Killerpilze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Killerpilze (2008)

Killerpilze ("Cendawan Pembunuh" dalam bahasa Jerman) ialah kumpulan pemuzik pop Jerman berasal dari Wertingen hampir Dillingen, Jerman.

Dengan lagu-lagu yang dikarangi sendiri, mereka telah menarik peminat ramai dalam negeri mereka dahulu. Pada musim bunga 2006, single sulung mereka "Richtig Scheiße" ("Betul-betul tahi", jika diterjemahkan secara harfiah) telah mencapai #17 di Jerman. Dari kemajuan pertama di carta kebangsaan Jerman, kumpulan Killerpilze ini telah memukau orang ramai, dengan membuat persembahan di Perancis, Poland, Republik Czech, dan juga Austria dan negara Jerman.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Johannes "Jo" Halbig (lahir 30 Julai 1989) ialah ahli pengasas Killerpilze, pemain gitar ritma, piano dan menyanyi.

Fabian "Fabi" Halbig (lahir 23 Disember 1992) pemain dram, adik lelaki Johannes.

Maximilian "Mäx" Schlichter (lahir 3 Julai 1988) pemain gitar utama dan menyanyi nyanyian iringan sejak 2002.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • 2006: Richtig scheiße (auf 'ne schöne Art und Weise) ... # 10 Austria, # 17 Jerman, # 62 Switzerland
  • 2006: Springt hoch (“Lompat”)... # 27 Austria, # 35 Jerman, # 40 Switzerland
  • 2006: Ich kann auch ohne dich (“Aku masih boleh hidup tanpa mu”)... # 13 Austria, # 30 Jerman, # 34 Switzerland
  • 2007: Liebmichhassmich (“Cintakubenciku”)... # 19 Jerman, # 32 Austria, # 83 Switzerland

Album[sunting | sunting sumber]

  • 2004: Von Vorne durch die Punkallee (“Terus Lebuh Punk”)
  • 2006: Invasion der Killerpilze (“Penyerangan Killerpilze”) (# 2 Austria, # 7 Jerman, # 47 Switzerland, # 62 Perancis)
  • 2007: Mit Pauken und Raketen (Dengan dram dan roket) ( # 14 Jerman, # 15 Austria, # 55 Perancis, # 58 Switzerland)