Kim Sang-joong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kim sang-joong)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kim Sang Joong
Fail:Kim Sang-Joong.jpg
Latar belakang
Nama lahir Kim Sang Joong
Berasal dari Korea SelatanSeoul, South Korea
Tahun aktif 1990 - kini
Label Pelakon


Kim Sang Joong (김상중) merupakan seorang pelakon Korea yang dikenali di televisyen melalui wataknya sebagai Lee Jin Pyo/Steve Lee di dalam City Hunter dan Calon Presiden Kang Dong Yoon di dalam The Chaser. Dia juga merupakan bekas tentera laut. [1][2][3]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Kim Sang Joong dilahirkan di Seoul, Korea pada 6 Ogos 1965. Keluarganya terdiri daripada seorang bapa, ibu, 2 orang abang, dan 3 adik perempuan dan beliau merupakan anak ketiga dari enam beradik. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada 1990 melalui drama I Love Bread. Beliau menerima banyak sokongan melalui suaranya yang seksi dan penampilannya yang sering kemas dan berkarisma. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Detektif Pertengahan Umur disebabkan menghoskan Dokumentari I would Like To know sejak 2008.

Pada 2011, beliau berlakon di dalam drama yang mendapat hit di serata dunia iaitu City Hunter sebagai watak antagonis, Lee Jin Pyo/Steve Lee bersama Lee Min Ho. Lakonan beliau telah dipuji kerana lakonannya yang mantap sebagai seorang penjahat.

Pada 2012, dia membawa lagi watak antagonis dalam drama politik The Chaser sebagai Calon Presiden Kang Dong Yoon dalam usahanya untuk mengejar kuasa dan mencapai impian satu-satunya. The Chaser telah membuat hasil yang mengagumkan apabila berjaya memecah rating 20% dan menempatkannya di dalam drama raking no 1 di korea walaupun tanpa seorang idola. Pada 31 Disember 2012, SBS Drama awards menganugerahkan The Chaser sebagai Drama terbaik sepanjang 2012 disebabkan skrip yang kuat, perjalanan cerita yang mengagumkan, watak yang hebat dan persembahan yang menakjubkan. Melalui drama in juga, beliau mendapat 2 anugerah sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di SBS Drama Awards dan Korean Drama Festival Film.

Hobi beliau adalah bermain golf, skuba, menunggang motosikal kuasa tinggi dan mendengar lagu. Beliau juga suka mendaki gunung bersama-sama rakannya. Ayat beliau yang sering diingati adalah "저의 친구가 되어주십시오" dan "스마트하지 않다, 스위트해" yang bermaksud "Jadilah rakan saya" dan "Saya tidak Smart, saya seorang lelaki yang sweet." Beliau berkahwin pada 1991 namun bercerai 9 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1999.


Filem[sunting | sunting sumber]

  • Our Sunhi (2013)
  • The Day He Arrives (2011)
  • Sorry City (2009)
  • Flush (2006) -Voice
  • Like Father, Like Son (2008)
  • Holy Daddy(2006) - Jang Suk-jo
  • Hanbando (2006) - King Gojong
  • My Boss, My Teacher (2006) - Oh Sang-jung
  • My Boss, My Hero (2001) - Oh Sang-Jung
  • Jakarta (2000) - Hae Ryong
  • Anarchists (2000) - Han Myeong-gon
  • The Promenade (2000) - Lee Yeong-hun
  • Maria and the Inn(1997)
  • Daddy Loves to Cook Herring (1996)
  • Love War (1992)
  • Money, Money, Money(1991)

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Golden Rainbow (MBC/2013-2014) - Kim Han Joo
  • Master's Sun (SBS / 2013) - Unsolved Mysteries TV Host epi 2
  • The Chaser (SBS / 2012) - Presidential candidate Kang Dong-Yoon
  • City Hunter (SBS / 2011) - Lee Jin-Pyo
  • Life is Beautiful(SBS / 2010) - Yang Byung Joon
  • Mom's Dead Upset (KBS2 / 2008) - Na Sam-Suk
  • 8 Days Mystery of Jeong Jo Assassination (CGV/2007) - King Jeong Jo
  • My Husband's Woman (SBS / 2007) - Hong Joon Pyo
  • Princess Hours (MBC / 2006) - Lee Soo
  • 2004 Human Market (SBS/2004) - Yoo Ki Ha
  • Empire Of The Morning (KBS/2002-2003) - Kwang Joong
  • Police Commandos (SBS/2000) - Baek Seong Cheol
  • The Legend Of Love (SBS/2000) - Jeong Hwan
  • Sweet Bride (SBS/2000)
  • Ghost (SBS / 1999)
  • Tomato (SBS / 1999)
  • Paper Crane (KBS2 / 1998)
  • Crush (KBS2 / 1998)
  • Bath House Men (KBS2/1996) - Kang Ho Jun

Pengacara[sunting | sunting sumber]

  • Tracking Events and People (March 1998 - November 1998)
  • I would Like To Know (1 March 2008 - current)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 2000 KBS Drama Awards - Pelakon Lelaki terbaik
  • 2000 SBS Drama Awards - Anugerah Bintang
  • 2000 SBS Drama Awards - Pelakon Lelaki Cemerlang
  • 2002 KBS Drama Awards - Pelakon Lelaki tbaik
  • 2006 29th Annual Golden Cinematography - Augerah Khas Juri
  • 2007 SBS Drama Awards - Pelakon Lelaki terbaik
  • 2012 Korean Drama Festival - Pelakon Lelaki terbaik
  • 2012 SBS Entertainment Awards - Anugerah Pencapaian
  • 2012 SBS Drama Awards - Pelakon Lelaki terbaik

Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah Sarjana Muda di dalam filem dan teater di Universiti Dongguk, Korea
  • Sekolah Menengah Tinggi Seoul Yongman
  • Sekolah menengah Seoul Jungnang
  • Sekolah rendah Seoul

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Link tambahan[sunting | sunting sumber]