendalikan kes itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama. Jika bersalah , boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. Sebutan semula kes pada 31 Mac 2010.

Perbandingan kes[sunting | sunting sumber]

Laman web yang menghina Raja Thailand mencetuskan kemarahan rakyat Thailand . Pelajar Malaysia yang belajar di Taiwan , Namewee pernah mencetuskan kontroversi kerana mengubahsuai lagu Negaraku tetapi tidak pula didakwa . Beberapa blogger lain turut didakwa kerana menghina Sultan Perak.

Ramai blogger tidak menyedari komputer mereka boleh dipantau menerusi Alamat IP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita menggugat keharmonian negara

Pihak enjin carian Google mahu menghentikan perkhidmatannya di negara China jika terlalu banyak sekatan dilakukan.

Perundangan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perundingan Malaysia tidak membezakan penulis blog umum dengan penulis terbitan umum yang biasa, dengan itu blog dianggap satu penerbit sama seperti percetakan biasa. Oleh itu pemilik/penulis blog tertakluk dengan perundangan sama. Di antara akta-akta yang meliputi aktiviti blog termasuk seperti berikut:-

  1. Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
  2. Akta Fitnah 1975
  3. Akta Rahsia Rasmi 1972
  4. Akta Iklan Lucah 1953
  5. Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
  6. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
  7. Akta Hakcipta 1987
  8. Akta Kesalahan Komputer 1997 [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]