Khalid Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khalid Abu Bakar

PMN, PSM; SPMP; SSAP; JMN
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia ke-10
Dalam jawatan
17 Mei 2013 – 4 September 2017
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Didahului olehIsmail Omar
Digantikan olehMohamad Fuzi Harun
Butiran peribadi
Lahir (1957-09-05) 5 September 1957 (umur 66)
Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPegawai polis

YDH KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (lahir 5 September 1957) ialah bekas Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-10. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak dan bersara wajib secara pilihan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin menjadi timbalannya.[1]

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Hussin Bin Haji Ismail yang bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Khalid yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976.[1]

Ketua dalam PDRM[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Khalid pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.[1]

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.[1]

Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.[1]

Pada 17 Mei 2014, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah antara 243 orang yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Dato' Seri'.[2][3]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tindakan terhadap Mualaf Ridzuan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Julai 2014, Hakim Lee Swee Seng di Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara (KPN) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya. Permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah. Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September 2014.[perlu rujukan]

Peguam Indira ialah M Kula Segaran (ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP)). Jabatan Peguam Negara mewakili Khalid selaku pegawai polis tertinggi negara. Kes ini merupakan menjadi mercu tanda kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.

Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira. Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009. Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam. Namun pada Julai 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu lalu memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut Perlembagaan Malaysia. Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.

Khalid selaku KPN enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan daripada kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Beliau mengatakan bahawa polis tersepit antara dua sistem mahkamah.[4]

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Berhad pada 5 September 2017.[5] Walaubagaimapun, beliau telah metelakkan jawatan setahun kemudian tanpa sebab dinyatakan.[6] Beliau kini memegang jawatan sebagai pengerusi syarikat filem Multimedia Entertainment.[7]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai penerbit eksekutif kecuali dinyatakan
Tahun Tajuk Catatan
2021 Rumah Madu Ku Berhantu
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Rasuk
Biko
2023 War on Terror: KL Anarki
2024 Legasi Bomba: The Movie Pos-produski
Perisik
Takluk: Inspirasi Lahat Datu

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Khalid Ketua Polis NegaraBH Online. Diarkibkan 2013-05-15 di Wayback Machine
  2. ^ "Azlan Man dianugerahkan SPMP membawa gelaran Dato' Seri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-18.
  3. ^ "Azlan Man MB Perlis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-18.
  4. ^ "Ketua polis ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-25. Dicapai pada 2014-07-25.
  5. ^ BERNAMA (2017-09-05). "Khalid dilantik Pengerusi Prasarana". Harian Metro. Dicapai pada 2024-03-28.
  6. ^ "Bekas IGP kini 'menganggur' lepas letak jawatan Prasarana". Malaysiakini. 2018-07-26. Dicapai pada 2024-03-28.
  7. ^ "About Us | Multimedia Group". www.multimedia.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-28.
  8. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.
  9. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.
  10. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]