Kidō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam siri manga dan anime Bleach, kidō (Jepun: 鬼道, secara literal bermaksud "kaedah golongan syaitan") merupakan sebuah bentuk sihir yang digunakan oleh golongan Shinigami.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Aizen Sōsuke mempamerkan penggunaan sihir pemusnahan #90, Keranda Hitam.

Sihir-sihir Kidō adalah digunakan oleh para Shinigami dalam dunia fiksyen Bleach untuk pelbagai jenis tujuan. Sihir-sihir ini wujud sebagai kaedah suatu serangan, ikatan dan penyembuhan. Seperti sihir kenvensional, kebanyakan daripada sihir-sihir tersebut memerlukan sebutan atau ucapan melalui kata-kata tertentu untuk mengaktifkan kesan mereka. Mereka dibentuk menerusi penyaluran tenaga semangat, di mana jampi yang disebut akan menumpukannya menjadi suatu kesan tersendiri. Seperti yang telah disebut oleh Shiba Ganju, asas kaedah kidō dan penyaluran tenaga semangat dalam erti dasar merupakan sejenis imej mental di mana seseorang individu itu membiarkan dirinya diselubungi sebuah bulatan yang dihuni kegelapan.[1]

Kebanyakan daripada sihir-sihir kidō telah dikategorikan kepada dua: sihir pengikatan (Jepun: 縛道, Hepburn: bakudō, secara literal diterjemah sebagai "kaedah mengunci") dan sihir pemusnahan (Jepun: 破道, Hepburn: hadō, secara literal diterjemah sebagai "kaedah kehancuran"). Kategori pertama adalah lebih umum, merujuk kepada mana-mana teknik yang direka untuk menghalang musuh, termasuklah sihir-sihir pengesan dan komunikasi. Namun sesetengah sihir pengikatan pula boleh mencederakan sasaran mereka, dan mungkin juga membunuh. Sebaliknya, sihir-sihir pemusnahan pula, digunakan dengan tujukan untuk mencederakan musuh, seringkali terdiri daripada sejenis tembakan atau letupan tenaga.

Mengecualikan sihir penyembuhan, yang tidak memerlukan sebarang jenis jampi mahupun nama untuk dihasilkan, sihir-sihir kidō adalah terdiri daripada empat buah langkah yang berbeza: menyebut secara zahir sihir tersebut (yang selalunya agak panjang), kategorinya (pengikat atau pemusnah), nombornya, dan akhir sekali nama penuhnya. Nombor kepada sesebuah sihir menentukan tahap kesukaran untuk menghasilkannya dengan betul dan berkesan (#1 adalah amat mudah untuk dihasilkan, #99 pula adalah teramat sukar untuk dicipta). Dengan latihan yang mencukupi, langkah pertama mampu dikuasai, membenarkan sihir-sihir kidō digunakan dalam pertarungan dengan pantas, dikenalpasti sebagai pintasan jampi (Jepun: 詠唱破棄, Hepburn: eishō haki, secara literal diterjemah sebagai "buang jampi"). Namun dengan berbuat demikian, kesan sihir tersebut akan berkurang, iaitu tahap kesan di mana ia adalah bergantung kepada kebolehan dalaman individu yang mencipta sihir tersebut.[2]

Kidō berpasangan boleh digabungkan sebagai satu kebolehan tertentu, seperti yang ditonjolkan oleh Kotetsu Isane apabila dia mempamerkan sihir #58 untuk mengesan lokasi Aizen Sōsuke dan Ichimaru Gin di dalam Soul Society, kemudiannya sihir #77 untuk menunjukkan maklumat tersebut kepada setiap kapten dan leftenan (termasuklah Kurosaki Ichigo dan rakan-rakannya).[3] Kuchiki Rukia juga telah menunjukkan kebolehan yang serupa, di mana dia telah menggunakan dua jenis sihir kidō pada waktu yang sama dengan mengulang-alik jampi sihir mereka.[4]

Kidō boleh juga digabungkan dengan bentuk-bentuk pertarungan para Shinigami untuk membentuk kebolehan-kebolehan unik, misalnya teknik teriakan berkilau (Jepun: 瞬閧, Hepburn: shunkō, secara literal; teriakan peperangan serta-merta) milik Shihouin Yoruichi, yang menggabungkan tenaga kidō dan kombat tangan (Jepun: 白打, Hepburn: hakuda) untuk menumpukan tenaga semangat di bahagian belakang bahu untuk pergerakan yang lebih pantas, serta meningkatkan kuasa serangan.

