Khazanah Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khazanah Nasional
Jenis Syarikat awam berhad tidak tersenarai milik kerajaan
Industri Perkhidmatan pelaburan
Ditubuhkan 1993
Ibu pejabat Kuala Lumpur,
Malaysia Malaysia
Perancang utama Mohd Najib bin Abdul Razak, pengerusi
Azman Mokhtar, pengurus
Produk tidak berkenaan
Hasil tidak diumumkan
Laman web www.khazanah.com.my

Khazanah Nasional Berhad ialah syarikat induk cabang pelaburan kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangannya yang diperbadankan pada bulan September 1993. Ia mengurus semua aset komersil kerajaan Malaysia dan merupakan pemegang amanah aset kewangan negara. Objektif tersuratnya adalah untuk "menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membuat pelaburan-pelaburan yang strategik bagi pihak kerajaan yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara".

Prinsip dan strategi[sunting | sunting sumber]

Prinsip-prinsip utama mandat Khazanah Nasional sebagai sebuah syarikat pelaburan termasuk:

  • Mencipta nilai boleh kekal
  • Meningkatkan upaya kebersaingan negara
  • Memupuk sebuah budaya berprestasi tinggi

Prinsip-prinsip tersebut dilaksanakan melalui empat langkah utama:

  1. Pelaburan warisan: Memperkemas, menyusun semula, dan memajukan;
  2. Pengubahan syarikat berkait kerajaan (GLC): Menaikkan nilai pemegang saham dan nilai strategik;
  3. Pelaburan baru: Membangun pasaran-pasaran baru dan pelaburan rentas sempadan; dan
  4. Pengurusan Modal Manusia: Memperkenalkan amalan pengurusan dan sistem ganjaran baru.

Pada tahun 2005, kebanyakan pelaburan Khazanah Nasional adalah dalam bidang-bidang kewangan, telekomunikasi, utiliti awam, perkhidmatan komunikasi, teknologi maklumat, dan pengangkutan. Contoh-contoh syarikat berkait Khazanah Nasional termasuk Proton, MAS, Kumpulan UEM, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Tenaga Nasional dan Astro.

Senarai pengarah urusan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]