Khieu Samphan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khieu Samphan
Pengerusi Presidium Negeri Demokratik Kampuchea
Dalam jawatan
11 April 1976 – 7 Januari 1979
Didahului olehNorodom Sihanouk
Digantikan olehHeng Samrin
Perdana Menteri Demokratik Kampuchea (Kemboja)
Dalam jawatan
4 April 1976 – 13 Mei 1976
Didahului olehSamdech Penn Nouth
Digantikan olehPol Pot
Butiran peribadi
Lahir (1931-01-27) 27 Januari 1931 (umur 93)
Kemboja
Parti politikKhmer Rouge

Khieu Samphan (lahir pada 27 Julai 1931) merupakan bekas Presiden Demokratik Kampuchea (Kemboja) dari 1976 hingga 1979. Beliau merupakan pemimpin yang sangat berkuasa semasa pergerakan Khmer Rouge memerintah Kampuchea. Beliau merupakan seorang China Kemboja.

Khieu Samphan merupakan seorang pemimpin pejuang Khmer Rouge yang bijak. Pernah belajar di Paris, Perancis pada 1950-an dalam jurusan ekonomi dan politik. Tahun 1959 mendapat PhD dengan tesis bertajuk 'Ekonomi dan Pembangunan Industri Kemboja'.

Beliau juga salah seorang pengasas Persatuan Pelajar Kemboja pada awal 1950-an yang darinya lahir pergerakan yang cenderung ke arah perjuangan kiri pada 1970-an yang akhirnya membentuk Khmer Rouge. Pada 1956 beliau mengasaskan Kesatuan Pelajar Khmer pula selepas Persatuan Pelajar Kemboja ditutup phak berkuasa.

Setelah pulang dari Paris selepas mendapat ijazah kedoktoran pada 1959, Khieu Samphan bertugas di Universiti Phnom Penh dan menerbitkan majalah L'Observateur menggunakan bahasa Perancis.

Pada 13 November 2007, Khieu Samphan dilaporkan diserang penyakit angin ahmar setelah terjatuh di rumahnya di Pailin, kubu kuat rejim Khmer Rouge. Pailin terletak di sempadan Thailand - Kemboja. Beliau dimasukkan ke Hospital Calmette, Phnom Penh atas arahan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. Kerajaan bimbang dipersalahkan jika Khieu Samphan mati tanpa mendapat rawatan.

Pada 12 November 2007 bekas Timbalan Perdana Menteri Khmer Rouge dan Menteri Luar Ieng Sary bersama isteri Ieng Thirith telah ditahan atas kesalahan jenayah ketika berkuasa. Ieng Thirith ilah Menteri Hal Ehwal Sosial. Bekas ideologis Khmer Rouge, Nuon Chea dan Kaing Guek Eav (Duch) telah ditahan pada Januari 2007 atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan. Peguam bela Khieu Samphan ialah Say Bory.

Buku Khieu Samphan bertajuk Reflection on Cambodian History Up to the Era of Democratic Kampuchea telah diterbitkan. Beliau menulis tentang Pol Pot dan dasar-dasar pemerintahannya yang sebenarnya tidaklah begitu zalim. Beliau banyak mempertahankan dasar-dasar semasa rejim Khmer Rouge dan menafikan terbabit dalam jenayah perang. Dasar-dasar kerajaan sekarang dikecam kerana banyak rasuah dan pelbagai penyakit sosial.

Pada 19 November 2007, selepas keluar dari hospital, Khieu Samphan telah ditahan oleh Tribunal Kemboja kerana jenayah perang dan hak asasi manusia. Beliau adalah pemimpin kanan ke-5 yang ditahan oleh Tribunal Kemboja kerana pembunuhan beramai-ramai Killing Field 1975-1979 yang menyebabkan kematian dan kebuluran seramai 1.7 juta penduduk.

Didahului oleh
Penn Nouth
Perdana Menteri Kemboja
1976–1976
Diikuti oleh:
Pol Pot