Kim Hyung-chil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rekod pingat Olimpik
Kim Hyung-chil
Kim Hyung-chil
Equestrian
Perak Sukan Asia 2002 Equestrian

Kim Hyung-chil (Hangul:김형칠; Hanja: 金亨七) (1 Julai 1959 - 7 Disember 2006 di Doha) ialah seorang penunggang kuda dari Korea Selatan. Dia adalah pemenang pingat perak dalam acara tiga hari berpasukan di Sukan Asia 2002 di Busan,[1] dan merupakan anggota paling tua dalam pasukan equestrian Korea Selatan. Kim menyertai Sukan Olimpik Musim Panas Seoul 1988 dan Athens 2004 dan juga dalam Kejohanan Dunia Equestrian.

Beliau meninggal dunia pada 7 Disember 2006 apabila terjatuh daripada kudanya semasa pertandingan equestrian dalam Sukan Asia 2006. Insiden berkenaan berlaku sewaktu lompatan No. 6 iaitu semasa aksi merentas desa dalam acara selama tiga hari. Selepas hujan renyai-renyai, keadaan litar masih dalam keadaan baik. Walaupun 10 orang peserta lain berjaya menamatkan pertandingan tanpa sebarang masalah, Kim tidak begitu bernaib baik.

Siaran televisyen menunjukkan kuda beliau, Bundaberg Black, terperangkap dalam salah satu halangan dan akhirnya menghempap Kim yang terjatuh daripada kudanya. Kim tidak sedarkan diri dan mati sebelum waktu tengah hari waktu tempatan.

Kematian Kim ialah tragedi pertama melibatkan kematian atlit dalam sejarah Sukan Asia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]