Sihir-sihir kidō yang dikenalpasti[sunting | sunting sumber]

Sihir pengikatan[sunting | sunting sumber]

  • 1. Halang (Jepun: , Hepburn: sai)[5] — Mengikat tangan musuh di belakang mereka.
  • 4. Tali Merangkak (Jepun: 這縄, Hepburn: hainawa)[6] — Sejenis tali semangat memutar dan mengikat lengan musuh.
  • 9. Serang (Jepun: , Hepburn: geki)[7] — Menyelubungi sasaran dalam cahaya merah, sekaligus melumpuhkan mereka.
  • 39. Perisai Arka (Jepun: 円閘扇, Hepburn: enkosen) — Menyeru sebuah perisai dengan tenaga semangat pekat untuk menghalang serangan musuh.[8]
  • 58. Menyeru Burung-burung Pipit Penjejakan (Jepun: 摑趾追雀, Hepburn: kakushitsuijaku)[9] — Mengesan dan mengenalpasti sebarang tenaga semangat yang ditumpukan pengguna. Untuk mengaktifkannya, pengguna harus melukis sebuah bulatan di atas tanah, dipisah menjadi empat dengan huruf tertentu dalam setiap satu. Jampinya menggerakkan bulatan tersebut, mengakibatkan beberapa buah nombor untuk muncul di dalamnya sehingga set tertentu dijumpai. Set nombor ini dilihat berkaitan dengan longitud dan latitud.
  • 61. Enam Rod-rod Penjara Cahaya (Jepun: 六杖光牢, Hepburn: rikujōkōrō)[10] — Menyeru enam buah sinaran cahaya yang nipis namun lebar yang menembusi bahagian dada musuh, mengakibatkan mereka gagal untuk bergerak.
  • 62. Pagar Seratus Langkah (Jepun: 百歩欄干, Hepburn: hyapporankan)[11] — Sebuah rod dibentuk oleh tenaga dilontar ke ara sasaran sebelum ia berpecah menjadi beberapa buah rod pendek yang digunakan untuk menggagalkan sebarang pergerakan sasaran dan melekapkan mereka di kawasan sekitar.
  • 63. Rantai Pengikat Berbelok-belok (Jepun: 鎖条鎖縛, Hepburn: sajō sabaku) — Musuh dibungkus daripada kawasan leher dan ke bawah dalam sebuah rantai tebal.
  • 75. Kuintet 1 kan Tiang-tiang Berbesi (Jepun: 五柱鉄貫, Hepburn: gochūtekkan)[12] — Menyeru lima buah tiang yang sangat tinggi dan tebal untuk menikam sasaran ke tanah.
  • 77. Beca Sakti Dalam Udara Sutera (Jepun: 天挺空羅, Hepburn: tenteikūra)[13] — Menghantar mesej kepada sesiapa sahaja di dalam sesebuah kawasan. Selain daripada menyebut jampi sihir ini, pengguna juga harus melukis beberapa lambang tertentu pada lengan mereka, yang digerakkan oleh sihir tersebut untuk menghantar mesej.
  • 81. Memisah Kekosongan (Jepun: 斷空, Hepburn: dankū)[14] — Mencipta sebuah perisai semangat di dalam bentuk dinding segi empat. Menurut Byakuya, ia mampu menghentikan sihir-sihir pemusnahan shingga tahap #89.
  • 99, Bahagian 1. Halang (Jepun: , Hepburn: kin) — Mengunci tangan musuh dengan fabrik spiritual dan bebatang besi.[15]
  • 99, Bahagian 2. Kunci Ulung (Jepun: 卍禁, Hepburn: bankin) — Kesan-kesan sihir ini terbahagi kepada tiga buah "lagu":
    • Lagu Pertama: Fabrik Penghenti (Jepun: 初曲・止繃, Hepburn: shokyoku: shiryū) menutupi musuh.
    • Lagu Kedua: Seratus Selak Berpaut (Jepun: 弐曲・百連閂, Hepburn: nikyoku: hyakurensan) menikam musuh dengan beberapa bilah besi.
    • Lagu Terakhir: Kunci Ulung 10,000 yang Menggerunkan (Jepun: 終曲・卍禁太封, Hepburn: shūkyoku: bankin taihō)[16] menghancurkan sasaran dengan sebuah kubus besi gergasi.

