Kijiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kijiya
GenreAksi
Fantasi
Luar biasa
Komik
PelukisZint
PenerbitArt Square Creation
DemografikShonen
Majalah AsalMajalah Utopia (dahulu)
Tarikh PengeluaranJun 2008April 2016
Jilid15 (Senarai jilid-jilid)
Novel grafik
PelukisZint
PenerbitKumpulan Art Square
Penerbit LainKodokawa Gempak Starz
DemografikShonen
Portal Komik dan Novel

Kijiya ialah sebuah komik hitam putih bergenre aksi dan fantasi karya Zint. Komik ini telah mula disirikan pada pertengahan tahun 2008 di dalam majalah dwi-mingguan Utopia. Tetapi disebabkan penamatan Utopia pada 15 Jun 2011, komik ini disambung dalam bentuk novel grafik sejak jilid pertama pada Januari 2009 dan berakhir pada jilid yang ke-15 pada April 2016.

Komik bersiri ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang bergelar ahli sihir menentang makhluk yang digelar "Pelesit" untuk melindungi manusia. Kijiya adalah watak utama Komik ini.

Plot[sunting | sunting sumber]

Selepas bencana Tsunami menimpa manusia, makhluk-mahluk jahat yang dipanggil pelesit telah muncul dari kegelapan. Pelesit-pelesit ini membunuh manusia untuk menunjukkan siapa yang layak menguasai bumi. Sekumpulan manusia yang mampu membunuh pelesit telah tampil dan bergabung untuk menentang makhluk tersebut. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan dengan penubuhan sebuah unit askar melawan pelesit. Mereka yang mampu membunuh pelesit ini digelar ahli sihir.

Kijiya, seorang budak nakal yang juga merupakan seorang pelajar di Sekolah 0109 (Sek-0109) bersama-sama Laryu, Franjlin Ujin, dan Orka. Sek-0109 diajar oleh Master Kutaa, seorang ahli sihir matang. Semasa menjalankan misi di SN8, mereka bertemu dengan pelajar Sekolah 2071 (Sek-0109) yang lebih moden serta popular berbanding mereka. Sek-2071 menggunakan teknologi moden untuk berurusan dengan hal-hal pelesit, sementara Sek-0109 lebih kepada penggunaan kuasa luar biasa manusia. Ketika melakukan misi tersebut, mereka terserempak dengan seekor pelesit matang tahap 3 dan terpaksa berlawan dengan pelesit tersebut walaupun mereka masih bergelar pelajar. Kerana pelesit tersebut lebih kuat daripada mereka, Laryu, Ujin dan Okra tewas lantas tidak sedarkan diri. Maka tinggallah Kijiya berseorangan menentang pelesit tersebut. Dia yang merupakan seorang manusia separuh pelesit terpaksa menggunakan kuasa pelesitnya dengan memakan sebiji epal jampi yang diberikan oleh Master Kutaa sebelum mereka pergi menjalankan misi. Dengan kuasa pelesit itu, Kijiya berjaya menumpaskan pelesit tahap 3 tersebut dan mendapat ron tahap 3 daripadanya. Tapi, ketika itu, pelajar Sek-2071 muncul dan Kijiya pun berpura-pura tidak sedarkan diri kerana takut rahsianya terbongkar. Ron tahap 3 tadi telah dicuri oleh pelajar Sek-2071 dari tangan Kijiya yang berpura-pura tidak sedarkan diri. Dengan itu, Sek-0109 terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Setelah menghadapi pelbagai cabaran, pelajar Sek-0109 telah pergi ke East Park 23 untuk menjalani ujian menjadi ahli sihir tahap 1. Mereka telah berjaya lulus dalam ujian tersebut dan kini mereka telah mula menjalankan misi sebagai ahli sihir tahap 1.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Ahli sihir[sunting | sunting sumber]

Kijiya[sunting | sunting sumber]

Watak utama dalam siri ini. Dia adalah seorang remaja yang nakal tetapi baik hati. Kijiya ialah seorang ahli sihir dan mempunyai senjata "Dragon Head" yang berupa tongkat kayu yang mana kepala tongkatnya pernah dijadikan topeng oleh Kijiya. Kijiya juga memiliki kuasa pelesit oleh kerana beliau merupakan kacukan manusia dan pelesit. Ayah kepada Kijiya ialah Sharan yang merupakan seekor pelesit.Namun , ibunya merupakan seorang manusia biasa . Kuasa ini dia sembunyikan daripada rakan-rakannya kerana ditegah oleh Master Kutaa.

Laryu[sunting | sunting sumber]

Ketua pasukan ahli sihir bagi Sekolah Ahli Sihir 0109. Dia seorang yang sering senyum dan mempunyai sifat kepimpinan. Laryulah yang bertanggungjawab terhadap makanan ahli-ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Laryu berupa gasing kayu. Laryu adalah seorang anak yatim tanpa bapa. Ibunya pula sedang sakit. Laryu yang sibuk dengan kehidupan sebagai ahli sihir bagaimanapun tidak mengabaikan ibunya yang sakit itu. Dia menjadi ahli sihir untuk menyembuhkan ibunya yang separuh daripada rohnya telah dimakan oleh pelesit. Dia menjumpai Sekolah Ahli Sihir 0109 dalam usahanya mencari ahli sihir yang mampu mengubati ibunya.

Franjlin Ujin[sunting | sunting sumber]

Satu-satunya ahli perempuan dalam pasukan Kijiya. Dia seorang budak perempuan yang serius dalam pertarungan dan juga latihan, berbeza dengan Kijiya. Ujin sering bertikam lidah dengan Kijiya biarpun di dalam pertarungan. Ujin adalah anak perempuan pengarah Syarikat PTT Sdn. Bhd. yakni Franjlin Anes dan ayahnya merupakan seorang ahli sihir. Dia telah melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mencari ayahnya. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan Master Kutaa dan pelajar sekolah 0109 dan kemudian telah belajar untuk menjadi seorang ahli sihir. Senjata ahli sihir bagi Ujin ialah dua patah pistol kayu.

Okra[sunting | sunting sumber]

Teman sepasukan Kijiya yang rapat dengannya. Okra seorang yang kuat makan, disebabkan itu dia berbadan besar, dia juga merupakan ahli yang paling tinggi dalam pasukan ahli sihir Sekolah 0109. Senjata Okra ialah sepasang sudu dan garpu besar yang diperbuat daripada kayu yang diberi nama "Gaint garpu dan pisau". Okra juga mempunyai kuasa kikai Smash bomb. Dia berasal dari Kampung Hutanah dan merupakan anak kedua daripada dua adik beradik. Ibu bapanya mati ketika kampungnya diserang oleh pelesit. Abangnya pula mati selepas tiba di Sekolah 0109 kerana terlalu lemah akibat kelaparan . Okra menjadi seorang yang kuat makan kerana kata abangnya,yang mengatakan "Kalau kau tidak makan, macam mana kita mahu balas dendam demi ibu bapa kita ?"[1]

Master Kutaa[sunting | sunting sumber]

Cikgu kepada sekolah ahli sihir Kijiya iaitu Sekolah Ahli Sihir 0109. Kijiya dan rakan-rakannya memanggilnya sebagai Cikgu Kutaa tetapi cikgu-cikgu ahli sihir lain memanggilnya Master Kutaa kerana dia dikatakan seorang ahli sihir lagenda. Menurut Kijiya, Cikgu Kutaa merupakan seorang yang pemalas. Dia diberi tanggungjawab oleh ibu Kijiya untuk menjaga Kijiya. Senjata utamanya ialah Metal Defender-37.[2]

Cikgu Desea[sunting | sunting sumber]

Seorang cikgu ahli sihir yang berbadan sasa. Dia adalah seorang yang cacat anggota di mana kedua belah tangannya puntung. Pun begitu, dia seorang yang hebat dan boleh menggunakan kedua belah kakinya dan bahagian badannya yang lain dengan bijak.

Cikgu Zoe[sunting | sunting sumber]

Salah seorang penyelia East Park 23. Dia menyimpan perasaan terhadap Master Kutaa tapi tidak diendahkan. Pada bahagian 33, Cikgu Zoe tampil dengan gaya rambut baru. Dia bertekad untuk menjadi seorang ahli sihir selepas dia diselamatkan oleh Master Kutaa.

James[sunting | sunting sumber]

Salah seorang pelajar 2071 yang menyertai ujian untuk menjadi ahli sihir level 1. Dia seorang anak orang kaya dan berlagak. Dia telah jatuh hati terhadap Ujin selepas Ujin menyelamatkan dia semasa ujian menjadi ahli sihir level 1.

Irene[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar perempuan sari Sekolah 2071 yang merupakan kawan kepada James.

Black Jack[sunting | sunting sumber]

Seorang ahli sihir matang handalan yang mampu mengalahkan pelesit level 5. Dia mula muncul dalam siri in dalam bahagian ke-11.

Heavygear Joe[sunting | sunting sumber]

Seorang ahli sihir matang berbadan sasa dan tinggi. Dia mempunyai sifat suka meninggi diri. Kijiya dan rakan-rakannya mula menemui Joe ketika mereka datang ke East Park 23 untuk mengambil ujian menjadi ahli sihir level 1. Joe meminati Cikgu Zoe dan sering kali mengaku yang dia merupakan bekas teman lelaki Cikgu Zoe. Senjata Joe digelar full gear combat dan dia mempunyai kuasa soul machine.

Julia Eros[sunting | sunting sumber]

Seorang ahli sihir matang perempuan, berusia 22 tahun, yang memilik sebuah trak Bigfoot. Dia mula muncul pada bahagian 38 dalam misi pertama pelajar Sekolah 0109 sebagai ahli sihir level 1. Dia merupakan ahli sihir yang perlu dibantu oleh pelajar Sekolah 0109, untuk merentasi Seksyen 0239 ke Bandar Proton untuk menghantar EH ke sana.

Asa[sunting | sunting sumber]

Seorang ahli sihir yang merupakan teman wanita Kutaa selama 14 tahun. Dia telah mengenali Kijiya sejak Kijya lahir lagi. Dia merupakan kapten ahli sihir Sektor 9.Bontot mantap[3]

Pelesit[sunting | sunting sumber]

Pelesit ialah makhluk-makhluk yang merupakan musuh kepada manusia dan ditentang oleh para ahli sihir. Pelesit-pelesit mempunyai rupa yang berbeza dan saiz berbeza. Kemunculan pelesit bermula selepas bencana Tsunami melanda.

Sharan
Bapa kepada Kijiya dan telah mati dibunuh oleh ahli sihir.
Nisa
Pelesit tahap tinggi yang merupakan kawan kepada Sharan yang telah berjanji kepada Sharan untuk menjaga Kijiya, namun tidak tercapai kerana Kijiya dibawah jagaan Master Kutaa yang bukan tandingannya. Dia telah tercedera selepas bertembung dengan Master Kutaa semasa dia cuba untuk menculik Kijiy, dan kemudian diserang lagi oleh Borneo Brothers. Selepas diserang, dia telah ditemui oleh X-Bot milik Reda dan telah diselamatkan. Nisa menetap bersama Nisa sementara memulihkan kuasanya.
Borneo Brothers
Adik-beradik palesit yang ingin membunuh Kijiya tetapi kemudiannya dibunuh oleh Cikgu Kutaa.
Wild Dog
Mula muncul pada bahagian 43. Dia merupakan seekor pelesit gila yang mampu berubah menjadi seekor anjing ganas.
Judith Mullane
Pelesit yang ingin menakluki dunia. Sebelum ini dia dipenjarakan di South Station 84 tetapi telah membebaskan diri dengan bantuan sekumpulan bomoh.[4]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Reda
Seorang gadis buta yang tinggal bersama X-Bot di dalam hutan. Dialah yang telah menyelamatkan Nisa selepas Nisa diserang oleh Borneo Brothers. Reda sebenarnya merupakan robot yang digelar White Angel dan dicipta oleh seorang profesor dunia bernama Kuf. Dia dicipta bagi melindungi grave conmos daripada dirampas pelesit . Reda bagaimanapun telah dihapuskan oleh Mr Nisa bagi merampas kuasa Grave Conmos .
Uncle Pafka
Seorang peniaga di kampung berhampiran Sekolah Ahli Sihir 0109. Dia menjalankan urus niaga pertukaran ron kepada duit.
X-Bot
Robot milik Reda yang telah menemui Nisa yang cedera.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Ahli sihir[sunting | sunting sumber]

Ahli sihir merupakan manusia yang dikurniakan kuasa untuk menentang pelesit. Setiap ahli sihir mempunyai senjata-senjata yang berbeza-beza dan mereka berkemampuan menggugunakan "kikai" sejenis teknik menghapuskan pelesit. Ahli sihir mempunyai sekolah yang berlainan. Disebabkan ini, wujud persaingan untuk menunjukkan sekolah yang lebih hebat, paling tidak pun dikenali dan diakui orang ramai.

