Khalid Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Tan Sri
 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

Tan Sri Khalid Abu Bakar


Ketua Polis Negara Malaysia ke-10
Tempoh berjawat
17 Mei 2013 – kini
Didahului oleh Tan Sri Ismail Omar

Tan Sri Khalid Abu Bakar lahir pada 1957 adalah Ketua Polis Negara Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17hb Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menjadi timbalannya.[1]

Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Husin Bin Haji Ismail yang akan bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.

Awal Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Khalid yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976.

Ketua dalam PDRM[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Khalid pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.

Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.

Pada 17 Mei 2314, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah diantara 243 yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.[2], [3]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tindakan terhadap Mualaf Ridzuan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Julai 2014, Hakim Lee Swee Seng di Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara (KPN) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya. Permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah. Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September 2014.

Peguam Indira ialah M Kula Segaran (ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP)).Jabatan Peguam Negara akan mewakili Khalid selaku pegawai polis tertinggi negara.Kes akan menjadi mercutanda (landmark ruling) kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.

Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira.Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009.Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam.Namun pada Julai 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu dan memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut Perlembagaan Malaysia . Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.

Khalid selaku KPN enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan dari kedua-dua mahkamah sivil dan syariah, katanya polis tersepit antara dua sistem mahkamah.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]