Sihir pemusnahan[sunting | sunting sumber]

  • 1. Tujah (Jepun: , Hepburn: shō)[17] — Menolak musuh jauh daripada pengguna.
  • 4. Kilat Putih (Jepun: 白雷, Hepburn: byakurai)[18] — Menembak suatu kilat putih daripada jari telunjuk pengguna.
  • 31. Tembakan Api Merah (Jepun: 赤火砲, Hepburn: shakkahō)[19] — Menembak sebiji bebola api merah ke sasaran.
  • 33. Api Biru, Hempas ke Bawah (Jepun: 蒼火墜, Hepburn: sōkatsui)[20] — Menembak beberapa tembakan berwarna biru ke arah musuh dalam kaedah yang serupa kepada sihir ke-31, namun kawasan serangannya lebih meluas dan kuasanya lebih tinggi.
  • 54. Penghapusan Api (Jepun: 廃炎, Hepburn: haien)[21] — Menembak letupan api berwarna ungu yang mampu membakar musuh secara menyeluruh apabial bersentuhan.
  • 58. Langit Orkid (Jepun: 闐嵐, Hepburn: tenran)[22] - Serangan puting beliung gergasi dilepaskan ke arah sasaran.
  • 63. Meriam Petir Mengaum (Jepun: 雷吼炮, Hepburn: raikōhō)[23] — Menembak gelombang kilat berwarna kuning ke arah sasaran.
  • 73. Teratai Kembar Berapi Biru, Hempas ke Bawah (Jepun: 双蓮蒼火墜, Hepburn: sōren sōkatsui)[24] — Pada dasarnya ini merupakan versi kembar kepada #33, ia menembak dua letupan api biru dengan potensi yang lebih tinggi.
  • 88. Serangan Naga Terbang, Meriam Kilat, Penggegar Syurga (Jepun: 飛竜撃賊震天雷砲, Hepburn: hiryūgekizokushintenraihō)[25] — Menembak serangan tenaga semangat yang pekat, berupa seperti tembakan laser.
  • 90. Keranda Hitam (Jepun: 黒棺, Hepburn: kurohitsugi)[26] — Membentuk sebuah kotak dengan tenaga hitam disekeliling tubuh musuh, yang kemudiannya ditembusi oleh berpuluh-puluh "tombak" semangat, mencederakan seluruh tubuh badan sasaran. Aizen menyatakan bahawa sihir tersebut hanya mencapai satu per tiga tahap sebenarnya apabila dia dilihat menggunakannya pertama kali, dalam erti kata lain sihir tersebut mempunyai tahap yang lebih membahayakan jika digunakan dengan penuh. Fungsi serta rupanya mempunyai rujukan kepada sejenis tipu helah ahli sihir biasa, termasuklah sejenis alat menyeksa yang digunakan pada zaman Penyiasatan Sepanyol.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Sihir-sihir berikut tidak dikategorikan dengan tepat.

