Khlong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Psar terapung Damnoen Saduak, wilayah Ratchaburi

Khlong atau 'klong' ialah terusan atau tali air yang terdapat di Thailand. Terusan ini berpunca dari Sungai Chao Phraya, Sungai Tha Chin dan Sungai Mae Khlong dan cawangannya. Istilah khlong bukan terbatas kepada terusan buatan tetapi juga bermaksud sungai yang lebih kecil.

Khlong yang terdapat di Bangkok berselirat atau bersilang-silang dan menyebabkan Bangkok digelar 'Venice di Timur'. Khlong popular digunakan untuk pengangkutan dan pasar-pasar terapung dan juga kumbahan. Hari ini, banyak khlong telah dikambus dan dijadikan jalan-jalan walaupun Thonburi masih lagi mengekalkan beberapa khlong yang besar.

Di pusat bandar Bangkok adanya Khlong Saen Saeb yang menyediakan perkhidmatan bot yanhg kekal penting sebagai pengangkutan awam.

Pasar terapung yang utama dan terkenal ialah Damnoen Dasuak di wilayah Ratchaburi.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain