Kilometer sifar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kilometer sifar Semenanjung Malaysia di Johor Bahru.
Kilometer sifar jalan raya Perancis.

Di kebanyakan negara, kilometer sifar (juga ditulis 0 km) atau istilah sama dalam bahasa lain (juga dikenali sebagai kilometer kosong, penanda batu kosong, stesen kawalan atan titik kawalan) menunjukkan sesebuah lokasi khusus (biasanya terletak di ibu negara) dari sesuatu jarak yang diukur secara tradisional dan sebahagian negara menggunakannya sebagai lokasi atau koordinat rasmi sesebuah tempat bagi mempercepat pencarian di satelit angkasa. Ini juga digunakan untuk mengukur jarak antara sesebuah tempat dengan tempat yang lain. Secara sejarahnya, terdapat batu penanda pada kilometer sifar yang mana pemandu boleh menetapkan odometer mereka untuk mengikut arah pada awal buku panduan.[1]

Salah satu penanda itu ialah Milliarium Aureum ("Golden Milestone") dari Empayar Rom, yang dipercayai sebagai asal literal bagi pepatah Inggeris bahawa "semua jalan menuju Rom".

Di Malaysia, kilometer sifar bagi jalan raya di Semenanjung Malaysia terletak di depan Pejabat Pos Besar Johor Bahru dan bukannya di ibu negara di Kuala Lumpur sebagaimana kebanyakan negara lain. Ia berikutan jarak bagi ketiga-tiga laluan tulang belakang utama di Semenanjung Malaysia iaitu Laluan Persekutuan Malaysia 1, Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Laluan Persekutuan Malaysia 5 dikira dari Johor Bahru.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ohio Lincoln Highway Historic and Cultural Resources" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada September 6, 2006. Dicapai pada 2007-04-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "MELAKAfm - JELAJAH '0' KILOMETER". melakafm.rtm.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-14. Dicapai pada 2018-07-14.