Pelesit[sunting | sunting sumber]

Pelesit ialah makhluk-makhluk yang merupakan musuh kepada manusia dan ditentang oleh para ahli sihir. Pelesit-pelesit mempunyai rupa yang berbeza dan saiz berbeza. Kemunculan pelesit bermula selepas bencana Tsunami melanda.

Ron[sunting | sunting sumber]

Ron ialah sebiji bebola kecil yang diperolehi selepas berjaya membunuh seekor pelesit. Tahap bagi sebiji ron ditentukan oleh kematangan pelesit yang dibunuh. Black Jack, salah seorang ahli sihir matang, berjaya mengumpul enam biji ron tahap 5 dan menukarkannya untuk 50,000 unit mata wang di East Park 23.[5]

Kikai[sunting | sunting sumber]

Kikai ialah kuasa istimewa para ahli sihir. Penggunaan kebolehan ini ditunjukkan buat pertama kalinya pada bahagian 6, semasa Kijiya dan rakan-rakannya berdepan dengan serangan roh.

EH[sunting | sunting sumber]

EH ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan alam sekitar yang bersih. Untuk sebulan hanya tiga botol dihasilkan. Penghasilan sebotol EH memerlukan 20,000 hingga 50,000 biji ron pelesit.[6]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 2008, Gala Unggul Resource telah menerbitkan Kijiya dalam majalah Utopia. Oleh kerana, majalah Utopia dibubarkan pada 15 Jun 2011 (isu 204), siri komik ini terhenti penerbitan dwibulanannya.

Novel grafik[sunting | sunting sumber]

Sehingga April 2016, lima belas buah novel grafik Kijiya telah dikeluarkan oleh ArtSquare. Judul novel grafik selepas yang pertama ditambah dengan perkataan Perancis yang membawa maksud nombor novel grafik tersebut. "Kijiya Deux" bermaksud "Kijiya Dua", "Kijiya Trois" bermaksud "Kijiya Tiga" dan seterusnya. Novel yang kelima dan seterusnya tidak mengikut tradisi ini.

Pada Januari 2009, novel grafik pertama Kijiya telah diterbitkan oleh Gala Unggul. Novel grafik ini mengandungi tujuh episod di dalamnya dan berformatkan hitam putih.[7] Pada bulan Mei 2009, novel grafik kedua Kijiya pula telah dikeluarkan.

Novel grafik Kijiya yang ke tiga berjudul Kijiya Trois telah dikeluarkan pada bulan Mac 2010 dan pada bulan Ogos 2010, Kijiya Quatre pula menyusul. Pada 11 Januari 2011, Zint memuat naik kulit novel grafik Kijiya jilid ke-5 pada blognya, dan memberi komen bahawa ia akan keluar pada bulan Februari.[8] Novel gravik tersebut telah dipasarkan pada penghujung Februari 2011.[9]

Barang jualan[sunting | sunting sumber]

Pihak Art Square telah menghasilkan baju bertemakan siri Kijiya ini. Baju tersebut dihasilkan dalam tiga jenis dan warna tunggal iaitu kelabu.

Kumpulan Art Square telah mengeluarkan buku nota Kijiya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zint (2010). Kijiya, bhg. 42. Gala Unggul.
  2. ^ Zint. (Februari 2011). Kijiya 5, lampiran 1. Gala Unggul
  3. ^ Zint. "78". Kijiya. m/s. 151-152. ISBN 9789673851744. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan)
  4. ^ Zint (2013). "75". Kijiya. Gala Unggul. m/s. 71. ISBN 9789673851744.
  5. ^ Zint (April 2009). Kijiya Deux, bhg. 11, m/s 78. Gala Unggul
  6. ^ Zint (2010). Kijiya, bhg. 39. Gala Unggul.
  7. ^ "Kijiya". GempakStarz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-11. Dicapai pada 2009-02-12.
  8. ^ Zint Zombie Mill di blog Zint, "kijiya5 will be on store in february thankz 4 the comment". Diambil pada 30 Januari 2011.
  9. ^ Profil Kijiya 5 Diarkibkan 2011-02-22 di Wayback Machine di lawan Gempak Starz. Capaian 28 Februari 2011.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]