  • Kedutan Putih (Jepun: 白伏, Hepburn: hakufuku)[27] — Meskipun tidak dilihat secara zahir, Hinamori Momo dikatakan telah menggunakan sihir ini apabila dirinya dikunci untuk menghancurkan kawasan sekitarnya. Siri anime mencadangkan bahawa sihir ini adalah dikategorikan sebagai sihir pengikatan, namun tidak memberikan nombor tertentu.
  • Pintu Cermin (Jepun: 鏡門, Hepburn: kyōmon)[28]Hitsugaya Tōshirō menggunakan sihir ini untuk mengunci bilik hospital Hinamori Momo. Sihir ini mencipta sebuah perisai berupa gelas yang sukar untuk dihancurkan dari serangan luaran, namun mudah dihancurkan melalui serangan dalaman.
  • Hantu Terbalik (Jepun: 反鬼, Hepburn: hanki)[29] — Teknik ini menggagalkan kidō musuh dengan menyerang mereka dengan serangan tenaga yang berlawanan. Yoruichi menggunakan teknik ini terhadap shunkō Soifon.
  • Stasis Duniawi (Jepun: 時間停止, Hepburn: jikanteishi)[30] — Sejenis sihir yang diharamkan, digunakan oleh Tessai disamping kūkanten'i. Kesan sebenar sihir ini tidak dapat dipastikan.
  • Sesaran Ruang (Jepun: 空間転位, Hepburn: kūkanten'i)[31] — Sejenis sihir yang diharamkan, digunakan oleh Tessai disamping jikanteishi untuk menghantar secebis ruang daripada satu lokasi ke lokasi seterusnya, termasuklah sihir-sihir 'kidō yang aktif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Manga Bleach; bab 81, hlm. 13 dan 14.
  2. ^ Bleach Episod 62, Gin memberi komen kepada Aizen terhadap gayanya mengendahkan jampi sihir kidō sebagai "mengerikan", namun Aizen membalas dengan berkata bahawa sihir yang diciptanya hanya mempunyai satu per tiga kuasa sebenarnya.
  3. ^ Manga Bleach; bab 172, hlm. 4.
  4. ^ Manga Bleach; bab 266, hlm. 15.
  5. ^ Manga Bleach; bab 1, hlm. 16.
  6. ^ Manga Bleach; bab 266, hlm. 14.
  7. ^ Anime Bleach; episod 9. Jampinya disebut dalam bab 21, halamn 17, namun ia dihentikan
  8. ^ Manga Bleach, bab 322, hlm. 16
  9. ^ Manga Bleach; bab 172, hlm. 4.
  10. ^ Manga Bleach; bab 142, hlm. 9.
  11. ^ Manga Bleach; bab 324, hlm. 13.
  12. ^ Manga Bleach; bab 218, hlm. 6.
  13. ^ Manga Bleach ; bab 172, hlm. 8-9.
  14. ^ Manga Bleach; bab 302, hlm. 7.
  15. ^ Manga Bleach; bab 61, hlm. 16.
  16. ^ Manga Bleach; bab 64, hlm. 5.
  17. ^ Manga Bleach; bab 301, hlm. 6.
  18. ^ Manga Bleach; bab 165, hlm. 11.
  19. ^ Manga Bleach; bab omake-17, hlm. 25.
  20. ^ Manga Bleach; bab 9, hlm. 9.
  21. ^ Manga Bleach; bab 213, hlm. 15.
  22. ^ Manga Bleach; bab 323, hlm. 5-6.
  23. ^ Manga Bleach; bab 177, hlm. 13.
  24. ^ Manga Bleach; bab 266, hlm. 16.
  25. ^ Manga Bleach; Patah Kembali Bandul 10, bab -98, hlm. 10-11.
  26. ^ Manga Bleach; bab 176, hlm. 11.
  27. ^ Manga Bleach; bab 129, hlm. 16.
  28. ^ Manga Bleach; bab 168, hlm 10.
  29. ^ Manga Bleach; bab 159, hlm. 3.
  30. ^ Manga Bleach; Patah Kembali Bandul 11, bab -98, hlm. 17.
  31. ^ Manga Bleach; Patah Kembali Bandul 11, bab -98, hlm. 17.